Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Sabtu, 11 Oktober 2008

Apa Sudah Jadi?

"Saban hari kita didedahkan dengan pelbagai cerita tentang guru yang dilihat sebagai hilang pertimbangan dalam mendidik anak bangsa. Media massa yang mencari berita sensasi selalu tersenyum puas apabila dapat mengeluarkan cerita sensasi sebegini. Kita dapat melihat pada masa kini, disiplin murid berada pada tahap yang amat membimbangkan. Tetapi salah siapakah sebenarnya perkara ini terjadi? Guru yang cuba untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berguna sering dipersalahkan apabila menggunakan pendekatan yang dikatakan agak keterlaluan. Tetapi adakah hanya dengan memberi kaunseling, memarahi murid sahaja sudah cukup untuk mendisiplinkan murid?.

Untuk mendidik murid, kadang-kadang guru perlu untuk bertindak lebih tegas seperti merotan, memulas telinga dan sebagainya tetapi tidaklah sampai patah, capik dan sebagainya..Namun guru pada hari ini seolah-olah telah diikat tangannya dan hanya mampu melihat 'kenakalan' anak murid yang saban hari semakin berani melanggar disiplin kerana 'ketidakupayaan' guru.. Guru yang dahulunya hanya mampu melihat akan 'kenakalan-kenakalan' extrem ini akhirnya akan hilang kesabarannya apabila kredibilitinya sebagai seorang guru diperkotak katikkan lantaran sikap murid yang semakin keterlaluan. Maka kita dapat melihat pada masa kini bermacam-macam kisah guru yang dipertontonkan kerana tidak berupaya lagi untuk memendam perasaan.. Inikah caranya untuk kita melahirkan generasi yang akan datang.. Kita renung-renungkanlah... " – miharz

Apa tu?

Hmmmmm??

Apa ni? haaa.. ni la makanan kegemaran saya sejak kecil, namanya pisang salai. Ia dibuat dari pisang kapas yang masak, dihiris - hiris, kemudian dijemur dibawah panas terik lebih kurang 1 hingga 2 minggu bergantung pada cuaca, lagi cerah cuaca, lagi cepat ia kering dan boleh dimakan begitu sahaja. Kalau tak silap saya, pisang salai ni pun makanan kegemaran Si Tanggang tu kan? kan ada mak dia bawak pisang salai ke Bahtera Tanggang tu.. Tanggang campak balik ke perahu mak dia, Dosa tu... Dah la tak ngaku mak sendiri, rezeki plak dicampak2.. memang patut la kena sumpah jadi gagak, tu pun nasib baik tak jadi pisang salai!!

Gambar : Pisang Salai yang mak saya jemur



Ni plak ikan keli yang ada dalam kolah belakang rumah saya, ikan ni anak sedara saya yang punya. dah besar tu, sampai tak lalu nak makan..besar sangat, so.. bela je laa buat main.

Cerita balik ke Kota

Salam.. ni plak nak cerita sikit pasal pengalaman drive balik ke KL, setelah sambut raya kat kg. Saya ngan adik saya pun balik la ke KL, kami bertolak jam 7.30 pagi dengan harapan perjalanan kami sempat sampai KL sebelum malam, tapi sebaliknya lain pula jadinya, kami terperangkap dalam jem yang menggila selama 13 jam, sepatutnya kami boleh sampai KL dalam masa 6-7jam je,bayangkan la... betapa penatnya saya yang merangkap pemandu tetap.. adik saya tak leh drive.. gambar kat atas tu adik saya yang snap masa kami jem kat jalan Kuala Krai - Gua Musang (bukan Lu musang) hehehe.. tengok la betapa panjangnya deretan kereta..
Mula2 rasa tak sabar gak, rasa nak potong kiri je.. tapi saya tahu itu mendatangkan masalah pada pemandu lain, tak elok makan kiri kan?, tengah - tengah rasa gelisah tu, saya teringat pada celoteh seorang DJ radio, dia ada cakap " anggplah jem tu adalah salah satu kemeriahan di Hari Raya.. " betul gak kata dia tu.. so hati ni jadi semakin sabar dan sabar... hingga la kami sampai dengan selamat. Alhamdulillah..

