Syeikh Ahmad Naina..
Khamis, 31 Disember 2009
Selasa, 24 November 2009
Selamat Bercuti
Untuk guru-guru, selamat bercuti diucapkan. Walaupun kita bercuti, tapi tugas kita sebagai guru tetap berjalan seperti biasa. Ada yang dah merancang untuk bercuti di tempat-tempat yang menarik, menunaikan umrah dalam cuti sekolah ini, selamat jalan diucapkan kepada anda. Mudah-mudahan anda selamat pergi dan pulang serta dapat memanfaatkan cuti sekolah kali ini semaksimum yang boleh. Ada juga yang akan berangkat ke tanah suci Mekah, selamat jalan kepada anda..mudah-mudahan anda dapat beribadah dengan penuh komitmen disana.
Mudah-mudahan selepas sekolah dibuka nanti, masing-masing melangkah semula ke sekolah dengan semangat baru, azam yang baru untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada anak bangsa.
Rabu, 11 November 2009
Hari Raya Aidil Adha
Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, bersih dan mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat yang diadakan pada sebelah pagi.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Daging korban dibahagikan kepada orang ramai terutama golongan fakir miskin.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Kebiasaannya, lembu atau kambing yang dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha.
Ahad, 8 November 2009
Piala Malaysia, Kelantan Menang Sorak?
07/11/2009 11:45pm
KUALA LUMPUR – Penantian 61 tahun skuad Negeri Sembilan akhirnya berbaloi apabila menjuarai Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas mengalahkan Kelantan 3-1 sebentar tadi.
Gol skuad Rusa dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah (m-17), Hairudddin Omar (m-46) dan Mohd. Zaquan Adha Radzak (pen, m-59).
Kali terakhir Skuad Hoben Jang Hoben membawa pulang piala itu ialah pada tahun 1948 yang ketika itu dikenali sebagai Piala HMS-Malaya.
Kelantan yang merupakan pasukan favorite dilihat lemah dalam melakukan penyudah untuk mencari gol di samping pertahanan yang longgar untuk memberi peluang kepada pemain Negeri Sembilan menyumbat gol.
Namun bintang Kijang, Indra Putra Mahayuddin berjaya memperoleh gol saguhati pada masa kecederaan m-93 melalui sepakan percuma.
Kapasiti 85,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang majoritinya dipenuhi dengan penyokong Kelantan turut diwarnai dengan pelbagai kejadian yang kurang menarik termasuk beberapa kerusi penonton dibakar selain botol air minuman dan mercun dibaling ke dalam padang.
Jumaat, 30 Oktober 2009
Membaca Yaasin Kepada Yang Sedang Sakit Nazak : by abidfana
October 29, 2009 by abidfana
Hukum membaca surah Yaasin kepada seorang hamba Allah yang sedang sakit nazak adalah satu isu yang diperdebatkan di kalangan ulamak.
Bagi mereka yang mengharuskannya, mereka bersandarkan kepada sepotong hadith daripada Ma’qil ibn Yasar r.a.:
اقرأوا علي موتاكم يس
Bacalah kepada orang-orang yang sedang mati dengan surah Yaasin.
Bagi sebahagian ulamak, hadith ini walau bagaimanapun tidak mencapai martabat sahih atau hasan. Imam Al-Nawawi mendhaifkan hadis ini di dalam al-Azkar. Begitu juga dengan Syeikh al-Albani. Akan tetapi beberapa ulamak seperti Syeikh Uthaimin, dalam menyatakan kedhaifan hadith ini, turut mengakui yang sebahagian ulamak lain menerima hadith ini sebagai hadith sahih.
Itu semua adalah persoalan teknikal yang dibincangkan oleh ulamak hadith. Persoalan teknikal di dalam nas tidak boleh dipandang kecil. Ianya adalah isu besar bagi menentukan amalan kita diterima atau sebaliknya. Sekiranya berlaku khilaf di kalangan ulamak, maka terserahlah kepada kita untuk memilih pandangan masing-masing.
