Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Jumaat, 12 Mac 2010

Selamat Bercuti Murid - Murid Ku sayang..




Keluarga yang bahagia menjadi idaman orang yang akan berkeluarga dan yang sudah berkeluarga. Mereka mengidamkan agar hubungan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa menjadi sangat rapat dan erat. Segala masalah keluarga cuba dihadapi bersama. Mereka menginginkan supaya kehidupan keluarga mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan suasana yang ceria. Bagi anak-anak, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka akan sentiasa mempunyai masa untuk bersama dengan mereka supaya mereka dapat bermesra dan bergembira bersama mereka. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang masih bersekolah, pada musim cuti sekolah ini, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka dapat meluangkan masa bersama-sama dengan mereka, Di sini dicadangkan beberapa tips untuk menikmati percutian yang hebat dan selamat :
  • Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.

  • Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah tempat-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.

  • Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.

  • Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.

  • Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.

  • Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca

  • Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.

  • Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama

  • Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan.

Usaha Berganda Harimau Luka.

Pasukan bolasepak SK Taman Ehsan sedang gigih menjalani latihan untuk menghadapi Kejohanan Bolasepak Peringkat zon Kuang tidak lama lagi.

Harapan kami pasukan ini sekurang - kurangnya dapat ke separuh akhir pada tahun ini.


Selasa, 9 Mac 2010

Tazkirah... : Menguap!!



Tajuk :
Menutup Mulut Apabila Menguap
Hadith :
Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”
(Muslim)
Huraian
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan. (Muslim)

Dari Abu Said Al-Khudri r.a dari Nabi saw ia bersabda:
“Jika ada di antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk..(Abu Dawud]

Terdapat beberapa hadith lain lagi yang berkisar perihal menguap dan adab-adabnya. Dan kesemua hadis-hadis tersebut membawa kepada satu makna, iaitu Islam tidak suka seseorang menguap tanpa menutup mulut apatah lagi ketika sembahyang.

Khamis, 31 Disember 2009

Idola..



Syeikh Ahmad Naina..


Selasa, 24 November 2009

Selamat Bercuti


Untuk guru-guru, selamat bercuti diucapkan. Walaupun kita bercuti, tapi tugas kita sebagai guru tetap berjalan seperti biasa. Ada yang dah merancang untuk bercuti di tempat-tempat yang menarik, menunaikan umrah dalam cuti sekolah ini, selamat jalan diucapkan kepada anda. Mudah-mudahan anda selamat pergi dan pulang serta dapat memanfaatkan cuti sekolah kali ini semaksimum yang boleh. Ada juga yang akan berangkat ke tanah suci Mekah, selamat jalan kepada anda..mudah-mudahan anda dapat beribadah dengan penuh komitmen disana.

Mudah-mudahan selepas sekolah dibuka nanti, masing-masing melangkah semula ke sekolah dengan semangat baru, azam yang baru untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada anak bangsa.

Rabu, 11 November 2009

Hari Raya Aidil Adha


 

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, bersih dan mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat yang diadakan pada sebelah pagi.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.


Daging korban dibahagikan kepada orang ramai terutama golongan fakir miskin.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Kebiasaannya, lembu atau kambing yang dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha.

Ahad, 8 November 2009

Piala Malaysia, Kelantan Menang Sorak?

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia
07/11/2009 11:45pm

KUALA LUMPUR – Penantian 61 tahun skuad Negeri Sembilan akhirnya berbaloi apabila menjuarai Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas mengalahkan Kelantan 3-1 sebentar tadi.

Gol skuad Rusa dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah (m-17), Hairudddin Omar (m-46) dan Mohd. Zaquan Adha Radzak (pen, m-59).

Kali terakhir Skuad Hoben Jang Hoben membawa pulang piala itu ialah pada tahun 1948 yang ketika itu dikenali sebagai Piala HMS-Malaya.

Kelantan yang merupakan pasukan favorite dilihat lemah dalam melakukan penyudah untuk mencari gol di samping pertahanan yang longgar untuk memberi peluang kepada pemain Negeri Sembilan menyumbat gol.

Namun bintang Kijang, Indra Putra Mahayuddin berjaya memperoleh gol saguhati pada masa kecederaan m-93 melalui sepakan percuma.

Kapasiti 85,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang majoritinya dipenuhi dengan penyokong Kelantan turut diwarnai dengan pelbagai kejadian yang kurang menarik termasuk beberapa kerusi penonton dibakar selain botol air minuman dan mercun dibaling ke dalam padang.


Haaaa?? panjat pagar!!

Penyokong Hobin Jang Hobin

Muka penat!!

Penyokong cilik.. Pssst.. kat belakang tu bukan pompuan tau!

Tiket... Payah nak dapat ni.

Menang sorak laa weehhh...

Laut Merah di Bukit Jalil

Lagi satu kes menang sorak.. hahahahahah

Fuhhhh... pukul 4 dah penuh tempat ooooo..

Pemandangan dari atas stadium jam 3 petang

Post ni ambo malas nak cakap apo... semua dah tahu.. just nak kongsi gambar je ni.. kamu semua tengok leeerr... tapi ingat laa,..Dalam perlawanan akhir seperti ini, pasukan yang meminimakan kesilapan berhak bergelar juara dan Negeri Sembilan berjaya membuktikannya. Untuk rekod, semenjak Piala Malaysia dipertandingkan dari tahun 1921 sehingga sekarang, pasukan Negeri Sembilan baru empat kali merasai nikmat beraksi dalam pentas akhir dan hanya sekali muncul juara pada tahun 1948.