Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Khamis, 30 Oktober 2008

Perjalanan Hidup..


Bila lahir, orang akan tanya.. bila la budak ni nak besar?

Bila dah besar, pergi belajar… orang akan tanya kita bila nak abis belajar?

Bila dah abis belajar.. orang akan tanya lagi, bila nak dapat kerja?

Bila dah dapat kerja bagus.. orang akan tanya bila nak kahwin?

Bila dah kahwin.. Orang akan tanya lagi la.. soalannya “ Bila nak dapat anak?

Bila dah dapat anak.. anak dah besar.. Orang akan tanya lagi, Bila nak dapat menantu?

Aduhhhhh… Jauhnya perjalanan ini…

Tapi aku ada soalan untuk aku sendiri..

BILAKAH AKU AKAN DIJEMPUT ALLAH?

BERSEDIAKAH AKU UNTUK JEMPUTAN ITU?

SELAMATKAH AKU NANTI?

Selasa, 28 Oktober 2008

Surat Untuk Boss.

Hehehehe.. ada tak kawan - kawan kita yang jadi macam ni? Ada?

Isnin, 27 Oktober 2008

Ayah dan Ibu


Puisi utk Ayah dan Ibu

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan
padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka
memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta
rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia
Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang
tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa
kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat
orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris
hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan
mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka
siksanya didahulukan di dunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Sabtu, 25 Oktober 2008

Petikan Akhbar :Baitu – Taubah, Pusat Rawatan Penagih Dadah Secara Kerohanian

KOTA BHARU: 22 Nov -- Kerajaan negeri memperuntukkan sebahagian daripada belanjawan negeri untuk menubuhkan Pusat Baitu-Taubah atau ‘rumah taubat’ untuk melaksanakan program perawatan pemulihan penagih dadah.

Dengan menggunakan satu kaedah kerohanian, program ini boleh dikatakan sebagai satu rawatan alternatif yang berlainan seperti apa yang diamalkan di pusat-pusat serenti di seluruh negara.

Kerajaan Kelantan akan memulakan program rawatan "inabah", satu kaedah kerohanian sebagai rawatan alternatif bagi memulihkan penagih dadah di negeri itu, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Perkara ini dijelaskan oleh Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dato’ Takiyuddin Hassan dalam sidang dewan semasa menjawab soalan Adun Demit, Dato’ Mohamed Daud.

Tambah Takiyuddin lagi seramai 15 juru kaunseling telah dihantar untuk mempelajari kaedah perawatan secara kerohanian di Surabaya dan Jakarta, Indonesia. Pengamal kaedah tersebut di sana telah berjaya memulihkan ramai penagih dadah untuk meninggalkan tabiat buruk itu.

Untuk merealisasikan perkara ini kerajaan negeri juga telah menyediakan sebuah tapak di Jeram Pasu, Pasir Puteh, sebagai tapak untuk mewujudkan Baitu-Taubah ini katanya lagi.

Takiyuddin berkata kaedah itu meliputi tiga aktiviti utama, antaranya, rawatan secara fizikal kepada penagih dadah dengan mengamalkan mandi pada awal pagi yang didapati berkesan mengeluarkan sisa toksik di dalam badan.

"Penagih dadah yang secara sukarela mahu berhenti juga akan diajar untuk mengamalkan solat taubat dan berzikir," katanya.

"Ini penting kerana ada penagih dadah yang tidak ingat siapa mereka, termasuk ada yang tidak ingat mereka itu lelaki atau perempuan," katanya.

Takiyuddin berkata program yang merupakan kaedah alternatif kepada program terapi gantian menggunakan dadah jenis metadon yang telah dilaksanakan Kementerian Kesihatan akan dilaksanakan sebelum hujung tahun ini.

Isnin, 20 Oktober 2008

Bayangkan..


Nyinggg... Nyinggg... Nying... saya pasti ramai yang tak senang dengan bunyi macam ni masa tengah tidur kan? Bunyi apa tu? Nyamukk... ni saya nak certia sikit pasal nyamuk, cuba tengok nyamuk kat atas tu betul2.. apa yang lain dari nyamuk yang biasa kita Pap! pap! pap! tiap - tiap malam tu.. bezanya ialah saiznya!!! besar sungguh.. saya jadikan garisan cantuman lantai ceramik sebagai kayu pengukurnya.. Amacam? nampak tak saiznya? Besarkan?besar sunggguh!!.

