Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Isnin, 26 Mei 2008

Tragis...

video

Tayangan ni sekadar untuk peringatan.. saksikan..

Pendidikan Tinggi

http://www.upm.edu.my/

Setelah berhempas pulas duk belajar kat KISAS tu, sampai senget2 palo.. aku pun exam STPM.. alhamdulilah.. result yang aku dapat tu, aku berjaya menempat diri kat IPTA.. Thanks pada cikgu2.. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu... terutama sekali cikgu Nor Bakhiah ... cikgu ni la yang banyak tolong budak yang tak berapa pikap ni... aku ni memang lemah kit kat kelas tu...
Aku ditawarkan ke UPM dalam Pengkhususan Bahasa Arab... HAAAAAA sudah!!! kenapa la kos ni plak yang aku dapat, sedangkan aku ni memang lemah bahasa arab.. Bagi aku, segalanya sudah ditentukan ALLAH.. dan aku tahu, apa yang ditakdirkan itu adalah yang terbaik buat hambaNya.. Alhamdulilah.. akudapat gak tamatkan pengajian tahun 2001.. tu pun dah terlebih sem.. ye la.. aku ni kan lambat pikap..
kawan2 kat UPM ni memang best!! Lukman, Talib, Hadi,Zam memang satu kepala!! nak cerita kat sini pun rasanya tak cukup ruang.. banyak sangat kes2 yang kami buat.. tapi... tetap tak melanggar tatasusila tau.. ini adalah.. RAHSIA!!!.. nak tahu lebih lanjut, tanya Lukman.. dia ni kuat cakap, suara kuat!! hahahah sori Man!

Pendidikan form lower 6 - upper 6

http://web.kisas.my/


Setelah dapat result SPM kat SMA Saniah..tahun 1995, tak la power sangat.. mohon matrik tak dapat, mohon diploma tak dapat.. alih2 dapat tawaran belajar kat KISAS.. tu pun mohon sendiri.. ye la, kalu tak mohon sape nak bagi kan? hati aku gembira la gak. dapat masuk SBP. kat KISAS cabaran dia memang kuat.. ye la.. aku mana la pernah duk berjauhan dengan keluarga.. nak tak kena tabahkan hati.. nasib baik la ada gak kawan2 baik aku masa kat Saniah dulu pun dapat masuk KISAS,antara yang lelaki.. Roska, Halim, aftanizam dan lain2
Aktiviti? kat sini sebenarnya memang best.. mcm2 aku boleh buat, petang2 dah tentu main bola.. main2 gak, tapi aku ingat apa tujuan aku ke sini.. aku nak pastikan STPM aku dapat tolong aku ke U.

Pendidikan menengah (form 1-5)




Hmmmm..ambo sekolah menengah kat SMU(A) Saniah ..http://saniahpp.kelantan.edu.my/ kat pasir puteh.. kat sini saya dapat banyak belajar ilmu agam.. terutama sekali pembacaan Al Quran.. saya bertuah kerana dapat belajar dengan ustaz2 dan ustazah kat sini.. terutama sekali Arwah Ustaz Husin Ahmad, beliau ni qari pernah dapat naib johan peringkat kebangsaan tahun 1993

Pendidikan awal





Mula kenal A.B.C.. kat sini la, SK Bukit Abal...sampai la darjah 6.. UPSR aku tak le gempak sangat coz ada subjek gagal. tapi tak nak bagi tau subjek apa!! hahahaha. tapi kat sekolah ni aku aktif la gak.. bola. bola tampar, hoki, badan uniform Pengakap.. paling best menang johan zon bola tampar tahun 1989.. terima kasih cikgu Wan Ibrahim jurulatih kami.
www.maxis.communities.com.my/sites/skbukitabal/

