Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Khamis, 15 Januari 2009

E-mail kiriman

Pada suatu hari, semasa saya duk chek e-mail saya, saya menerima satu e-mail yang agak menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama, Saya rasa mungkin dah ramai terima e-mail ni.. bagi yang tak pernah baca..

Hmm.. bacalah.. pas tu sila2 la post komen, betul ke tak ni???..

E-mailnya kat bawah ni yang berbunyi :

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah,
manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya.....! ! !

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam.
Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang
kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma
resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

AMARAN DARI PIHAK POLIS :

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA :
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .. Kita berjalan menghampiri tempat
parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta
dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk
melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2
cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik
kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua
benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai
dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar
dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi..Dia
mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta
anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam
kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah
kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita
telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan
memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda
membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2
dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan
diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh
ketangan orang lain.

Rabu, 14 Januari 2009

Jeng...Jeng...Jeng...


Pada pukul 10:04 pagi masa aku tengah bersiap sedia nak pergi kantin tiba2 hanset aku kat dalam poket bergetar ( kat sekolah, aku memang "silent mood" hanset) takut ia
"menyanyi "masa aku tengah ngajar Quran.. kang tak pasal2 anak murid aku turut menyanyi,

Berbalik pada kes hanset aku tu bergetar, sebenarnya aku terima "SMS" dari akak aku, yang berbunyi "Hari ni semua org kena beli berita harian. mesti kena beli"..

hah?? jeng...jeng...jeng...

Kenapa?

Rupanya akak aku masuk paper..keh keh keh..

Glemer akak aku.. Cikgu yang banyak pengalaman..

Mari Berkongsi Artikel

Kita pernah dengar bagaimana keganasan Israel di bumi Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki atau wanita saudara kita, dikecam begitu hina. Antara ceritanya adalah Wujudnya kaum yahudi dan sejarah kehidupannya, tertubuhnya Pergerakan Zionis dan Pencerobohan dibumi Palestin. Semoga segala cerita ini akan membuka minda kita dan memberi iktibar pada kehidupan kita tentang asal usul kaum Yahudi.

Asal-usul kaum yang laknat.

Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi.

Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani
Israel.

Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identity mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.

Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain.


Yahudi tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV.


Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil 'Black Death', pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497. Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka dimusnahkan.


Selepas tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, Napoleon I telah membantah keras dasar itu. Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu.


Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai 'pogrom', iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.


Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai 'penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi'.

Sumber : www.halaqah.net

Khamis, 8 Januari 2009

Catatan ku


Cuti akhir tahun persekolahan 2008 dah pun tamat,Agak lama juga saya tak “Update” blog ni kerana masalah Line broadband tak dapat kat kampung, dail up ada.. tapi slow sangat la cam cipan lumpuh je..


Dek kerana musim hujan, pergerakan saya agak terbatas..tak boleh nak keluar mana-mana pun. Musim hujan tahun ni meninggalkan kesan yang mendalam buat penduduk kampung, ini kerana peristiwa yang menyedihkan telah menyinggah sebuah keluarga yang berkebetulan jiran terdekat saya kehilangan anak kesayangannya yang maut kerana lemas dibawa arus sungai ketika sedang mandi di sungai Bukit Abal.

Al- Fatihah. Untuk Mohd Azdi Zakaria


Pada akhri2 percutian saya, Satu lagi berita kematian saya terima dari handphone saya, kali ini dari kawan baik saya Lukman Ibrahim (Guru j-QAF kat Sarawak), ayahnya yang juga kawan baik ayah saya meninggal dunia kerana diserang “strok”. Allahyarham menghenbuskan nafas terakhir di Hospital Besar Kota Bharu.

Al-Fatihah..Buat Ustaz Ibrahim


Ahad, 4 Januari 2009

Al-Kisah


Nabi Yusuf dan godaan Zulaikha

DAN wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu seraya berkata: "Marilah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya orang yang zalim tidak akan beruntung. Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu dengan Yusuf dan Yusuf bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andai dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba yang terpilih. (Yusuf: 23-24)

Zulaikha merupakan isteri kepada pembesar Mesir yang membeli Nabi Yusuf daripada rombongan kalifah yang menjualkan. Zulaikha tertarik dengan ketampanan yang dimiliki oleh Nabi Yusuf. Ketampanan Nabi Yusuf ini juga telah membuatkan Zulaikha jatuh cinta terhadapnya.

Pada suatu hari, Zulaikha berniat untuk menggoda Nabi Yusuf. Ketika itu, suaminya tidak ada di rumah. Zulaikha telah menutup kesemua pintu rumahnya lalu mendekati Nabi Yusuf sambil berkata, "Wahai Yusuf, kemarilah engkau ke sini," ajak Zulaikha.

"Aku berlindung kepada Allah dan memohon keampunan daripada-Nya. Sesungguhnya suamimu telah memperlakukan aku dengan baik," jawab Nabi Yusuf.