Apa yang pasti, di sebalik khilaf mereka terhadap status hadith di atas, semua mereka bersepakat yang membaca dan memperdengarkan bacaan al-Quran sama ada untuk diri kita atau diri orang lain adalah amalan yang amat digalakkan. Apatah lagi kepada yang sedang sakit nazak, daripada mendengar sembang-sembang duniawi orang yang sedang melawat di kelilingnya, atau dipersembahkan dengan tangisan kesedihan, adalah lebih baik kepada orang yang masih hidup menghidupkan suasana Islam di penghujung hayatnya.
Selain itu, di dalam sepotong hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Sai’d dan Abu Hurairah melaporkan nabi Muhammad bersabda:
لقنوا موتاكم لا إله إلا الله
Talqinkanlah orang-orang yang sedang nazak dengan La Ilaha Illallah.
Gabungan kedua-dua hadith di atas perlu difahami sebagai suatu saranan kepada orang yang masih hidup supaya mengajar kepada saudaranya yang nazak menghabiskan hayatnya dengan Islam.
Kesimpulannya dan sedikit anjuran kaifiat talqin:
1. Mentalqinkan orang yang sedang nazak adalah suatu tuntutan bagi membantu mereka mati di dalam Islam.
2. Kepada yang masih hidup, elakkan daripada mewujudkan suasana yang tidak membantu si pesakit nazak untuk mati dalam Islam seperti menyembang perkara duniawi, berlebihan dalam menangis atau kesedihan dan sebagainya.
3. Hampir semua Muslim faham makna La Ilaha Illallah, tetapi tidak semua yang tahu tafsir atau sekurang-kurangnya terjemahan surah Yaasin. Justeru adalah lebih utama untuk mengajar pesakit nazak dengan kalimah tersebut, apatah lagi adalah lebih utama beramal dengan hadith yang sahih. Bacaan yaasin sekiranya dibaca beramai-ramai, tidak serentak, tidak sempurna dan seumpamanya, mungkin boleh melarikan fokus si pesakit nazak untuk mengahiri hayatkan dengan kalimah syahadah. Pun demikian sekiranya ingin memilih untuk membaca Yasin beramai-ramai pun kerana hadith Ma’qil di atas, bacalah dengan perlahan, dan pastikan ada seorang yang menemani di sisi untuk mengajar kepada si pesakit nazak kalimah La Ilaha Illallah.
Allahua’lam.
Rujukan : www.abidfana.com
Isnin, 26 Oktober 2009
Mungkinkah Sejarah Akan Berulang?
Sabtu, 3 Oktober 2009
Hmmm.. Menarik nih!!! ada pandangan tak?
BUKIT MERTAJAM 2 Okt. - Sepasang suami isteri yang berselisih pendapat mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd. Amin di sini terkejut apabila sejadah di bilik sembahyang mereka tiba-tiba tegak menyerupai orang sedang solat.
Kejadian aneh itu berlaku kira-kira pukul 9.45 malam, tidak lama selepas Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, dan isterinya, Zainab Ramli, 26, berbincang mengenai kedudukan sebenar kiblat rumah mereka berbanding di masjid berhampiran.
Sebelum kejadian, Zainab sempat menghamparkan sejadah tersebut untuk menunjukkan arah kiblat yang biasa digunakannya tetapi Mohamad Shuhaimi menyifatkan kedudukan itu tidak begitu tepat.
Menurut Mohamad Shuhaimi, selepas berbincang dalam bilik berkenaan, dia pergi ke ruang tamu sebelum memandikan anak perempuannya manakala Zainab pula pergi menggosok pakaian.
''Tidak lama kemudian, Zainab tiba-tiba meluru kepada saya dalam keadaan muka pucat dan terkejut sebelum memberitahu sejadah yang dihamparkan tadi sudah tegak seperti orang sedang solat antara dua sujud," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Mohamad Shuhaimi berkata, dia mengucap berkali-kali apabila melihat sendiri keadaan sejadah tersebut yang menyerupai seorang wanita bersolat.
