Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Isnin, 5 Mac 2018

MAJLIS BACAAN PERUTUSAN PENGARAH NEGERI SELANGOR SEMPENA HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2018



Bacaan teks perutusaan Pengarah Negeri Selangor sempena Hari Antidadah Kebangsaan disempurnakan oleh En. Muhammad Hafizan Bin Darawi Penyelaras PPDa SK. Taman Ehsan.

Khamis, 26 Februari 2015

Hobi : Berbasikal

                         

Berbicara tentang hobi, pada asalnya hobi saya ni bersukan terutamanya bolasepak, tapi sejak kebelakangan ni seakan minat untuk bermain bola semakin berkurang, mungkin faktor usia yang semakin berumur  menyebabkan diri ni agak berat untuk ke padang bola bersaing dengan rakan sepermainan yang jauh lebih muda dan lasak. Untuk memastikan tahap kecergasan diri terus maintain, saya memilih sukan berbasikal, kenapa berbasikal?.. panjang ceritanya... salah satunya kerana sukan berbasikal ni adalah aktiviti yang ada fun!!..nak tahu dimana fun nya? kayuhlah sendiri..

Selasa, 15 November 2011

Kejayaan Anugerah dari Allah



Pada 17 Nov 2011 nanti, tibalah hari yang ditunggu - tunggu oleh semua murid UPSR, kerana sedia maklum pada tarikh tersebut keputusan UPSR akan diumumkan, bagi murid yang bakal mendapat keputusan yang cemerlang, setinggi - tinggi ucapan tahniah dari saya, tak lupa juga bagi murid yang kurang berjaya dalam peperiksaan UPSR kali ini, jangan terlalu kecewa,kerana ini adalah titik permulaan bagi kamu untuk lebih berusaha demi masa hadapan.Bak kata pepatah Melayu, "Usaha tangga Kejayaan".

Kejayaan ada di mana-mana. Cuma ia bergantung pada diri kita sama ada ingin terus berusaha, ataupun mendiamkan diri menunggu rezeki datang bergolek. Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa selagi bangsa itu tidak berusaha mengubah nasibnya. Sekian... SELAMAT MAJU JAYA.

Rabu, 9 November 2011

Warming Up : Soalan yang sia-sia (bujet peramah)


Bila orang nampak anda baring tutup mata...

Soalan: Hyee! tidur ke?
Jawapan: Tak la,aku training mcm mana nak mati nanti...
Imagine anda bawa tv anda yang rosak gi jumpa technician untuk repair,dia mesti tanya gak:
Soalan: Nak repair tv ke?
Jawapan: Tak la,aku bosan! so sje aku bwk tv ni jln2.
Time anda bangun tidur, dan terus si bendul tu mesti tanya anda:
Soalan: Hyep! da bangun?
Jawapan: Ish,aku tengah tido sambil berjalan-jalan...
Kawan anda call phone umah anda dan...
Soalan: Hello?.. Ada mana ?
Jawapan: Kat sini haa ,kat bus stop!!!
Diorg nampak anda keluar dari bilik mandi dan dalam keadaan basah-basah..
Soalan: Eh baru mandi ke?
Jawapan: Ehh! Mana ada , Aku jatuh dalam lubang jamban tadi!!!
sekadar stock senyum.....

Isnin, 7 November 2011

Aku ingin Kembali


Assalamualaikum...
sudah lama aku tidak ke sini, aku biarkan taman ini ditumbuhi lalang. tiba - tiba pula rasa aku ingin kembalikan aktiviti rutin aku suatu masa dulu menjadi "segar bertakhta dihati". tapi.. apa lagi yang aku nak letak dalam blog ni?? itu yang menjadi persoalannya.. adakah kotak fikiran ku ini dah kosong? aaahhh.. masalah juga ni.. kawan2.. bantu laa aku ini... tolong laa bagi cadangan apa - apa yang patut.. heheh.. yang pastinya.. AKU MASIH DI SINI..

Ahad, 3 Oktober 2010

Tak Kenal Maka Tak Benci


Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Iblis Azazil nekad untuk menjadi penderhaka, lalu dia meminta supaya Allah s.w.t. panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat iaitu selagi wujudnya manusia.
Dia (Iblis) berkata(Al-Israk:62):
“Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” Permintaannya diperkenankan. Allah s.w.t. murka kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki.
Firman Allah: “Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.” Lalu Iblis Azazil dihalau dari syurga.
Allah berfirman (Shaad:77-78):
“Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari kiamat.
Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.
Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini:
1. Dasim
Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.
2. Al-A’war

Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.
3. Maswath
Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.

4. Zalnabur
Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar atau shopping mall.

5. Tsaba
Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.
Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jarinya (Iblis) ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja. Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang”. (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)