Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Khamis, 31 Julai 2008

ISRAK DAN MIKRAJ


ISRAK Mikraj adalah dua peristiwa kembar menakjubkan yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW pada malam 27 Rejab. Peristiwa yang sangat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad itu dianggap sebagai penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurniaan Allah kepada Baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan Allah. Israk bererti perjalanan Nabi dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin.


Peristiwa ini terakam di dalam al-Quran, seperti firman Allah bermaksud:

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." – (Surah al-Israa', ayat 1).


Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh, dekat singgah sana Allah seperti yang digambarkan oleh al-Quran yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.
"Penglihatan (Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." – (Surah an-Najm, ayat 13-18). Sidaratil Muntaha adalah tempat yang paling tinggi di atas langit ketujuh, yang dikunjungi Nabi Muhammad ketika Mikraj.


Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Antara pengajaran peristiwa Israk Mikraj:
Manusia hendaklah sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik ketika ditimpa kesusahan mahupun mendapat kesenangan. Perkara ini penting kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, duka cita dan kesusahan pada diri manusia.
Nabi juga ditimpa beberapa musibah sebelum berlakunya Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj iaitu untuk berhadapan dengan Allah.


Perkara itu memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya, di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.
Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Sewaktu Israk Mikraj, tepatnya ketika Nabi diajak meninjau keadaan neraka, Baginda ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh pelbagai kaum, akibat kejahatan yang pernah mereka lakukan di dunia.Misalnya, Rasulullah diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sedia kala.Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat dan yang suka memfitnah.Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidakmelakukan segala perbuatan tercela dan pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah. Mereka akan mendapat seksaan di akhirat nanti sekiranya melakukan perbuatan yang dilarang Allah.


Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya.
Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agarkeyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia.Perkara ini perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan pelbagai keajaiban ciptaan- Nya di alam tinggi bernama langit seperti Sidratil Muntaha dan syurga.
Anjuran memberi salam. Sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang Baginda temui. Hal ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.


Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat.Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanya bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.


Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit' telah mengejar Baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan Baginda.Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara..


Selasa, 29 Julai 2008

Acara Selingan

Kejohanan Bolasepak dah abis... Team aku gagal ke suku akhir. Insyaallah Ogos 08 kita berjumpa lagi.
Ni adalah acara selingan ketika kejohanan Bolasepak 7 side tertutup Desa jaya Kepong pada 27.7.08 baru ni..


Rakaman : Lumba 100 meter.. sekadar hiburan kami kat padang.

Jumaat, 25 Julai 2008

Tabah.. (khas untuk insan yang tabah)


Lihatlah betapa kuatnya semangat pokok dokong ni.. (dokong ni sama spesis langsat) walaupun dahannya dah kudung, (dahannya dipotong coz batangnya hampir reput) , pokok ni masih mampu mengeluarkan bunga pada dahan yang kudung untuk berbuah dan membuatkan tuannya tersenyum lebar.. ini adalah sekelumit pengajaran daripada Penciptanya (ALLAH S.W.T) untuk orang - orang yang mahu berfikir.. Lihatlah dengan mata hati.. hikmah pasti menanti..

Gambar: Pokok dokong belakang rumah saya kat kampung

Isnin, 21 Julai 2008

Majlis Khatam Al -Quran Gombak


Pada 21 Julai 2008, PPD Gombak mengadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat Daerah Gombak, sempena majlis ini, beberapa pertandingan telah diadakan, antaranya ialah Kalam Jamaie (Coral Speaking), Tilawah Al-Quran, Kuiz Agama Islam/Bahasa Arab dan Dikir Barat bahasa arab, Sekolah saya mengambi semua bahagian kecuali Dikir Barat. Tahniah diucapkan kepada murid yang mewakili sekolah kerana semangat anda terlalu tinggi. Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih murid, terutamanya jurulatih pasukan Kalam Jamaie iaitu Ustazah Mastura, Nor zairawati, Nurzihana, Isyrafani dan lain-lain kerana dapat melahirkan satu pasukan Kalam Jamaie yang tidak kurang hebatnya!! TAHNIAH. Wassalam...


