Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Jumaat, 21 November 2008

Mari dengar ini cerita


Kali ni saya nak ceritakan pengalaman ngeri.. iye.. pengalaman ngeri yang pernah saya alami dengan kawan2 masa kat UPM dulu, masa kami kat UPM, macam benda yang kami buat, ala- ala budak nakal la kiranya kalu kat alam sekolah. Nak jadi cerita, (pssstttt…benda ni mak ayah saya tak tahu lagi ni, dekat 8 tahun saya simpan rahsia, tak pe la certia kat sini, dia orang tak tahu buka blog. Heheheh..)

Ceritanya tertulis pada 20.3.2001

Apa ceritanya? Ok…

Kereta kebal..satu benda yang paling glemer bagi kami ber 8.. pasal kereta kebal la percutian kami tergadai, pasal kereta kebal la gambar2 yang kami bergambar dengan post menarik siap dengan minah salleh dari Jerman lagi tuu di seluruh Bandar Hilir Melaka rosak, pasal kereta kebal la kamera kawan saya hampir kena hempas, pasal kereta kebal la kami yang amat2 dahaga tak diberi minum.. dan pasal kereta kebal la, kami kena tahan kat Kem Terendak dari pukul 7 malam sampai jam 11.30 malam.

Kisahnya macam ni, masa kami abis exam final kat UPM dulu, kami nak enjoy la.. so kami ber 8 dengan dua buah kancil yang disewa RM 40 satu hari pergi la jalan2 kat Melaka, pusing2 kat Bandar hilir, makan2, minum2, jalan tengok suasana best kat Melaka.. setelah penat, kami bercadang nak bermalam kat Tanjong Bidara, nak menikmati keindahan matahari terbenam,.. so kami pun terus la ke Tanjong Bidara, sebenarnya kami ni bukan la biasa sangat kat Melaka ni, kecuali sorang yang nama Shah yang pernah pergi ke Tanjong Bidara, dia cakap, kalu nak cepat sampai, kita boleh ambik short cut ikut jalan masuk kawasan kem Terendak. So.. kami pun ikut la jalan tu..

Apa jadi???

Hmmmm..

Bila kami masuk je kawasan kem, MP yang jaga pintu pagar kem tu tak kata apa2.. just senyum je.. so kami pun dengan yakin terus masuk, sampai satu sekatan jalan, kami ditahan “ ada pegawai yang bertugas kat sekatan tu tanya kami, “ nak pergi mana?” kami pun jawab, nak ke tanjong Bidara, Pegawai tu cakap “ skang tak oleh masuk jalan kem kalau nak ke sana, sila guna jalan luar dari kem”

Maknanya kami kena “U turn” laaa..

Stereng keta yang tak de power stereng tu di pusing…

Bila kami “U Turn”,nak sampai keluar pagar, salah sorang kawan kami yang hobinya tangkap gambar, dia dengan senang hati tanpa ragu – ragu mahu pun was2..
dia ambil gambar kereta kebal yang sedang mangawal pintu pagar Kem.

SNAPP!!!

Bila saje lampu flash camera tu nyala.. dengan kuatnya suara salah seorang pengawal memberi arahan pada kami “ BERHENTI!!!!! Dan mengarahkan kuncu2nya supaya tahan kami .

“TAHAN!!! TAHAN !!! TAHAN!!!!...”

Kami dengan terpinga2 (apa salah kami ni???otak kami cuba membuat analisis…) terus kami berhenti, dan kami diarahkan keluar dari kenderaan dengan diacukan M16!!! …. Aduuuhhh… bayangkan perasaan kain masa tu?? Nak terkucil pun ada!!!

Sorang demi sorang keluar dari kancil yang kecik tuu..

KENAPA?

Nak pendekkan cerita ( tak larat nak taip) sebenarnya ADALAH MENJADI KESALAHAN BERAT BAGI SESIAPA YANG MENGAMBIL GAMBAR TANPA KEBENARAN dalam kem tentera.

