Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Isnin, 30 Jun 2008

Puisi kiriman

Dunia

Dunia…
usiamu semakin tua dimamah waktu
berapa lama lagikah kau mampu bertahan
suhumu semakin meningkat
ozonmu semakin menipis
pokok-pokokmu semakin melesu
sumber-sumbermu semakin kehabisan

Dunia…
kini kau hidup
di zaman yang penuh kemodenan
serba tercanggihan
serba terkini
semakin maju ke depan….

Dunia…
pernahkah kau terfikir
apakah dengan kecanggihan teknologi
kecanggihan peralatan
dunia tanpa sempadan…
masih tercalit nilai keimanan
terselit nilai kemanusiaan
tersemat nilai keinsanan

Dunia…
berapa lama lagikah kau dapat bertahan
lontaran peluru tak pernah bersempadan kini
nilai kemanusiaan tak terunggap
tiada lagi wujudnya kemurniaan…
sifat keinsanan antara manusia
lantaran nafsu yang rakus
rentetan kuasa ditangan

Dunia…
kau sudah tua
kau sudah uzur
dimamah masa
dimakan waktu
hanya…
menunggu jatuh
menanti rebah


karya;
hurrul Ain

Khamis, 19 Jun 2008

Puisi kiriman

Tuhanku....
kala aku kesepian..
Kau datang mendambakan diriku ini...
hamba yang serba lemah...
hambaMu yang serba kekurangan..

Tuhanku...
aku amat memerlukanMu
di kala aku keresahan
di kala aku kegelisahan
di kala aku kesepian

Tuhanku...
kasihMu sangat Kudus
sayangMu seluas semesta
Kau senantiasa dekat di hati hamba-hambaMu
namun....hambaMu ini yang selalu leka dan lalai

Tuhanku...
ampunkanlah segala dosa-dosaku
hambaMu ini terlalu banyak silap
ampunkan hambaMu yang hina ini...
kerana...
aku hanyalah penghuni sementara
yang datang sementara untuk berteduh...

hurrul aisyah

Sabtu, 14 Jun 2008

Kesayanganku..




Setiap insan ada hobinya kan? so..saya tak terlepas gak la dengan hobi manusia yang unik ni, saya ni jenis yang suka pada binatang.. suka sangat ngan burung.. tapi sejak duk KL ni nak bela burung payah kit.. so saya pilih la bela ikan.. ikan arowana,bela yang murah2 dulu la.. nak bela yang mahal.. takut pada risiko(mati rugi sajooo).
Arowana yang saya bela ni jenis Yellow Tail (Green Arowana), umur baru 6 bulan.. cantik?

Jumaat, 13 Jun 2008

SIKAP MANUSIA TERHADAP HARTA PADA AKHIR ZAMAN


SIKAP MANUSIA TERHADAP HARTA PADA AKHIR ZAMAN

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w, bersabda : Akan datang suatu zaman seseorang itu tidak memperdulikan dari mana dia mendapatkan harta sama ada dari sumber yang halal atau pun haram”.
(H.R, An Nasa'i)


HURAIAN:

Akan tiba suatu zaman manusia akan hilang kewarasan dan pertimbangannya kerana perasaan tamak dan haloba mengejar harta benda dunia. Kegilaan dan kerakusan terhadap kesenangan dunia yang bersifat sementara yang mendorong sebahagian manusia tidak menghiraukan persoalan hukum hakam agama. Syariat Allah s.a.w sanggup diketepikan demi mencapai matlamat duniawi. Hawa nafsu yang disokong oleh syaitan menjadikan manusia tidak menggunakan akal fikirannya. Kerana mengejar keinginan nafsu maka manusia meletakkan dunia sebagai matlamat utamanya.
Dalam kehidupan masakini yang selubungi dengan kekangan ekonomi yang tidak menentu, marilah kita bersama-sama renungkan hadis Rasullah ini agar kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan dalam hadis tadi.. sekian..wassalam.