Melihat peristiwa aneh itu, Mohamad Shuhaimi menghubungi keluarga terdekat dan jiran-jiran yang kemudian datang menyaksikan sendiri kejadian tersebut.
''Ada beberapa jiran yang datang dengan kompas untuk membuat ukuran dan mengakui bahawa kedudukan sejadah itu tepat menghala ke arah kiblat," katanya.
Mohamad Shuhaimi yang bekerja sebagai penghantar surat memberitahu, sejadah tersebut yang sudah sedikit lusuh, merupakan hantaran perkahwinan isterinya ketika mereka mendirikan rumah tangga empat tahun lalu.
Katanya, berita mengenai kejadian itu tersebar begitu cepat sehingga ada orang awam dari merata tempat termasuk Kuala Lumpur yang sanggup datang untuk menyaksikannya.
''Bagaimanapun kira-kira pukul 2.30 petang tadi, saya secara perlahan-lahan melipat sejadah tersebut atas nasihat dua pegawai daripada Jabatan Agama Islam negeri yang datang ke rumah kami," katanya.
Katanya, ia bagi mengelak daripada berlaku perkara khurafat yang boleh menyesatkan akidah umat Islam.
Mohamad Shuhaimi berkata, dia dan isteri percaya ada hikmah di sebalik kejadian itu dan menganggapnya sebagai tanda kekuasaan Allah SWT.
Jumaat, 2 Oktober 2009
Pahlawan Merah
Pesta Piala Malaysia dah bermula, aku dah tak tahan lagi asyik tengok bola kat berita tv je.. kali ni aku tak nak lepaskan peluang menonton aksi pasukan kesayangan aku... dengar kabarnya (memang sahih dah) Pasukan Kelantan akan beraksi menentang Pasukan ATM di Stadium Selayang pada 3.10.2009 ni. Aku mesti!!!! aku mesti!!! gi tgk... heheheheh...
Rabu, 16 September 2009
Rabu, 9 September 2009
Bahan Santapan Yang Paling Aku Suka!!
"Bahan-Bahannya ye puan-puan..."
sebiji timun masak bersaiz kecil
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
5 sudu besar tempoyak - ikut suka
sedikit daun kesum
1 inci kunyit
daun kunyit
serbuk perasa - jika suka garam
Cara membuatnya ye puan - puan..
1.Tumbuk cili padi,bawang dan kunyit hidup.
2. Masukkan bahan tumbuk dalam periuk.Tambahkan asam tempoyak.
3. Bubuh sedikit air,kacau pekat.
4. Masukkan timun masak dan bubuh air sehingga menutupi timun.
6. Apabila telah mendidih,masukkan ikan,daun kesum dan sedikit daun kunyit.
7. Tambah air dan tunggu hingga ikan masak.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama nasi panas dan sambal belimbing hitam ala pahang.
Selamat Mencuba! hehehehehe..
Selasa, 8 September 2009
Sesakkk....!!
SETIAP kali menyambut cuti umum sempena Nuzul Quran, warga Kuala Lumpur dan Selangor berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang serius sejak pagi hingga malam apabila ribuan kenderaan berpusu-pusu memasuki pusat bandar di ibu negara.
Kesempatan cuti umum ini digunakan sepenuhnya oleh penduduk Selangor yang bercuti untuk datang ke ibu negara, terutama bagi membeli-belah persiapan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Rabu, 22 Julai 2009
Peristiwa Israk dan Mi'raj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
Ahad, 12 Julai 2009
Tazkirah Remaja: Solat dan lima jenis manusia
SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.
Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)
Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.
Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.
* Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.
* Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.
Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.
Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.
* Jenis Ketiga
Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.
Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
* Jenis Keempat
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.
Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.
Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.
Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
* Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.
Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.
Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.
Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.
Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.
Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.
Ahad, 28 Jun 2009
Khas Untuk Si Air Mata
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..
Isnin, 22 Jun 2009
Tazkirah Remaja: Iman tidak sempurna jika guris hati ibu bapa
Oleh : Mohd Zawawi Yusoh.
SILATURAHIM adalah satu sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini.
Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.