Tatapan untuk semua

SEMUA orang mengimpikan kejayaan dan kecemerlangan di dalam apa juga lapangan yang mereka ceburi. Bagi seorang pelajar, kejayaan bermakna mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun begitu, ramai yang berpendapat amatlah sukar untuk mencapai kecemerlangan ini. Benarkah tanggapan ini?Islam adalah agama yang mementingkan umatnya menuntut ilmu pengetahuan. Seorang yang berilmu lebih ditakuti oleh Syaitan daripada seribu orang ahli ibadah. Dari wahyu yang pertama lagi, penekanan terhadap menuntut ilmu sudah diberitakan oleh Allah. Dan Islam juga telah memberi garis panduan bagi kita untuk mencapai kecemerlangan di dalam menuntut ilmu. Di sini, saya sertakan apa yang telah saya pelajari dari sebuah ceramah yang saya hadiri, yang disampaikan oleh Ustaz Dr Badrul Amin, seorang penceramah yang tidak asing lagi di kalangan remaja dan pelajar semua.

ASAS KECEMERLANGAN SESEORANG ISLAM
Untuk cemerlang dalam pelajaran, seseorang pelajar Islam mesti mempunyai sifat-sifat yang disebutkan di bawah ini:
1. Beriman2. Berilmu3. Beramal
Ketiga-tiga sifat ini bukan saja kunci kejayaan bagi seorang pelajar Islam, tetapi ia juga kunci kejayaan di dalam semua bidang.



IMAN
Setiap pelajar Islam mestilah mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh kepada Allah. Untuk itu, hendaklah seseorang pelajar itu memahami kandungan Rukun Iman, iaitu percaya kepada Allah, malaikat Allah, rasul-rasul Allah, kitab-kitab Allah, hari kiamat dan takdir Allah. Pelajar janganlah letakkan keyakinan dan kepercayaan ke atas perkara lain yang tidak disebutkan di atas ini.
Percaya kepada AllahKita mesti yakin bahawasanya Allah adalah tuhan kita, dan tiada tuhan selain Allah Yang Esa. Inilah perkara pertama yang Rasulullah s.a.w. ajarkan kepada umat manusia, iaitu ilmu Tauhid, ilmu mengenal Allah. Allah memiliki segala-galanya dan berkuasa di atas segalanya. Apa yang kita miliki, seperti kekuatan dan kepandaian sebenarnya bukanlah milik kita, tetapi ia adalah hak mutlak Allah. Allah boleh mengambil kembali nikmat-nikmat ini daripada kita dengan sekelip mata saja. Sebab itulah kita digalakkan supaya banyak bersyukur di atas segala pemberian-Nya dan mengikiskan sifat sombong yang ada dalam diri kita.
Percaya kepada RasulAllah telah mengutuskan para Rasul untuk mengajar dan memimpin manusia ke jalan yang benar. Mereka membawa bersama mereka ajaran agama untuk disampaikan kepada manusia. Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w., para ulama menggantikan tempat baginda. Oleh itu, kita mesti menghormati para ulama dan asatizah kita dan selalu berdamping dengan mereka.
Percaya kepada Kitab-kitab Allah.Allah telah menurunkan kitab-kitab-Nya kepada manusia sebagai panduan. Kitab-kitab Allah yang wajib kita ketahui ialah Taurat (diturunkan kepada Nabi Musa a.s.), Zabur (Nabi Daud a.s.), Injil (Nabi Isa a.s.) dan Al-Qur’an (Nabi Muhammad s.a.w.). Apabila Al-Qur’an diturunkan, secara automatis ia membatalkan kitab-kitab yang terdahulu kerana Al-Qur’an adalah the latest edition of God’s Book, maka kitab-kitab terdahulu menjadi obselete. Seperti juga bila komputer Pentium muncul di pasaran, komputer model 486 tidak lagi digunakan kerana sudah lapuk dan ketinggalan zaman untuk kegunaan hari ini.Setiap orang Islam digalakkan untuk membaca dan menguasai Al-Qur’an kerana ia mendatangkan kesan yang positif ke atas minda. Di dalam sejarah manusia, hanya orang Islam saja yang dapat menghafal kitab agama mereka, iaitu kitab Al-Qur’an. Ini adalah suatu pencapaian yang tidak dapat dilakukan oleh penganut agama-agama lain. Malah, seorang pendakwah Islam dari Afrika Selatan bernama Ahmad Deedat, bukan saja berjaya menghafal Al-Qur’an, malah dia juga dapat menghafal kitab Bible yang orang Kristian sendiri tidak berjaya menghafal. Kebolehannya ini membolehkan beliau berdakwah dan berhujah kepada orang Kristian, dengan menggunakan dalil-dalil dari Al-Qur’an dan Bible.

