Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Sabtu, 6 September 2008

SENYUM


Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Hmmm… saya pasti ramai yang ingat dan memang sukakan lagu ni, termasukla saya, dulu masa kecil2 saya selalu duk nyanyi lagu ni, memang sedap..

Senyum.. suatu yang sememangnya amat disenangi oleh semua orang, betul tak? Bah kan ada yang mengatakan bahawa dengan senyum boleh membuatkan seseorang itu awet muda, ntah la. Saya pun tak pasti sangat benda tu betul atau pun tak.

Tetapi.. saya yakin diantara sifat – sifat yang boleh membukakan hati orang ramai dan menjadikan seseorang itu diterima dan dimesrai ialah sifat manis muka dan tutur kata.

Bagi seorang pendidik, muka adalah petunjuk pada seorang murid, menjadikan cermin yang melantunkan apa yang tersemat dilubuk hatinya. Kiranya kita bermasam muka, keadaan itu menunjukkan seorang yang sempit dada dan mudah keluh kesah tetapi kiranya kita seorang yang sentiasa bermuka manis, keadaan ini akan membayangkan kebaikan.

Kita sebagai umat Islam, mestilah membiasakan diri berwajah ceria sekalipun kita terpaksa melatih diri kita berbuat demikian. Kita juga mestilah membiasakan diri sentiasa tersenyum walau bagaimana yang menderita dan menekan diri kita.

Sekian.. Senyumlahhh…..

2 ulasan:

Tie berkata...

Ooo...tak pernah dengar lagu senyum ni..boleh ustat dendangkan tak? He he..

Tie suka tengok orang senyum, cikgu senyum pun membahagiakan, tapi bila dia senyum tika bawa kertas periksa akan buat tie resah semacam...senyum ada makna tu.. hi hi..

Kz berkata...

senyum tanda mesra, senyum tanda syg, senyum lah sedekah yg paling mudah. senyum diwaktu susah tanda ketabahan, senyuman itu tanda keimanan..senyumlaahh.. :)