Ada banyak kes pada hari ini menunjukkan silaturahim bsukanlah suatu ikatan yang diutamakan dalam diri setiap individu.
Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak, isteri membunuh suami yang curang dan juga cucu membunuh nenek atau datuk.
Malah, yang paling menyayat hati seorang ibu sanggup menggugurkan anak yang dikandung dan jika lahir pun, bayi itu sanggup dibuang merata-rata laksana sampah yang tiada nilainya.
Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti.
Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.
Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud: “Dan takutlah kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”
Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.
Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.
Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa.
Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.
Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan anaknya.
Kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah.
Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan.
Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?”
Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”
Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita.
Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara yang mempunyai pertalian darah dengan kita.
Allah memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga yang dekat atau jauh.
Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 36, bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.”
Khamis, 18 Jun 2009
Beli sendiri? Buah tangan?
Berkenaan dengan gambar kat atas tu (Jersi Bola), sebenarnya post ni adalah bertujuan untuk mengucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada sepupu saya Asharul kerana hadiahkan saya jersi New Castle ori tu.. dia beli kat England.
Yang jersi kelantan (warna merah) tu saya beli sendiri khas untuk gi tengok perlawanan antara kelantan dengan pasukan - pasukan dalam liga super tahun ni. Sekian.. Buntu.. Wasalam.
Rabu, 10 Jun 2009
Apa aku dah buat?
Salam sejahtera..
Cuti semester dah hamper sampai kepenghujungnya, saya kat kampung rasanya liat dah nak balik ke KL, tapi apa nak buat.. kerja, tanggungjawab wajib dilaksana.
Sepanjang cuti kali ni, saya tak banyak masa untuk diluangkan pada kawan, ini kerana saya jadi driver pada ayah dan mak saya kemana saja diorang nak pergi..hohohoh.
Kat kampung kali ni aku agak happy kit, ini kerana liputan 3G dah sampai kat sini, so senangla saya untuk menjalankan “Tabiat” harian saya iaitu serve internet. Hahha.
Antara aktiviti saya sepanjang saya duk kat kampung ni..ialah.. tidur..makan…hahaha.
Selain tu aku jadi jadi driver ayah saya ke Tumpat 3 hari berturut2 untuk mendapatkan perubatan tradisional. Pas jadi driver pada ayah, saya juga terpaksa menjawat jawatan pemandu khas adik saya yang nama Nadia untuk ke kelas memandu, sampai la dia lulus test. Aktiviti saya yang paling seronok kali ni, saya dapat menonton perlawan bolasepak antara kelantan dengan Proton FC pada 5/6/2009 dengan kesudahan Kelantan menang 2-0, pada 9/6/2009 kelantan sekali lagi mengharungi perlawanan persahabatan, kali ni bertemu Perlis dengan kesudahan Kelantan 4, Perlis 1. hahahah..
Rasanya tak de apa lagi saya nak ceritakan, otak dah buntu kerana dikacau oleh 2 makhluk berbulu (adik aku) hahahahah. BYE, Wasalam.
Ahad, 24 Mei 2009
Keutamaan Membaca Surah Al-Baqarah
Riwayat Muslim
Huraian :
Justeru mereka yang dikurniakan kemampuan memiliki rumah sendiri tidak kira besar mahupun kecil perlu mensyukurinya.
Islam mengajarkan kita tata cara tertentu dalam mendirikan rumah atau menduduki rumah baru iaitu membanyakkan membaca surat Al Baqarah dari ayat pertama sehingga ayat terakhir. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Bacalah surat al- Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah”.
Surah al-Baqarah menceritakan asal usul kejadian manusia, serta asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Hakikat inilah yang melemahkan syaitan apabila kita membaca surah tersebut. Ia mendedahkan kelemahan mereka dan kehormatan kita yang dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di dunia.
Dengan membacakan surah al-Baqarah suasana rumah akan menjadi lebih tenang dan akan dijauhi daripada gangguan syaitan. Jangan pula ketika memasuki rumah baru kita membawa masuk segala perkara baru yang bercanggah dengan agama seperti mengamalkan perkara khurafat dan ritual-ritual seperti memanggil dukun dan paranormal agar rumah terhindar daripada gangguan syaitan atau perkara-perkara ghaib.
