HISTERIA : PUNCA DAN KAEDAH RAWATAN
Kita
seringkali mendengar terjadinya histeria ditempat-tempat seperti
Sekolah, Kilang, Asrama sekolah, Asrama kilang, kolej dan Universiti.
Adakah ini disebabkab gangguan psikologi sesaorangakibat factor-faktor
dalaman (fahaman karut) dan luaran (tekanan persekitaran) sahaja. Jika
benar, mengapa kebanyakkan mangsa beragama islam? Adakah bangsa lain
terlepas dari gangguan psikologi?Mengapa pula ia boleh berjangkit
seperti penyakit selsema. Mengapa mereka boleh bertutur menggunakan
bahasa lain seperti cina, siam dan lain-lain. Mengapa pula kekuatan
fizikal mereka menjadi berganda? Apabila sedar, mengapa mereka tidak
tahu apapun yang telah terjadi.
Mengapa setelah mengambil ubat
penenang yang diberi oleh doctor, mereka tidak pulih sepenuhnya walau
sehingga bertahun-tahun? Mengapa ketika kejadian berlaku, bacaan
Al-Quran menyebabkan mereka menjerit kepanasan atau kesakitan sedangkan
sepatutnya manusia yang berpenyakit psikologi akan lebih tenang dengan
mendengar bacaan tersebut? Adakah dengan memisahkan atau memindahkan
mereka dari sekolah atau asrama menjamin mereka pulih sepenuhnya?
Memang
tidak dinafikan bahawa tekanan psikologi merupakan salah satu factor
terjadinya hysteria namun hysteria jenis ini tidak mungkin berjangkit
kepada rakan dan individu dipersekitarannya. Histeria jenis ini amat
mudah mengubatinya iaitu dengan suntikan ubat penenang atau menggunakan
khidmat kaunseling dan puncanya mudah dikenalpasti. Bagaimanapun
hysteria yang menyerang ketika sesaorang sedang aktif bersukan atau
sedang bergurau senda dengan rakan tidak mungkin disebabkan oleh tekanan
perasaan atau psikologi. Histeria jenis ini selalunya disebabkan oleh
gangguan makhluk ghaib yang ujud disekitar tempat kejadian.
Untuk
membuktikan makhluk tersebut ujud memang sukar kerana mereka berada di
alam lain dan tidak kelihatan oleh pancaindera kita. Ini diumpamakan
seperti nyawa manusia dan binatang, bagaimana rupa dan duduknya di dalam
tubuh tidak dapat dibuktikan walau secanggih mana alat yang digunakan.
Bagitu juga dengan rasa makanan seperti manis, pahit dan pedas, dapatkah
kita menjelaskan kepada sesaorang yang tidak menikmati makanan
tersebut. Tidak bukan?
Mengapa hysteria yang disebabkan makhluk
ghaib(jin) hanya gemar menyerang orang yang beragama islam tak kira
jantina. Adakah orang islam lebih lemah? Mengapa ia juga lebih kerap
berlaku di sekolah atau pusat pengajian yang beraliran agama seperti
sekolah tahfiz, arab atau maahad sedangkan saban hari pelajar ditempat
terbabit bersolat dan membaca Al Quran? Mengapa jin tersebut tidak takut
sedangkan banyak cerita dan hadis meriwayatkan jin boleh terbakar
dengan bacaan Al Quran?
Penjelasan mengapa orang islam menjadi
sasaran utama hysteria amat sukar tetapi secara ringkasnya ialah
kesucian islam itu sendiri iaitu penganut islam tidak makan dan minum
benda kotor seperti khinzir dan arak. Makhluk jin ini teruja untuk
menempatkan manusia islam ini kepada bukan islam dengan apa cara
sekalipun dan hysteria adalah satu diantara cara tersebut. Dengan
menguasai tubuh manusia tadi jin dengan mudah melalaikan mereka dari
mengingati Allah. Sebab itu mereka jarang merasuki bukan islam kerana
ketidaksucian mereka adalah sama
PUNCA TERJADINYA HISTERIA AKIBAT GANGGUAN JIN
Golongan
Jin merupakan musuh utama manusia tak kira apa agama yang mereka anuti.
Jin yang beragama islam juga sering mengganggu manusia kerana tujuan
mereka dijadikan memanglah untuk mengganggu manusia tidak seperti
makhluk lain (tumbuhan, haiwan bulan, bumi, udara dan lain-lain yang
kesemuanya untuk kegunaan manusia).Oleh yang demikian mereka sentiasa
mencari peluang untuk mengganggu manusia terutama yang beragama islam
walau dengan alasan yang tidak menasabah. Contohnya manusia memajukan
sesuatu kawasan untuk didirikan bangunan seperti sekolah dan lain-lain,
kawasan tersebut merupakan kawasan dialam nyata bukan dialam ghaib yang
sepatutnya tidak pun mengganggu mereka tetapi disebabkan sengaja mencari
alasan, mereka mengacau menusia dengan berbagai cara dan diantaranya
kejadian hysteria.
Ada juga ketikanya kejadian tersebut
diarahkan oleh sesaorang pengamal perubatan yang membela jin untuk
tujuan menghasilkan pendapatan dengan mengarah jin peliharaan mereka
menyerang sesuatu tempat dan pengusaha tempat tersebut terpaksa
memanggil mereka untuk memulihkannya dengan jumlah bayaran yang banyak.