Pic:SK Taman Ehsan Kepong sedang membuat persembahan Kalam Jamaienya..

Ahad, 20 Julai 2008

Kecemasan!!!


Pada 18.7.08 ( Jumaat), sekolah saya mengadakan satu latihan kecemasan untuk semua warga sekolah, kami buat latihan ni tanpa memaklumkan dulu kepada semua warga, (biar ada yang lintang pukang melarikan diri). Nak dijadikan cerita, yang kelakarnya... masa saya bunyikan loceng( Loceng Ketapi) tung! tang! tung!! tang..! ( cikgu yang sorang lagi tekan loceng letrik (ringggggg.........) ada jugak budak2 yang selamber je datang kerumun saya tanya :

Murid : Ustaz! kenapa ketuk loceng? (aduhh... tak tau takut ke memang tak faham budak2 ni??)

Saya : Murid2, pegi la lari ketempat selamat (kumpul kat padang), ini kecemasan!!

Setelah murid2 lari.. datang plak cikgi (panggilan kami pada guru pompuan) yang sambil senyum2,(mungkin diorang dah tau, ni latihan kecemasan je, tak payah kelam kabut, ada pulak yang sempat tanya:


Cikgi
: ustaz, jual aiskrim ke?hahahahaha....


Saya : Haaaa mai la beli! beli satu dapat percuma loceng...

Gambar : Guru2 sedang mengira murid yang "terselamat" dalam kebakaran olok2 tu.

Rabu, 16 Julai 2008

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN


Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.



Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini.



Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat.



Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.



Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.


Gambar hiasan: Ayah saya ketika menyertai salah satu musabaqah tilawah Al - Quran peringkat Negeri Kelantan era 80an.

Anugerah


Salam.. semalam saya rasa amat gembira, nak tahu kenapa..? tengok la kat atas tu.. saya dapat award dari kenalan blog saya.. ni la kali pertama saya dapat award sejak terjebak dalam dunia blog ni. dengan dapatnya award macam ni, maka ini adalah sebagai suntikan bahan pemangkin untuk saya lebih aktif lagi menulis.. TERIMA KASIH "KAMAR HATI".

LAGI RENUNGAN BUAT SEMUA..

Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya. Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya. Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok. Itulah persepsi biasa dalam masyarakat. Begitulah keadaannya bilamana kita inginkan sesuatu kebaikan janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya. Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri. SEKIAN WASSALAM..

Isnin, 14 Julai 2008

RENUNGAN BUAT SEMUA..


Dulu kita tidak kenal A,B dan C, kita tidak tahu mengira 1,2 dan 3. Dari lidah kita yang telor dan terketar – ketar kita lihat diri kita sekarang, kita bukan sahaja mampu menyebut dan membilang malah lebih dari itu kita mampu lakukan. Segala – galanya kita miliki pada hari ini adalah bermula dari guru.
Siapa guru kepada kita?Adakah selama ini kita tahu dan menghargai pengorbanan yang telah dilakukan guru kepada kita? Pepatah arab ada mengatakan, yang bermaksud “ Sesiapa yang memuliakan orang alim yakni gurunya, bererti dia memuliakan tuhannya”. Guru adalah orang yang banyak berjasa kepada kita. Semoga segala ilmu yang kita perolehi daripada guru akan membawa kejayaan kepada kita di dunia dan di akhirat.
TERIMA KASIH CIKGU!!!

Sabtu, 12 Julai 2008

Siapa ni?


Salam..Budak mana ni? Agak-agak la sape la budak ni.. berapa la umur dia ni.. dah kawin ke belum ni..hehehehe, kepada blogger yang setia semua, sila teka..siapa yang berjaya hadiahnya ambik budak ni buat anak angkat dan bawa dia makan kat kedai, lauk tempe pun dia makan ni..

Manfaat Surah Yassin


RASULULLAH SAW telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin karena ia mengandung keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.