Semua ini jelas merupakan perbuatan syirik dan mengundang kemurkaan Allah! Ketika di rumah sama ada rumah baru atau yang sudah lama didiami jangan sekali-kali kita melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang syaitan untuk masuk dan tinggal di dalamnya seperti membawa masuk perkara-perkara haram dan maksiat, menyimpan patung berhala dan sebagainya.
Mahukah kita mendiami rumah bersama-sama syaitan? Ketahuilah bahawa syaitan sekali-kali tidak akan pernah berhenti berusaha untuk memasuki rumah orang-orang yang beriman dengan tujuan untuk menyesatkannya.
Selasa, 5 Mei 2009
Pantun Dan Guru
A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat
Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan
Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!
Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar
Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun
Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan
Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi
Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
sumber : www.swakarya.com
Jumaat, 1 Mei 2009
Tazkirah : Di atas Hamparan Sejadah
Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: "Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya."
Abu Huraiarah r.a
Huraian
Pengajaran Hadith:
i) Sembahyang (solat) dan tempat solat mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah S.W.T.
ii) Orang yang tidak segera meninggalkan tempat ia bersolat selagi ia tidak berhadas dan tidak melakukan perkara yang mendatangkan dosa akan sentiasa didoakan oleh malaikat agar diampuni dosanya dan diberikan rahmat kepadanya.
iii) Islam menyeru umatnya agar sentiasa menjaga solatnya dan mengerjakannya dengan sempurna kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T.
Ahad, 26 April 2009
Final Piala F.A
KUALA LUMPUR – Selangor melebarkan rekod kejaguhannya dalam persaingan bola sepak kalah mati kebangsaan apabila menjulang Piala FA buat kali kelima dengan menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. - Utusan Melayu
Salam kesukanan buat semua, kali ni saya nak cerita le sikit pasal bola.. saya ni pun sebenarnya minat dan ikut perkembangan bolasepak tanahair ni, tambahannya pada pasukan negeri saya, Kelantan atau nama saintifiknya "kelate". Alhamdullilah tahun ini Pasukan Wira Merah ni banyak menunjukkan peningkatan dalam liga tempatan "Liga super" dan menjadi antara kuasa besar dalam liga ni, Terbaru Wira Merah dapat ke babak akhir Piala F.A menentang satu lagi "Makhluk" Merah, The Red Giant @ Selangor, dan kita pun dah tahu camne keputusannya.
Bagi saya salah seorang penyokong setia Wira Merah ni, eeerrkk? Setia ke? tak ingin melepaskan peluang menonton perlawanan akhir F.A ni, maklumla bukan senang nak tengok pasukan kesayangan ini main kat final, so... saya pun beli la tiket dengan bantuan kawan baik saya cikgu Hashim.. juga dengan bantuan kawan saya cikgu Zul (walaupun dia ni fanatik Selangor) dia la yang bagi tumpang keta dia sampai ke Bukit Jalil.. hahahahaah.. terima kasih leerrrr..
dan.... kat bawah ni antara gambar2 yang saya "snap" disepanjang perlawanan berlangsung..
Pasukan Selangor meraikan kejayaan menumpaskan Kelantan bersama-sama Piala FA selepas menang 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti ekoran terikat 1-1 selepas masa tambahan. (ambik ler...dah memang rezeki korang) - Gambar : Utusan Melayu
Aku terpaksa snap sebelah ni je..sebab sebelah kiri gambar tak terang coz lawan cahaya
Aku.... dengan cikgu Zul ( penyokong fanatik Selangor) hahahahah
Kehadiran penonton : 50,000 Kelantan, 40,000 Selangor
Tahniah la untuk Selangor
Ahad, 12 April 2009
Kursus Tahsin Qiraat Al - Quran
Pada 6 hingga 9 April 2009 yang lalu, saya menghadiri satu lagi kursus.. kali ni kursus Tahsin Qiraat Al-quran bagi kumpulan (1) 2009. Kursus ini diadakan di Glory Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Secara Umumnya, kursus ini memberikan "input" yang amat berguna buat kami sebagai guru yang mengajar ilmu Al-quran..