Petua menguatkan akalMembaca Al-Qur’an dapat menguatkan akal pembacanya. Ustaz Badrul Amin kemudian menerangkan petua untuk menguatkan akal:

1. Selepas membaca Al-Qur’an, baca surah Al-Fatihah sekali.2. Kemudian letakkan tapak tangan di atas ubun-ubun kepala lalu ucapkan "Ya Qawiy" 14 kali dalam satu nafas. "Qawiy" bererti "Yang Kuat", dan ia adalah salah satu daripada 99 nama Allah.3. Selepas itu, tangan masih di atas kepala, ucapkan "Ya Matin" 14 kali dalam satu nafas. "Matin" juga adalah nama Allah yang bererti "Yang Teguh".4. Banyakkan memakan makanan manis yang bukan sugar-based, seperti kismis, madu, kurma dan sebagainya. 5. Kurangkan memakan makanan masam.
Dengan mengamalkan petua ini, mudah-mudahan para pelajar semua dapat mempertingkatkan kekuatan dan keteguhan minda agar dapat memahami dan menghafal fakta-fakta pelajaran dengan lebih berkesan lagi.

ILMU
Untuk menjadi pelajar cemerlang, sifat cinta pada ilmu mestilah ada. Ilmu yang dimaksudkan di sini bukanlah sekadar ilmu duniawi, tetapi ilmu ukhrawi juga perlu juga. Ilmu, walaupun apa bentuknya, berasal dari sumber yang satu, iaitu dari Allah. Pelajar mestilah ghairah menuntut ilmu, dan ilmu yang ingin dipelajari itu mestilah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat mengangkat martabat kita, baik di dunia mahu pun di akhirat. Ini termasuk juga ilmu sekular seperti Matematik dan Sains. Ilmu yang merendahkan martabat kita, seperti ilmu menipu dan mencuri, tak usahlah dituntut.
Enam syarat untuk menguasai ilmuDari sebuah syair tulisan Imam As-Syafie (terjemahan oleh Ust. Badrul Amin):
Wahai pelajar zaman sekarang Menuntut ilmu bukanlah senangEnam syarat mesti dipegangKalau nak jadi pelajar cemerlangAkal yang sihat paling utamaTamak haloba mesti bersamaTabah dan sabar, wang pun adaPetunjuk guru, masa yang lama.

1. Akal yang sihat
Kesihatan akal adalah sesuatu yang sangat utama. Sebab itulah Islam mengharamkan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan akal, seperti meminum arak, menyalahgunakan dadah dan sebagainya. Selain daripada itu, Islam juga mengharamkan apa juga jenis hiburan yang melalaikan kita daripada melaksanakan kewajipan kita sebagai orang Islam. Hiburan yang keterlaluan boleh membuat kita khayal dan ada juga yang boleh merosakkan pemikiran kita, seperti bahan-bahan lucah dan porno. Filem-filem bercorak khayalan seperti filem science fiction/fantasy misalnya memberikan gambaran realiti yang salah dan boleh mempengaruhi fikiran kanak-kanak. Akibatnya, berlakulah peristiwa seperti kanak-kanak yang terjun dari tempat tinggi selepas menonton filem-filem seperti Superman kerana ingin meniru aksi wira filem tersebut.

2. Sifat tamak dalam mencari ilmu
Sifat tamak,jika digandingkan dengan proses menuntut ilmu, menjadi satu sifat yang sangat mulia. "Tamak" bermaksud tidak cukup dengan apa yang ada. Ini bermakna, di dalam mencari ilmu, kita mesti tanamkan sifat tidak puas dan selalu tidak cukup. Tetapi hendaklah dimaklumkan, "tamak" bukan bermaksud "kedekut". "Kedekut" ertinya bakhil, tidak mahu memberi. Sifat kedekut dalam mencari ilmu adalah ditegah. Padahal, semakin banyak ilmu yang kita kongsi bersama, semakin banyak yang akan kita pelajari darinya.