Bila kami ditahan, kami disoal siasat. Kami cakap, kami memang tak tahu undang2 askar ni. Puas kami terangkan, nak tak nak, kami terus disoal siasat, macam2 soalan kami kena jawab. Bila pihak pegawai penyiasat berpuas hati, maklumat kami diambil..baru la kami dibebaskan. Teruk kami kena tengking waktu kena siasat, kami disyakki agen Maunah ( kebetulan pada tahun tu kecoh pasal maunah yang rampas senjata).

Bila kami dibebaskan, kami diceritakan oleh salah seorang pegawai penyiasat, andai kami tak berhenti sewaktu arahan BERHENTI, kami mungkin jadi mangsa M16 dan kereta perisai kerana masa tu semua sharp shooter dah teropong kami dan dah ready jari kat picu senapang!!!! … aduhhh… selamat la wahai LUKMAN, HADI, TALIB, SHAH, ZAM, DENAN, YUSOF dan.. AKU… Umur korang masih panjang… untuk Lukman yang budiman.. aku harap mu dapat beli kereta kebal sendiri..hahahahahaha... satu lagi.. untuk kawan2.. selalukan nonton cerita Left. Adnan lakonan Hairie Othman sebab ketua perisik badan gempal yang soal kita tu ada belakon dalam cerita tu...keh keh keh..

Tahukah Kita?


Pokok Bergigi Makan Serangga


Oleh: Muhammad Ariffin Tan Abdullah, Penulis Luar Jakim

Majalah Pendidik Keluaran September-Oktober 2008


Pokok bergigi makan serangga? Bukankah pokok hidup dengan mendapat makanan melalui proses fotosintesis serta menyerap air dan galian dari tanah? Kali ini adik-adik akan dibawa meneroka jauh ke Carolina, untuk melihat satu lagi keajaiban ciptaan Tuhan. Kita akan berkenalan dengan pokok Venus’ Flytraps.


Pokok Venus’ Flytraps (Dionaea muscipula) ini termasuk dalam kumpulan tumbuhan insectivorous (carnivorous) atau tumbuhan yang memakan serangga. Terdapat 595 spesis tumbuhan ini di seluruh dunia. Ia merupakan tumbuhan yang bijak mengadaptasi diri dengan persekitaran. Hendak tahu kenapa? Ini kerana kebanyakan pokok ini tumbuh di persekitaran tanah yang tidak subur. Jadi, bagi membolehkan ia terus hidup, ia mendapatkan zat galian daripada serangga.


Pokok ini tidak mempunyai gigi, sebaliknya memiliki cilia atau ‘jari-jari’ yang berfungsi untuk memerangkap serangga. Daunnya sentiasa terbuka luas. Pada bahagian permukaan daunnya, terdapat trigger atau ‘rerambut sensatif’ yang pendek. Apabila rerambut ini disentuh oleh sesuatu, kedua-dua belah daun perangkap akan tertutup dan memerangkap apa sahaja yang berada di dalamnya. Perangkap ini mengambil masa kurang dari satu saat untuk tertutup.


Tetapi adik-adik, perangkap ini tidak akan tertutup rapat kerana ia memberi ruang kepada serangga kecil untuk melepaskan diri. Kenapa? Kerana pokok ini tidak makan serangga yang tidak dapat memberikan zat galian yang cukup kepadanya.


Selang beberapa minit, daun perangkap akan rapat sepenuhnya sehingga kedap udara. Ketika inilah cecair penghadam dan bakteria yang terdapat dalam perangkap akan mencerna serangga tersebut. Namun, ia hanya akan mencerna bahagian badan serangga yang lembut dan meninggalkan kerangka luar (exokeleton). Ia mengambil masa antara lima hingga dua belas hari untuk menghadamkannya, bergantung pada jenis dan saiz serangga, suhu, usia daun perangkap dan berapa kerap ia sudah mendapat mangsa.


