Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Jumaat, 30 Oktober 2009

Membaca Yaasin Kepada Yang Sedang Sakit Nazak : by abidfana

Membaca Yaasin Kepada Yang Sedang Sakit Nazak


October 29, 2009 by abidfana

Hukum membaca surah Yaasin kepada seorang hamba Allah yang sedang sakit nazak adalah satu isu yang diperdebatkan di kalangan ulamak.

Bagi mereka yang mengharuskannya, mereka bersandarkan kepada sepotong hadith daripada Ma’qil ibn Yasar r.a.:

اقرأوا علي موتاكم يس

Bacalah kepada orang-orang yang sedang mati dengan surah Yaasin.

Bagi sebahagian ulamak, hadith ini walau bagaimanapun tidak mencapai martabat sahih atau hasan. Imam Al-Nawawi mendhaifkan hadis ini di dalam al-Azkar. Begitu juga dengan Syeikh al-Albani. Akan tetapi beberapa ulamak seperti Syeikh Uthaimin, dalam menyatakan kedhaifan hadith ini, turut mengakui yang sebahagian ulamak lain menerima hadith ini sebagai hadith sahih.

Itu semua adalah persoalan teknikal yang dibincangkan oleh ulamak hadith. Persoalan teknikal di dalam nas tidak boleh dipandang kecil. Ianya adalah isu besar bagi menentukan amalan kita diterima atau sebaliknya. Sekiranya berlaku khilaf di kalangan ulamak, maka terserahlah kepada kita untuk memilih pandangan masing-masing.

Apa yang pasti, di sebalik khilaf mereka terhadap status hadith di atas, semua mereka bersepakat yang membaca dan memperdengarkan bacaan al-Quran sama ada untuk diri kita atau diri orang lain adalah amalan yang amat digalakkan. Apatah lagi kepada yang sedang sakit nazak, daripada mendengar sembang-sembang duniawi orang yang sedang melawat di kelilingnya, atau dipersembahkan dengan tangisan kesedihan, adalah lebih baik kepada orang yang masih hidup menghidupkan suasana Islam di penghujung hayatnya.

Selain itu, di dalam sepotong hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Sai’d dan Abu Hurairah melaporkan nabi Muhammad bersabda:

لقنوا موتاكم لا إله إلا الله

Talqinkanlah orang-orang yang sedang nazak dengan La Ilaha Illallah.

Gabungan kedua-dua hadith di atas perlu difahami sebagai suatu saranan kepada orang yang masih hidup supaya mengajar kepada saudaranya yang nazak menghabiskan hayatnya dengan Islam.

Kesimpulannya dan sedikit anjuran kaifiat talqin:

1. Mentalqinkan orang yang sedang nazak adalah suatu tuntutan bagi membantu mereka mati di dalam Islam.

2. Kepada yang masih hidup, elakkan daripada mewujudkan suasana yang tidak membantu si pesakit nazak untuk mati dalam Islam seperti menyembang perkara duniawi, berlebihan dalam menangis atau kesedihan dan sebagainya.

3. Hampir semua Muslim faham makna La Ilaha Illallah, tetapi tidak semua yang tahu tafsir atau sekurang-kurangnya terjemahan surah Yaasin. Justeru adalah lebih utama untuk mengajar pesakit nazak dengan kalimah tersebut, apatah lagi adalah lebih utama beramal dengan hadith yang sahih. Bacaan yaasin sekiranya dibaca beramai-ramai, tidak serentak, tidak sempurna dan seumpamanya, mungkin boleh melarikan fokus si pesakit nazak untuk mengahiri hayatkan dengan kalimah syahadah. Pun demikian sekiranya ingin memilih untuk membaca Yasin beramai-ramai pun kerana hadith Ma’qil di atas, bacalah dengan perlahan, dan pastikan ada seorang yang menemani di sisi untuk mengajar kepada si pesakit nazak kalimah La Ilaha Illallah.

Allahua’lam.