Isnin, 6 Oktober 2008

SELAMAT HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidul Fitri buat semua rakan taulan samada yang jauh mahupun yang dekat, walau jauh, walau dekat kalian semua tetap "segar Bertakhta Di hati". Kat bawah ni ada gambar2 yang saya sempat ambil semasa menyambut Hari Lebaran bersama - sama keluarga tercinta kat kg halaman, sebenarnya banyak lagi gambar raya, ini adalah sekadar untuk tatapan semua, ye la.. orang kata hari raya ni kalu tak bergambar tak sah kan?



Ni adalah famili saya yang ada kat rumah semasa pagi raya, sebenarnya ada 3 keluarga lagi tu yang tak masuk, diorang beraya kat rumah mertua masing2. Yang kat tengah2 tu adalah nenek saya, atuk? dah tak de dah..

Tu yang pakai tudung merah tu adik saya Nusratil Afua.. kejenya buat lawak, tengok la tu, tu lawak edisi 2008 nya. hehehehe.. form 3 baru tu..


Ni yang sopan ni plak.. adik saya gak, Ummi Nadia skang duk Matrik. Belajar le rajin2..


Haaaa.. ni plak? ntah laaa.. sape la agaknya.. cuba tengok kat poket baju tu? kembang tu coz ada duit raya yang bakal di "pow" anak sedara dan anak2 jiran..

Aduhhh.. puasa sebulan pun berat badan tak turun2.. maintain jeee..

Rabu, 24 September 2008

Kad Raya


Pejam celik pejam celik dah nak bis bulan puasa dah, tak lama lagi semua umat Islam akan menyambut Aidil Fitri yang merupakan hari kemenangan buat umat Islam dalam memerangi hawa nafsu selama sebulan pada Bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan tahun ni saya banyak terima Kad Raya dari anak - anak murid, best betul rasanya, kad - kad tu semua saya gantung kat bucu meja saya kat sekolah, sebagai hiasan dan motivasi saya untuk lebih berkhidmat dengan lebih baik untuk anak - anak bangsa dan agama.
TERIMA KASIH.
Kullu 'Am wa antum bi khair..

Ahad, 21 September 2008

Klasik

Idea saya datang nak buat entry "Klasik" ni mula datang bila saya melawat blog kak Tie malam ni (Sorry Kak Tie terciplak idea kak tie), kebetulan plak saya ada simpan gambar kat bawah ni dalam my handphone.


Ni la ayahanda saya, zaman muda. Rasanya ni umur dia masa ni tak silap saya 27 tahun. Ayahanda saya ni guru.. guru agama.

Ni pula gambar dia masa menyertai musabaqah tilawah Al-quran. Ayah saya ni pencinta seni taranum Al - Quran, dah banyak kali sertai musabaqah peringkat daerah mahupun negeri, cuma peringkat kebangsaan belum dapat lagi, sampai sekarang beliau masih berusaha.. Dia pernah pesan pada saya, belajar Quran ni tak habis sampai bila - bila.

Ni pulaaa... saya.. anaknya, Alamak! ter "enter frame" post orang plak!!! hehehehe..

Sabtu, 20 September 2008

Hidup Untuk Makan Atau Makan Untuk Hidup?



1. Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.


2. Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.


3. Pisang (mawz)

Pisang menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.


4. Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.


5. Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.


6. Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.


7. Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.


8. Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.


9. Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.


10. Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.


11. Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.


12. Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.


13. Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.


14. Limau kulit tebal

warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.


15. Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.


16. Jintan putih (kammun)

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.


17. Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.


18.Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.


19.Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.


20.Endive (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".


21.Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).


22.Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.


23. Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.


24. Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."


25. Minyak sapi (samn)

Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.


26. Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.


27. Madu lebah(a'sal)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).


28. Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.


29. Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.


30. Daging kuda

Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.
Rujukan : anjungsenibong