Assalamualaikum semua.. tak lama lagi kita umat Islam akan menyambut satu lagi hari Kebesaran umat Islam iaitu Hari Raya Haji ataupun Aidul Adha, Perkataan yang paling rapat dengan raya Haji ini ialah "Ibadah Qurban", Ibadah Qurban?? apa itu?. Di sini marilah kita refreshkan semula ingatan kita apa itu ibadah qurban? bila? apa yang nak dikorbankan? Hukumnya macam mana pulak?.
Qurban dilakukan semata-mata kerana Allah pada Hari Raya haji dan hari - hari Tasyriq iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjjah.
Hukumnya pula? Ok.. Hukumnya ada ulamak yang mengatakan sunat dan ada pula yang mengatakan wajib.
Binatang apa yang boleh dikorbankan? Binatang yang boleh/sah diqurbankan ialah:
1. Kambing biri - biri yang berusia 1 tahun lebih.
2. Kambing biasa yang berusia 2 tahun lebih.
3. Unta yang berusia 5 tahun lebih.
4. Tetapi.. binatang yang buta, sakit , kurap dan yang kurus tidak sah dijadikan qurban.
Perkara - perkara sunat dilakukan ketika menyembelih binatang qurban :
1. Membaca Basmalah
2. Membaca Selawat keatas Nabi
3. Membaca Takbir.
4. Berdoa kepada Allah agar menerima ibadat qurban.
5. Binatang yang disembelih itu dihadapkan ke kiblat.
Hukum daging qurban :
1. Qurban Nazar
Apabila seseorang itu bernazar untuk melakukan qurban maka wajiblah ke atasnya melaksanakannya. Dagingnya wajiblah disedekahkan semuanya. Ia tidak boleh dimakan oleh tuan punya qurban dan menjualnya.
Daging qurban sunat boleh dimakan oleh tuan punya qurban dan disedekahkan, daging qurban tidak boleh dijual.
Sekian.

2. Qurban Sunat
Daging qurban sunat boleh dimakan oleh tuan punya qurban dan disedekahkan, daging qurban tidak boleh dijual.
Sekian.
Rujukan: Asas - asas Fardu Ain oleh Ustaz Ismail Endut Pustaka Haji Abdul Majid
1 ulasan:
Waalaikumussalam.
Terima kasih di atas peringatan yang diberikan, ingat mengingat adalah amalan kita yang amat disanjung. sebelum Raya Haji ( Qurban ) kita telah pun merayakan Raya Puasa, nampaknya depa raya sakan tetapi sebenarnya Hari raya puasa atau fitrah hanya sehari sahaja iaitu pada 1hb. Syawal,Manakala pada 2hb.Syawal disunatkan berpuasa selama 6 hari atau mana-mana 6 hari selepas hari raya puasa, itu jarang dibuat kerana sebok raya agaknya.
Raya Haji yang sebenarnya lebih lama tempohnya iaitu mulai 10hb.Zulhijjah sehingga 13hb.Zulhijjah dalam tempoh tersebut disuruh kita melakukan ibadat korban. Nampaknya setakat ini kita menyambut raya puasa lebih sakan lagi.Apa pun asalkan tidak melanggar perintah Allah.
Wallahu aklam ----- Wassalam.
Catat Ulasan