Kali ni saya nak ceritakan pengalaman ngeri.. iye.. pengalaman ngeri yang pernah saya alami dengan kawan2 masa kat UPM dulu, masa kami kat UPM, macam benda yang kami buat, ala- ala budak nakal la kiranya kalu kat alam sekolah. Nak jadi cerita, (pssstttt…benda ni mak ayah saya tak tahu lagi ni, dekat 8 tahun saya simpan rahsia, tak pe la certia kat sini, dia orang tak tahu buka blog. Heheheh..)
Ceritanya tertulis pada 20.3.2001
Apa ceritanya? Ok…
Kisahnya macam ni, masa kami abis exam final kat UPM dulu, kami nak enjoy la.. so kami ber 8 dengan dua buah kancil yang disewa RM 40 satu hari pergi la jalan2 kat Melaka, pusing2 kat Bandar hilir, makan2, minum2, jalan tengok suasana best kat Melaka.. setelah penat, kami bercadang nak bermalam kat Tanjong Bidara, nak menikmati keindahan matahari terbenam,.. so kami pun terus la ke Tanjong Bidara, sebenarnya kami ni bukan la biasa sangat kat Melaka ni, kecuali sorang yang nama Shah yang pernah pergi ke Tanjong Bidara, dia cakap, kalu nak cepat sampai, kita boleh ambik short cut ikut jalan masuk kawasan kem Terendak. So.. kami pun ikut la jalan tu..
Apa jadi???
Hmmmm..
Bila kami masuk je kawasan kem, MP yang jaga pintu pagar kem tu tak kata apa2.. just senyum je.. so kami pun dengan yakin terus masuk, sampai satu sekatan jalan, kami ditahan “ ada pegawai yang bertugas kat sekatan tu tanya kami, “ nak pergi mana?” kami pun jawab, nak ke tanjong Bidara, Pegawai tu cakap “ skang tak oleh masuk jalan kem kalau nak ke
Maknanya kami kena “U turn” laaa..
Stereng keta yang tak de power stereng tu di pusing…
Bila kami “U Turn”,nak sampai keluar pagar, salah sorang kawan kami yang hobinya tangkap gambar, dia dengan senang hati tanpa ragu – ragu mahu pun was2..
dia ambil gambar kereta kebal yang sedang mangawal pintu pagar Kem.
SNAPP!!!
Bila saje lampu flash camera tu nyala.. dengan kuatnya suara salah seorang pengawal memberi arahan pada kami “ BERHENTI!!!!! Dan mengarahkan kuncu2nya supaya tahan kami .
“TAHAN!!! TAHAN !!! TAHAN!!!!...”
Kami dengan terpinga2 (apa salah kami ni???otak kami
Sorang demi sorang keluar dari kancil yang kecik tuu..
KENAPA?
Nak pendekkan cerita ( tak larat nak taip) sebenarnya ADALAH MENJADI KESALAHAN BERAT BAGI SESIAPA YANG MENGAMBIL GAMBAR TANPA KEBENARAN dalam kem tentera.
Bila kami ditahan, kami disoal siasat. Kami cakap, kami memang tak tahu undang2 askar ni. Puas kami terangkan, nak tak nak, kami terus disoal siasat, macam2 soalan kami kena jawab. Bila pihak pegawai penyiasat berpuas hati, maklumat kami diambil..baru la kami dibebaskan. Teruk kami kena tengking waktu kena siasat, kami disyakki agen Maunah ( kebetulan pada tahun tu kecoh pasal maunah yang rampas senjata).
Bila kami dibebaskan, kami diceritakan oleh salah seorang pegawai penyiasat, andai kami tak berhenti sewaktu arahan BERHENTI, kami mungkin jadi mangsa M16 dan kereta perisai kerana masa tu semua sharp shooter dah teropong kami dan dah ready jari kat picu senapang!!!! … aduhhh… selamat la wahai LUKMAN, HADI, TALIB, SHAH, ZAM, DENAN, YUSOF dan.. AKU… Umur korang masih panjang… untuk Lukman yang budiman.. aku harap mu dapat beli kereta kebal sendiri..hahahahahaha... satu lagi.. untuk kawan2.. selalukan nonton cerita Left. Adnan lakonan Hairie Othman sebab ketua perisik badan gempal yang soal kita tu ada belakon dalam cerita tu...keh keh keh..
3 ulasan:
Uiksss.. strictnya kem2 askar ni ek..mujur berenti..
Mung cite doh kt aku. aku nk royat ko ma. hahaha
Khazani: mu jangan buat hal wooo... kang aku bagi tau ma, mu tak bayar saman lagi.
Catat Ulasan