Zulaikha tidak mengendahkan kata-kata Nabi Yusuf itu. Zulaikha menghulurkan tangannya untuk memeluk Nabi Yusuf tetapi Nabi Yusuf berjaya mengelakkan dirinya. Nabi Yusuf terus berlalu ke muka pintu. Zulaikha mengejarnya dan sempat menarik baju Nabi Yusuf sehingga terkoyak.

Pintu bilik terus dibuka. Zulaikha amat terkejut apabila melihat suaminya berdiri di muka pintu. Pembesar tersebut memandang mereka dengan wajah yang penuh curiga. Untuk membela dirinya, Zulaikha telah menuduh Nabi Yusuf cuba menggodanya.

"Wahai suamiku, balasan apakah yang patut diberikan kepada orang yang cuba menggoda isterimu?" kata Zulaikha, berpura-pura tidak bersalah.

"Dia yang menggodaku. Aku menolak ajakan isterimu, lantas dia menarik bajuku lalu terkoyak," jelas Nabi Yusuf sebagai membela dirinya.

Pembesar tersebut mendengar penjelasan daripada Zulaikha dan juga Nabi Yusuf. Untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan, pembesar itu telah mengambil seorang saksi daripada ahli keluarga untuk mengadili perkara tersebut.

"Jika pakaian Yusuf ini koyak di hadapan, maka kata-kata Zulaikha itu benar dan Yusuf telah berdusta. Tetapi, jika baju itu koyak di belakang, maka Zulaikhalah yang berdusta dan Yusuf bercakap benar," kata wanita itu.

Apabila melihat kepada pakaian Nabi Yusuf itu, maka terbuktilah bahawa Zulaikha yang berdusta dalam perkara itu. Pembesar tersebut meminta maaf dan Nabi Yusuf akhirnya terlepas daripada fitnah yang dilemparkan oleh Zulaikha.

- Petikan daripada buku Untaian 366 kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd.

Ahad, 28 Disember 2008

Rahsia Kekal Ceria


1. Kenapa aku diuji?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “ Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang – orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah telah mengetahui orang – orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang – orang yang dusta”. Surah Al – Ankabut ayat 2-3.

2. Kenapa aku tak dapat yang aku idam – idamkan?

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak megetahui.” – Surah Al- Baqarah ayat 216

3. Kenapa ujian seberat ini?

“ Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. –Surah Al-Baqarah ayat 286.

4. Kenapa rasa kecewa?

“ Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang – orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang – orang yang beriman”. – Surah Al Imran ayat 139.

5. Bagaimana harus aku menghadapinya?

“ Wahai orang – orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara – perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah – daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. – Surah Al – Imran ayat 200.

“ dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang – orang yang khusyuk”. – Surah Al – Baqarah ayat 45.

6. Apa yang aku dapat daripada semua ini?

“ Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang – orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberi syurga unuk mereka”. Surah At- Taubah ayat 111.

7. Kepada siapa aku berharap?

“ Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada- Nya aku bertawakkal” . – Surah at – Taubah ayat 129.

8. Aku dah tak dapat bertahan lagi!

“………Dan jangalah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada putus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”. – Surah Yusuf ayat 12.

Selasa, 2 Disember 2008

Bulan Senyum


Malam tadi kira-kira jam pukul 9.00 malam, ketika kami sekeluarga sedang menonton berita di tv3, waktu ni kami sekeluarga sedang bertandang di rumah salah seorang ahli keluarga kami di Bandar Rinching, Semenyih, sedang kami menonton berita kerana ingin mengikuti perkembangan banjir kat negeri Cik Siti Wan Kembang yang dikatakan agak membimbangkan, tiba2 pembaca berita kat TV tu "mengumumkan" satu fenomena (pada fikran saya la) bulan senyum sedang berlaku, Aaa??? Bulan senyum?? Kami pun dengan diketuai oleh Abah( gelaran bapa saudara saya) terus bergegas keluar rumah juga dengan diiringi oleh ma, mak sedara, mok noh, anak2 sedara (ayah saya buat tak tahu je pada mulanya, alih2 keluar gak!! heheheh) untuk melihat bulan malam tu...Pas tu mulut kami keluar bunyi "Wooooooo...aaaaa" dengan kedudukan bibir yang memuncung setelah anak mata kami menemui sasarannya.. Yessss!!! memang nampak jelas! Bulan tu nampak macam muka manusia sedang tersenyum kerana bulan sabit itu "mendongak" ke atas dan dia atasnya ada dua biji bintang terang bercahaya yang berkedudukan seperti sepasang mata. Saya cuba call kawan2 kat Kelantan, diorang cakap tak nampak kerana cuaca kat sana agak kurang baik.. nasib kamu laa.. tapi tak pe.. kat sini saya sediakan gambar bulan senyum tu kat semua. Saksikan...

KETERANGAN TENTANG FENOMENA "BULAN SENYUM" - berita harian

Keajaiban bulan 'senyum': Luar biasa. Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai muka orang tersenyum atau bulan 'senyum' yang boleh kelihatan bermula kira-kira jam 8 malam tadi. Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku lima tahun sekali turut menarik perhatian ramai rakyat negara ini yang menyebarkan berita bulan 'senyum' itu menerusi khidmat pesanan ringkas.