Paling menariknya adik-adik, jika yang masuk perangkap itu ialah batu kecil, daun kering atau apa sahaja selain serangga, pokok ini akan ‘meludah’ bendasing itu dengan membuka daun perangkap selepas dua belas jam. Bagi membolehkan mangsa disimpan di dalam keadaan segar sepanjang tempoh penghadaman, daun perangkap merembeskan jus penghadam dan jus antiseptik.


Proses ini terlalu sempurna sehinggakan para saintis pun tidak dapat menjelaskan dengan pasti, bagaimana daun perangkap ini boleh tertutup dan berfungsi dengan begitu unik. Daun ini tidak memiliki sistem saraf, otot atau tendons. Saintis mengandaikan terdapat sejenis tekanan cairan yang diaktifkan oleh aliran elektrik di kedua-dua belah daun perangkap. Betapa sempurnanya Allah menciptakan tumbuhan ini adik-adik.


Tarikh : 14 November 2008
Sumber : Pengarah Bahagian Penerbitan

Sabtu, 15 November 2008

Kuiz Pendidikan Islam

Pada 14.11.2008, kami guru - guru pendidikan Islam menjalankan program kuiz pendidikan Islam untuk tahap 1 dan 2, alhamdulillah program ini dapat berjalan dengan baik walaupun perancangan untuk mengadakan program ini agak lewat.

Istimewanya kuiz ni, kami jalankannya dengan konsep "santai." duduk lepak ramai2.. sambil dengar soalan, siapa dapat jawab, terus dapat hadiah . Tapi walau macamana pun, kawalan murid amat perlu, maklum lah takut nanti murid berebut2 nak jawab soalan, bising pulak jadinya, tapi mujurlah dengan kerjasama guru - guru pendidikan Islam yang terlibat, kuiz tadi dapat berjalan dengan terkawal. Tahniah diucapkan pada murid2 yang berjaya, dan juga tahniah diucapkan pada pengurusan sekolah dan guru - guru Pendidikan Islam Ustazah Nurzihana, Ustazah Isyrafani, Ustazah Mastura, Ustazah Nor Zairawati, Ustazah Fairuz Munirah dan juga Ustazah Anizah.
Wassalam..



Pengacara kuiz sedang mengemukakan soalan..


Seorang murid tahun 2 sedang mencuba nasib..

Hmmmm... lagi2 gambar saya tak de.. ni la nasib jadi jurukamera ni..

Selasa, 11 November 2008

Cinta baru Saya

Kali ni nak cerita pasal hobi saya, sebelum ni saya dah postkan gambar Lobster dan arowana saya tu.. sekarang saya tambah lagi koleksi pet saya. Terus terang saya nak cakap, saya ni "Gile pet", ni tambah lagi ikan emas, dan ikan kaloi sabah.. hehehe dah jadi zoo ikan dah rumah saya ni. tak pe... tak de sape nak larang pun.



Ni nama dia ikan kaloi sabah, ni anak lagi.. bila besar sirip dia bertukar jadi warna merah, badan dia keluar warna hijau kebiru-biruan, cantik tuhh..



Ini pula, semua orang tahu, ikan emas. Ikan jenis ni manja sikit, sensitif, air kena jaga selalu, tak boleh kotor, nanti senang kena penyakit. Makanan pun sama, kena bagi makanan ikan yang baik mutunya, bukan yang harga murah2 tu, nanti warna merah dia jadi pudar dan ikan tak cergas.

Bela ikan orang kata boleh buat kita hilang tensen, balik kerja tengok ikan,bagi makan, tengok lenggok - lenggok dia berenang-renang, fuhhh... ringan je kepala.

Siapa2 yang nak kongsi pengalaman bela ikan, sila2 la post kat ruangan ulasan tu ye!!.

Wassalam.