Biasanya
ketika kejadian hysteria, jumlah jin-jin yang mengganggu amat ramai
adakalanya beribu-ribu atau beratus ribu ekor. Apa yang mereka nampak
hanya sebahagian kerana alam ghaib banyak lapisan lagi. Jumlah jin yang
memasuki setiap tubuh yang dirasuk tidak kurang seekor dan kadangkala
berpuluh ekor dalam satu masa Cuma yang paling kuat yang akan menguasai
tubuh tadi. Oleh sebab itu, kejadian hysteria akan berulang-ulang selagi
mereka masih berada di dalam tubuh mangsa.
KAEDAH RAWATAN
Gangguan
hysteria yang disebabkan tekanan psikologi selalunya menggunakan
rawatan moden seperti mengambil ubat penenang dan khidmat kaunseling.
Pesakit juga boleh menenangkan jiwa dengan membanyakkan membaca Al Quran
dan mendekatkan diri dengan Allah. Bagi hysteria akibat gangguan
makhluk jin hanya orang yang berkemahiran mengawal mahluk tersebut
sahaja yang boleh merawat dengan berkesan. Selalunya mereka akan
mengeluarkan jin dari badan pesakit secara paksa atau rundingan dan
biasanya pesakit ini tidak akan pulih sepenuhnya.
Ini kerana jin
tadi akan memasuki kembali jasad tadi setelah perawat tadi meninggalkan
pesakit atau dalam tempoh tertentu setelah rundingan berlaku (selalunya
tidak berlaku hysteria cuma dalam bentuk kemurungan dan lain-lain).
Akibat pemulihan tidak sempurna ini, pesakit biasanya akan berubah
perangainya dari sebelum kejadian tersebut. Ini menunjukkan badan
pesakit tadi masih dikuasai jin.
Untuk pemulihan sepenuhnya,
pesakit perlu mencari PAKAR yang boleh mengeluarkan jin tersebut
sepenuhnya dan 'memagar’ pesakit tadi. Biasanya pagar yang dibina juga
menggunakan jin dan biasanya bila pengubat itu menggunakan ayat Al Quran
sebagai ‘pagar’ Jin islam akan melindungi pesakit tadi. Memagar kawasan
juga selalu dilakukan untuk menghalang kejadian hysteria berulang dan
biasanya mereka menggunakan beberapa peralatan seperti kemenyan, air
jampi, garam. Tahi besi, botol, wafak kacang hijau yang disangan dan
lain-lain . Perlu diingat walaupun apa yang digunakan oleh mereka,
benda-benda tersebut tidak berkuasa walaupun dibacakan ayat suci
sekalipun, oleh itu yang menyebabkan pagar tersebut boleh berfungsi
ialah adanya penjaga dari jenis jin juga yang ditugaskan mengawal
kawasan tersebut.
Secara logiknya walau apapun pagar yang
dibuat, jin tetap boleh masuk kawasan tersebut kerana mereka boleh
melalui udara dan dari dalam tanah. Oleh yang demikian tiada istilah
pagar sebenar yang boleh menghalang sepenuhnya sesuatu kawasan dari
dimasuki jin.
Kaedah yang paling berkesan untuk mengubat dan
menghalang berlakunya hysteriaialah segala jin yang berada di dalam
kawasan tersebut "dibunuh" sepenuhnya seperti kita menjaga rumah dari
dimakan anai-anai, segala anai-anai harus dihapuskan sama sekali,)
kemudian barulah jin di badan pesakit dibunuh juga. Mungkin tuan
menafikan bahawa jin boleh dibunuh, tapi ingatlah bahawa setiap makhluk
yang hidup akan mati bagitu juga dengan jin hanya orang tertentu sahaja
diberi kekuatan oleh Allah untuk melakukan tugas tersebut. Hanya ketua
jin dari jenis azazil tidak akan mati hingga kiamat kerana perjanjian
dengan Allah. (Kalau tuan masih menafikannya maaf kerana ini bermakna
ilmu tuan masih belum ketahap tersebut). Hanya kaedah ini membolehkan
pesakit normal kembali seperti asal.
Timbul persoalan disini,
Macamana pengubatan yang dinamakan islam. Adakah Nabi Muhammad mengajar
mengubat penyakit termasuk membuang atau membunuh jin? Kalau nabi tak
ajar guna bacaan Al Quran untuk mengubat penyakit adakah pengubatan
menggunakan bacaan ayat suci itu boleh dinamakan perobatan islam ? Pada
pendapat saya,perobatan tersebut tidak boleh dipanggil perobatan islam
kerana tiada panduan terus dari nabi. Hanya secara kebetulan yang
mengobat beragama islam dan membaca ayat Al Quran, oleh itu tak lah
boleh dinamakan perobatan islam sebab islam itu amat luas,banyak pelopor
ilmu perubatan moden dan sains oleh orang islam seperti Ibnu Sina dan
lain-lain tetapi tidak dinamakan perubatan islam.
Oleh itu apa
kaedahpun yang digunakan untuk pengobatan terutama yang disebabkan
gangguan jin seperti membunuh dan menghalau jin adalah harus asalkan
tidak menyebabkan syirik kepada Allah. Ini kerana banyak juga pengamal
perobatan yang mengguna lebel perobatan islam hanya berunding dengan jin
terbabit atau mengalihkan ke tempat lain sedangkan jin tersebut nyata
telah mengganggu manusia dan merupakan musuh utama manusia tak kira
bunian atau jin islam dan lain-lain. Kebanyakkan mereka tanpa sedar juga
menggunakan jin (islam) dalam proses pengubatan tersebut. Entahlah
Nukilan
: hantu killer(019-7516287 tom)