TERIMA KASIH untuk pihak Jabatan kerana menyediakan kami kursus yang amat penting seperti ini.
Pemandangan waktu senja dari bilik penginapan saya semasa berkursus
Jumaat, 27 Mac 2009
Harimau...
Kejohanan Bolasepak Bawah 12 MSSD Gombak bagi Zon Kuang sudah berakhir, keputusannya kurang mengembirakan pihak kami, kami gagal untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya d ke final, namun begitu kami sebagai guru yang terlibat dalam membentuk pasukan ini amat berpuas hati dengan tahap permainan yang ditunjukkan pasukan. Tambahan pula, pencapaian pasukan ini dapat mengatasi rekod pasukan tahun lepas dalam kejohanan yang sama. Tahniah!
Pemain sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi perlawanan
Barisan pemain bersama jurulatih
Harimau Luka.. Cuba lagi tahun hadapan!!!
Sabtu, 21 Mac 2009
Suatu Hari Minggu..
.. So.. kat sini saya ambik gambar untuk anda diluar sana..
Isnin, 2 Mac 2009
SELAMAT HARI LAHIR
2 MAC... hehehehehe tak tahu nak cakap apa.. sebab tarikh ni aku baru lahir, tak leh cakap ape2..
Aku tujukan khas lagu Saujana ni untuk aku sendiri.. dan untuk sape2 yang turut sama sambut hari lahir pada hari ni..
Terimalah...
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan
Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku
Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan
Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia
Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir
Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
Ahad, 1 Mac 2009
Kunci Segala Kejahatan
ABU Laits berkata, jauhilah minum arak kerana di dalamnya mempunyai sepuluh perkara yang tercela.
1. Apabila seseorang itu minum arak, kedudukannya seperti orang gila, akhirnya dia menjadi bahan ketawa kanak-kanak dan tercela dia bagi orang yang berakal.
2. Arak itu boleh menyebabkan hilangnya akal dan musnahnya wang ringgit.
3. Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.
4. Minum arak akan menghalangi seseorang itu mengingati kepada Allah dan akan menghalangi dia daripada mengerjakan solat.
5. Minum arak akan mendorong perbuatan zina. Sebab seseorang yang minum arak mungkin dengan mudah menceraikan isterinya tanpa disedarinya.
6. Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat. Orang yang minum arak mudah sekali melakukan perbuatan terkutuk.
7. Minum arak boleh menyebabkan menyakiti keluarganya dan temannya kerana mengiringi ke tempat fasik.
8. Orang yang minum arak wajib dihad, dihukum dengan 80 sebatan, kalau dia tidak dipukul di dunia, dia akan dipukul di akhirat dengan cemeti api neraka di hadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan temannya.
9. Minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.
10. Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.
Semua akibat ini adalah di dunia sebelum dia mati. Selepas itu, dia akan menghadapi pula seksa akhirat nanti.
Ahad, 15 Februari 2009
Sepanjang Mesyuarat Agong PIBG Ke 27
Untuk post blog saya kali ni, atas permintaan beberapa rakan sejawat, mereka meminta saya memasukkan gambar yang diambil disepanjang perjalanan mesyuarat. So... saksikan, kalau nak copy, dipersilakan..
Huhuhuhu... gambar ni tak de kena mengena langsung dengan PIBG, anak sedara saya ni..
Pentas utama dewan mesyuarat PIBG
Para hadirin.. ramai sungguh yang hadir hari tu.. TERIMA KASIH.
Ustazah Nor Zairawati dan Mastura memastikan majlis penyampaian sijil berjalan dengan baik.
Cikgu Mat Rosli, haaa.. kalau dia tak de, P.A systems tak bunyi la jawabnya..
En. Sabaruddin Ahmad Sabri selaku Yang Dipertua PIBG sedang menyampaikan ucapan.