Sabtu, 8 November 2008

Deepa - Raya 2008

Pada 7.11.08 yang lepas, sekolah saya menyambut "Deepa - Raya" 2008, program ini ialah salah satu daripada program sekolah yang bermatlamatkan untuk melahirkan satu generasi berbilang kaum yang saling memahami adat,tradisi setiap kaum, khususnya dalam masyarakat Malaysia.
Antara aktiviti program tersebut ialah, acara nyanyian, fesyen, pertunjukan silat, kompang dan tarian kaum india dan melayu. Dan yang paling best ialah acara "makan - makan". Berikut adalah gambar - gambar aktiviti yang sempat saya ambil untuk dikongsi bersama, wait!!!.. yang sedihnya.. gambar saya sendiri tak de!!!


Acara "makan - makan" sedapnya...


Sebahagian murid dan guru sedang bersesak - sesak dalam dewan Sri Kenyalang untuk menonton persembahan murid.

Ramai betul yang datang sekolah hari tu...

Khamis, 6 November 2008

Raya Haji Bakal Menjelang


Assalamualaikum semua.. tak lama lagi kita umat Islam akan menyambut satu lagi hari Kebesaran umat Islam iaitu Hari Raya Haji ataupun Aidul Adha, Perkataan yang paling rapat dengan raya Haji ini ialah "Ibadah Qurban", Ibadah Qurban?? apa itu?. Di sini marilah kita refreshkan semula ingatan kita apa itu ibadah qurban? bila? apa yang nak dikorbankan? Hukumnya macam mana pulak?.

Qurban dilakukan semata-mata kerana Allah pada Hari Raya haji dan hari - hari Tasyriq iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjjah.

Hukumnya pula? Ok.. Hukumnya ada ulamak yang mengatakan sunat dan ada pula yang mengatakan wajib.

Binatang apa yang boleh dikorbankan? Binatang yang boleh/sah diqurbankan ialah:

1. Kambing biri - biri yang berusia 1 tahun lebih.

2. Kambing biasa yang berusia 2 tahun lebih.

3. Unta yang berusia 5 tahun lebih.

4. Tetapi.. binatang yang buta, sakit , kurap dan yang kurus tidak sah dijadikan qurban.


Perkara - perkara sunat dilakukan ketika menyembelih binatang qurban :

1. Membaca Basmalah

2. Membaca Selawat keatas Nabi

3. Membaca Takbir.

4. Berdoa kepada Allah agar menerima ibadat qurban.

5. Binatang yang disembelih itu dihadapkan ke kiblat.


Hukum daging qurban :

1. Qurban Nazar

Apabila seseorang itu bernazar untuk melakukan qurban maka wajiblah ke atasnya melaksanakannya. Dagingnya wajiblah disedekahkan semuanya. Ia tidak boleh dimakan oleh tuan punya qurban dan menjualnya.

2. Qurban Sunat

Daging qurban sunat boleh dimakan oleh tuan punya qurban dan disedekahkan, daging qurban tidak boleh dijual.

Sekian.

Rujukan: Asas - asas Fardu Ain oleh Ustaz Ismail Endut Pustaka Haji Abdul Majid

Sabtu, 1 November 2008

Tahukah Adik?


Salah satu daripada solat fardu adalah Solat Maghrib bahasa Arab: صلاة مَغْرِب‎.
Solat ini terdiri daripada 3 rakaat. Solat Maghrib ialah solat harian ke-4 dalam Islam, dilakukan ketika senja. Waktu solat Maghrib bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat.

Perkataan maghrib ialah istilah bahasa Arab bagi "matahari senja"; dari perkataan

"gharaba غَرَبَ", "untuk terbenam"; "akan disembunyikan" (tetapi ia tidak digunakan bagi bulan terbenam).

Moralnya... jangan kita asyik ingat hantu je time2 senja ni... tapi ingatkan Tuhan..


Wassalam.


Gambar : Waktu senja depan rumah saya