Cuti akhir tahun persekolahan 2008 dah pun tamat,Agak lama juga saya tak “Update” blog ni kerana masalah Line broadband tak dapat kat kampung, dail up ada.. tapi slow sangat la cam cipan lumpuh je..
Dek kerana musim hujan, pergerakan saya agak terbatas..tak boleh nak keluar mana-mana pun. Musim hujan tahun ni meninggalkan kesan yang mendalam buat penduduk kampung, ini kerana peristiwa yang menyedihkan telah menyinggah sebuah keluarga yang berkebetulan jiran terdekat saya kehilangan anak kesayangannya yang maut kerana lemas dibawa arus sungai ketika sedang mandi di sungai Bukit Abal.
Al- Fatihah. Untuk Mohd Azdi Zakaria
Pada akhri2 percutian saya, Satu lagi berita kematian saya terima dari handphone saya, kali ini dari kawan baik saya Lukman Ibrahim (Guru j-QAF kat Sarawak), ayahnya yang juga kawan baik ayah saya meninggal dunia kerana diserang “strok”. Allahyarham menghenbuskan nafas terakhir di Hospital Besar Kota Bharu.
Al-Fatihah..Buat Ustaz Ibrahim
3 ulasan:
Salam ustat, lama tak dengar khabar...moga2 sihat dan ceria selalu...
salam, kak tie.. saya baik2 je.. masa balik kampung tak dapat online coz tak dapat buka broadband.
Catat Ulasan