11.Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12.Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13.Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14.Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Al Mulk, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik

Khamis, 10 Julai 2008

Sukan kegemaran


Ini but saya..Kali ni plak saya nak cerita pasal sukan, saya ni tak la berduit macam orang lain, mampu nak join sukan yang hebat2, moto besar la, keta lumba la..macam2 lagi. saya ni minat main bola, tapi tak la terer macam ronaldo tu, setakat nak main sepak2 tu bleh la ajak saya, pengalaman? paling tinggi pun dapat wakil Bahagian Latihan masa keje kat JPA tahun 2002 dulu..pastu dapat main untuk JPA 2,3 game,pastu nama saya tak dipanggil dah untuk JPA,hehehe..(main tak bagus la tu) kira saya ni tak la kaki bangku sangat. 27.8.08 ni ada lawan 7 side kat kepong, saya dah register nama!!

Selasa, 8 Julai 2008

Ayahanda



Ni ayahanda saya.. Ust Darawi. Ni saja je dia nak try duduk2 atas moto anak menantu dia, ni moto baru beli, Hayabusa 2008. Nak bawak rasanya tak bleh tu kot..hehehehe. Mana Ibunda saya? nanti la dulu..

Isnin, 7 Julai 2008

Kerjaya 3


Salam.. ni adalah sebahagian murid2 saya.. ni murid2 tahun 3, nak ngajar diorang ni kena banyak sabar.. macam2 karenah,biasalah budak2. silap2 kita boleh pengsan. hehehehe gurau je.. guru kena banyak sabar, bukan senang jadi "arkitek" manusia ni.

Kem Bestari Solat


Salam.. Ni pula suasana perjalanan aktiviti Kem Bestari Solat yang dianjurkan oleh j-Qaf Sekolah kami. kem ni bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid seawal tahun satu tentang kewajipan solat. Alhamdulillah, j-Qaf mendapat kerjasama yang cukup baik dari semua guru untuk menjalankan aktiviti ini. TERIMA KASIH..

Kerjaya 2


Hmmm.. ni pula gambar bagaimana keadaan rakan setugas saya kat sekolah melayan karenah murid2, tengok lee..handle budak sekolah rendah ni penat sikit,maklumla budak2..
guru yang dalam gambar ni adalah sebahagian guru2 agama disekolah saya.Terima kasih terutamanya kepada Ustazah Mastura,Norzairawati,Fairuz Munirah,Isyrafani,Nurzihana,Nur Anizah, AZlina dan Ustazah Norafiza kerana banyak membantu saya untuk menjalankan tugas dengan baik, SEMOGA MENDAPAT GANJARAN DARI ALLAH S.W.T DI AKHIRAT KELAK.
Amin..

Jumaat, 4 Julai 2008

Kerjaya


Salam.. Nampak gambar di atas? gambar ni diambil semasa saya ditugaskan oleh PK HEM untuk memberi ceramah dalam Program Anti Dadah.. Mula2 payah gak saya nak terima tugas ni, ye lah.. saya ni mana la tau sangat pasal dadah2 ni, kalu setakat tgk iklan anti dadah kat tv tu tau la sikit2. tambahan pula tugas tu diberi ketika saya masih dalam praktikum pada 2005. rasa berat gak la, tambahan pula lagi, saya rasa kecil sangat bila berhadapan (walaupun diaorang duk belakang saya masa ceramah tu) dengan cikgu2 yang dah bertahun mangajar. Pape pun saya buat apa yang termampu, sebelum beri ceramah, saya buat la sikit homework sikit pasal kes2 dadah yang melibatkan murid sekolah..

Kesayanganku 2


Ini pulak pet aku yang amat2 cantik.. Ni bukan kambing atau itik, nama haiwan ni ialah udang. cantikkan warna dia?, payah nak dapat ni,usia dia masa ni agak tua dah.. dan cerita sedih yang aku nak kabarkan pada semua.. haiwan ni dah mati..dah sampai ajal dia kot, biasalah.. yang hidup pasti bertemu dengan ajalnya. Skang ni anak kepada udang ni masih idup dalam jagaan aku.. Tengah membesar dengan baik.

Khamis, 3 Julai 2008

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W


Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

·Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

·Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

·Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

·Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

·Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
·Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

·Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.

·Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

·Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

·Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

·Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

·Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."