Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Ahad, 7 September 2008

Baju Melayu



PEMAKAIAN baju Melayu sepasang semakin dilupa atau ditinggalkan oleh generasi muda. Alasan yang sering diberikan ialah panas dan tidak selesa.

Biasanya mereka akan memakai baju Melayu bersama seluar `slack’ atau jeans. Ini akan mencacatkan rupa baju Melayu itu sendiri kerana `dipermodenkan’ sebegitu rupa.

Generasi muda sepatutnya digalakkan agar menggemari dan berbangga memakai baju Melayu bagi mengelakkan pemakaian baju Melayu terus dilupakan.

Apa yang dibimbangkan ialah generasi yang akan datang tidak lagi mengenali baju Melayu yang menjadi pakaian tradisional orang Melayu.

Bagaimanapun, apa yang menggembirakan kini ialah semakin ramai yang memakai baju Melayu sepasang ke pejabat pada setiap hari Jumaat. Meriah dan berwarna-warni apalagi jika dipakai bersama samping.

Selain itu, baju Melayu tetap menjadi pilihan utama bagi digayakan pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Si jejaka nampak lebih kacak dan tampan berbaju Melayu.

Terdapat dua pilihan rekaan baju Melayu, iaitu berleher cekak musang dan teluk belanga.

Baju Melayu cekak musang berbutang lima dan cantik disematkan dengan butang baju Melayu daripada batu permata yang sepadan dengan warna baju. Sementara itu, baju Melayu teluk belanga berbutang satu seperti baju kurung Johor.

Pemakaian baju Melayu sepasang tidak kira sama ada semasa menyambut Hari Raya, ke majlis, ke pejabat atau ketika bersembahyang Jumaat lebih menarik jika digayakan bersama samping songket atau tenun.
Dipetik dari akhbar Mingguan 7 September 2008

2 ulasan:

Tie berkata...

Amboi...kacaknya ustat ni..dah tak sabar nak raya ke? He he...ustat ni betul2 buat kak tie tersenyum laa...Ke..nak pergi memin...hi hi...

Hafizan berkata...

Terima kasih kak tie..Islam kan mengajar kita agar sentiasa kelihatan cantik... ISLAM ITU AGAMA YANG INDAH