Rujukan : www.abidfana.com

Isnin, 26 Oktober 2009

Mungkinkah Sejarah Akan Berulang?


Dengan kehangatan Piala Malaysia yang dah semakin dipenghujungnya... Kelantan berjaya keperingkat separuh akhir.. bertemu dengan Perlis.. Harap2nya kali ni Kelantan berjaya menebus kekecewaan dalam Final Piala F.A baru-baru ni.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Hmmm.. Menarik nih!!! ada pandangan tak?

Mohamad Shuhaimi Md. Ilias (kiri) bersama beberapa jiran melihat sejadah yang 'berdiri' di rumahnya di Taman Haji Mohd. Amin, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM 2 Okt. - Sepasang suami isteri yang berselisih pendapat mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd. Amin di sini terkejut apabila sejadah di bilik sembahyang mereka tiba-tiba tegak menyerupai orang sedang solat.

Kejadian aneh itu berlaku kira-kira pukul 9.45 malam, tidak lama selepas Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, dan isterinya, Zainab Ramli, 26, berbincang mengenai kedudukan sebenar kiblat rumah mereka berbanding di masjid berhampiran.

Sebelum kejadian, Zainab sempat menghamparkan sejadah tersebut untuk menunjukkan arah kiblat yang biasa digunakannya tetapi Mohamad Shuhaimi menyifatkan kedudukan itu tidak begitu tepat.

Menurut Mohamad Shuhaimi, selepas berbincang dalam bilik berkenaan, dia pergi ke ruang tamu sebelum memandikan anak perempuannya manakala Zainab pula pergi menggosok pakaian.

''Tidak lama kemudian, Zainab tiba-tiba meluru kepada saya dalam keadaan muka pucat dan terkejut sebelum memberitahu sejadah yang dihamparkan tadi sudah tegak seperti orang sedang solat antara dua sujud," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Mohamad Shuhaimi berkata, dia mengucap berkali-kali apabila melihat sendiri keadaan sejadah tersebut yang menyerupai seorang wanita bersolat.

Melihat peristiwa aneh itu, Mohamad Shuhaimi menghubungi keluarga terdekat dan jiran-jiran yang kemudian datang menyaksikan sendiri kejadian tersebut.

''Ada beberapa jiran yang datang dengan kompas untuk membuat ukuran dan mengakui bahawa kedudukan sejadah itu tepat menghala ke arah kiblat," katanya.

Mohamad Shuhaimi yang bekerja sebagai penghantar surat memberitahu, sejadah tersebut yang sudah sedikit lusuh, merupakan hantaran perkahwinan isterinya ketika mereka mendirikan rumah tangga empat tahun lalu.

Katanya, berita mengenai kejadian itu tersebar begitu cepat sehingga ada orang awam dari merata tempat termasuk Kuala Lumpur yang sanggup datang untuk menyaksikannya.

''Bagaimanapun kira-kira pukul 2.30 petang tadi, saya secara perlahan-lahan melipat sejadah tersebut atas nasihat dua pegawai daripada Jabatan Agama Islam negeri yang datang ke rumah kami," katanya.

Katanya, ia bagi mengelak daripada berlaku perkara khurafat yang boleh menyesatkan akidah umat Islam.

Mohamad Shuhaimi berkata, dia dan isteri percaya ada hikmah di sebalik kejadian itu dan menganggapnya sebagai tanda kekuasaan Allah SWT.

Sumber - Utusan Malaysia 3 Oktober 2009 / 14 Syawal 1430

Jumaat, 2 Oktober 2009

Pahlawan Merah



Pesta Piala Malaysia dah bermula, aku dah tak tahan lagi asyik tengok bola kat berita tv je.. kali ni aku tak nak lepaskan peluang menonton aksi pasukan kesayangan aku... dengar kabarnya (memang sahih dah) Pasukan Kelantan akan beraksi menentang Pasukan ATM di Stadium Selayang pada 3.10.2009 ni. Aku mesti!!!! aku mesti!!! gi tgk... heheheheh...