Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Jumaat, 27 Mac 2009

Harimau...

Kejohanan Bolasepak Bawah 12 MSSD Gombak bagi Zon Kuang sudah berakhir, keputusannya kurang mengembirakan pihak kami, kami gagal untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya d ke final, namun begitu kami  sebagai guru yang terlibat dalam membentuk pasukan ini amat berpuas hati dengan tahap permainan yang ditunjukkan pasukan. Tambahan pula, pencapaian pasukan ini dapat mengatasi rekod pasukan tahun  lepas dalam kejohanan yang sama. Tahniah! 

Pemain sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi perlawanan

Barisan pemain bersama jurulatih

Harimau Luka.. Cuba lagi tahun hadapan!!!

Sabtu, 21 Mac 2009

Suatu Hari Minggu..

Ada la satu hari minggu tu saya tak kemana2, just duk rumah je. ( sebab tak tahu nak kemana je). Mujur la ada kawan saya yang nama Pok Ya tu keluarkan idea yang agak bernas.. dia ajak gi jalan kat area Gombak ni.. saya pun cakap, " baik kita gi kat Sedayu, 12km dari tempat saya tinggal". Kat Sedayu ni adalah kawasan perkelahan, bagus untuk tenangkan diri sambil mendengar deruan air menyusuri sungai, airnya cukup jernih.. burung hutan pun banyak, masa saya gi kat situ.. ada nampak Burung Punai (tak sempat snap gambarnya)

.. So.. kat sini saya ambik gambar untuk anda diluar sana..

saksikan satu lagi keindahan alam ciptaan Ilahi.. 



Best tau mandi kat sini.. airnya....birrr...birrrr ... sejuk!! . hari saya gi tu, saya sempat rendam2 kaki je..

Isnin, 2 Mac 2009

SELAMAT HARI LAHIR

2 MAC...  hehehehehe tak tahu nak cakap apa.. sebab tarikh ni aku baru lahir, tak leh cakap ape2..

Aku tujukan khas lagu Saujana ni untuk aku sendiri.. dan untuk sape2 yang turut sama sambut hari lahir pada hari ni.. 

Terimalah...

Awan Berarak Ceria 
Tiada Titisan Hujan 
Pohon Melambai 
Tanda Sokongan 

Kususuri Perjalanan 
Bertemankan Senyuman 
Di Hari Lahirmu 
Sahabatku 


Dedaun Berguguran 
Membuktikan Kedewasaan 
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah 
Namun Cukup Bagiku 
Sekadar Ucapan 


Selamat Hari Lahir 
Iringi Doa Kuhulur 
Bersyukur KepadaNya 
Atas Nikmat Usia 

Sahabatku 
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini 
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni 
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti 
Selamat Hari Lahir 


Usiamu Ibarat Mutiara 
Tiada Berganti Lagi 
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa 
Agar Sempat Mengucup 
Haruman Syurgawi

Ahad, 1 Mac 2009

Kunci Segala Kejahatan


ABU Laits berkata, jauhilah minum arak kerana di dalamnya mempunyai sepuluh perkara yang tercela.

1. Apabila seseorang itu minum arak, kedudukannya seperti orang gila, akhirnya dia menjadi bahan ketawa kanak-kanak dan tercela dia bagi orang yang berakal.



2. Arak itu boleh menyebabkan hilangnya akal dan musnahnya wang ringgit.

3. Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.

4. Minum arak akan menghalangi seseorang itu mengingati kepada Allah dan akan menghalangi dia daripada mengerjakan solat.

5. Minum arak akan mendorong perbuatan zina. Sebab seseorang yang minum arak mungkin dengan mudah menceraikan isterinya tanpa disedarinya.

6. Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat. Orang yang minum arak mudah sekali melakukan perbuatan terkutuk.

7. Minum arak boleh menyebabkan menyakiti keluarganya dan temannya kerana mengiringi ke tempat fasik.

8. Orang yang minum arak wajib dihad, dihukum dengan 80 sebatan, kalau dia tidak dipukul di dunia, dia akan dipukul di akhirat dengan cemeti api neraka di hadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan temannya. 

9. Minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.

10. Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.

Semua akibat ini adalah di dunia sebelum dia mati. Selepas itu, dia akan menghadapi pula seksa akhirat nanti.