Nyamuk ni kami adik beradik jumpa kat salah satu tempat kami singgah semasa perjalanan dari kelantan ke KL. adik saya yang nama Muiez tu yang jumpa, terus ambil handphone saya buat ambik gambar. BAYANGKAN la.. kalau 10 ekor nyamuk sebesar tu isap darah kita sekali gus.. mau kering kita dibuatnya.. harap2 yang kami jumpa tu bukan nyamuk.. any komen?.

Khamis, 16 Oktober 2008

Pesta Bola Merdeka Edisi Ke 40



PETALING JAYA 15 Okt — Malaysia menewaskan Nepal 4-0 dalam perlawanan pembukaan Pesta Bola Merdeka edisi ke-40 di Stadium Perbandaran Petaling Jaya (MMBJ).

Kali ni saya nak cakap sikit pasal bola, saya ni bukanlah pengulas sukan, tapi sekadar mencurahkan apa yang ada dalam kepala ni tentang senario bolasepak negara, kalau diperhatikan pada keputusan perlawanan antara Malaysia dengan Nepal, ia amatlah melegakan setiap hati peminat bola sepak tempatan, akan tetapi janganlah kita sekadar menyanjungnya ketika menang, tetapi terus mengutuknya ketika kalah.. Pasukan Malaysia ni sebenarnya dah jadi juara edisi 39 yang lepas, harap - harap tahun ni, dapatla team negara kita ni pertahankan kejuaraan walaupun ramai yang berpendapat kejohanan Pesta Bola Merdeka ni tak glemer, tak mencabar. Tak pe la, janji team kita ni dapat gak tunjuk taring pada Team2 yang ambil bahagian, lagipun ini adalah flatform terbaik team negara untuk lebih bersedia pada kejohanan AFF (dahulunya Tiger Cup) nanti. Kepada rakan Blogger yang budiman, sokonglah team negara kita walau team liga England dikatakan jauh lebih hebat.wassalam.

Rabu, 15 Oktober 2008

Haaaa..Kamu malas yee??


Fikirkan.. apa musuh utama manusia untuk bergerak maju. Sudah tentulah tak lain dan tak bukan iaitu perkataan glemer “MALAS”, malas bangun pagi, malas mandi, malas belajar, malas solat terutamanya subuh (walau badan kuat macam ultraman tapi tak larat tepis kain selimut).
Oleh itu, kita perlu buang sifat malas, supaya motivasi untuk kita berdaya maju tidak pudar. Cuba anda renungi diri sendiri, tanya diri sendiri “ Aku ni okey ke?”. “Aku ni okey ke pada pandangan mata aku sendiri dan pada pandangan mata orang lain?”Mungkin pada padangan mata kita sendiri, kita adalah orang sempurna, sebab kita tahu siapa kita, kita memutuskan apakah yang hendak kita nilai pada diri kita. Namun hakikatnya, jarang sekali dalam penilaian tersebut mengambilkira tingkahlaku yang baik atau buruk serentak.

Macam mana pula pada pandangan mata orang lain terhadap kita? Haaaa.. ni penting agar kita tak jadi orang yang Perasan Bagus. Cuba fikirkan… Jawapannya, sudah tentu mereka mengatakan kita okey. Lainlah kalau memang kita orang yang bermasalah. Mengapa mereka mengatakan kita okey?, sebab orang lain tidak selamanya berada bersama kita. Oleh itu, kita ni okey atau tak okey, kita saja yang tahu. Jadi, marilah kita sama-sama tanya diri kita sendiri ( muhasabah), ‘Kita ni okey ke?’, dan jawapannya mestilah dengan hati kecil, hati yang jujur dan ikhlas. Hehehe.. jangan tipu diri sendiri plak..

Berbalik pada persoalan asal iaitu berkaitan perkataan “Malas” yang amat dimusuhi oleh perkataan motivasi.Apa pun yang kita lakukan, kalau ada perkataan malas di hujung, jawapannya gagal, separuh gagal (sekali gagal tak bererti tak gagal lagi.. awas!!!) atau kesannya output yang terbentuk bermalas-malas (sekadar melepas batuk ditangga).

Ingat leerrr… bila malas bertakhta dihati..
Pelajar – pelajarannya akan merosot.
Pekerja – hasil kerjanya tidak menepati sasaran syarikat.
Suri rumah – banyak tidur dan mengumpul lemak.
Pemimpin – kepimpinannya hentam keromok.