3. Tabah dan sabar
Tidak dapat dinafikan bahawa belajar bukanlah sesuatu yang mudah. Memang kita selalu saja mendapati yang ada kalanya kita tidak dapat memberi tumpuan yang sewajarnya kepada pelajaran, mungkin akibat terlalu penat dan sebagainya. Hendaklah kita sentiasa tabah dan sabar di dalam mengharungi dugaan ini. Biarlah kita bersusah-susah dahulu, asalkan bersenang-senang di kemudian hari. Janganlah cepat patah semangat dan putus-asa, kerana untuk mendapatkan hasil yang kita ingini, hendaklah dengan kesabaran. Ia adalah seperti menunggu buah durian gugur dari pohonnya. Seandainya buah itu dijolok sebelum masanya untuk gugur, buah durian tadi tetap tidak boleh dimakan kerana masih belum masak. Samalah juga seperti menuntut ilmu yang juga memerlukan ketabahan dan kesabaran.

4. Faktor wang
Faktor kewangan merupakan sesuatu yang penting juga di dalam menuntut ilmu. Wang diperlukan untuk membayar yuran sekolah dan membeli peralatan sekolah seperti buku, alatulis dan sebagainya. Pelajar yang mempunyai masalah kewangan selalunya terpaksa menghadapi banyak masalah untuk meneruskan pelajaran mereka.Namun begitu, terlalu banyak wang juga boleh mendatangkan masalah. Bila wang sudah ada di tangan, seseorang akan berfikiran yang bukan-bukan. Wang dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat, seperti membeli rokok dan melepak di tempat-tempat seperti arked, pusat membeli-belah dan panggung wayang. Para pelajar juga digalakkan untuk mengamalkan budaya menabung wang untuk memupuk sifat berjimat cermat dan tidak boros di dalam berbelanja.

5. Petunjuk guru
Islam memberi penghormatan kepada insan bergelar guru. Islam mengajar kita supaya sentiasa menghormati guru kita, tidak kira apa matapelajaran yang diajarnya. Adalah menjadi pantang bagi anak murid untuk melawan atau menderhaka kepada guru. Seorang murid yang memusuhi gurunya tidak akan mendapat keberkatan (irsyad) dari ajaran gurunya itu. Kebelakangan ini, kita sering terbaca kisah-kisah murid yang melawan guru. Malah ada juga ibu bapa yang bergaduh dengan guru anak-anak mereka kerana tidak setuju dengan kaedah displin yang dikenakan oleh guru ke atas anak-anak mereka yang nakal. Ini adalah suatu perkembangan yang menyedihkan.Istilah guru ini juga termasuk ibu kita kerana ibu adalah guru kita yang pertama mendidik kita. Maka seorang pelajar juga mesti menjaga hati ibunya, dan juga hati guru-gurunya.

6. Masa yang lama
Kalau diperhatikan proses pendidikan di sekolah, kita dapati ia mengambil masa yang agak lama; 6 tahun di peringkat rendah dan 4 tahun di peringkat menengah. Ilmu tidak dapat ditimba dalam masa yang singkat. Seseorang yang ingin menuntut ilmu hendaklah mengorbankan masa yang agak lama. Untuk menjadi doktor, seseorang itu mesti belajar hingga ke peringkat universiti dan lulus dengan ijazah. Proses ini mengambil masa sekurang-kurangnya 15 tahun jika dikira dari peringkat darjah satu. Untuk menjadi seorang alim (plural: ulama) pula, tidak cukup dengan belajar ilmu ukhrawi selama dua atau tiga tahun saja.Demikianlah penjelasan 6 syarat yang diajarkan oleh Iman As-Syafie kepada kita menerusi syairnya itu.

AMAL
Selain daripada beriman dan berilmu, seorang pelajar cemerlang juga mestilah beramal soleh. Rukun Islam mesti dipelajari dan diamalkan. Solat fardhu janganlah ditinggalkan, biarpun sibuk macam mana sekali pun. Sebagai seorang pelajar yang beragama Islam, seseorang itu mesti mempunyai pendirian yang teguh dan tidak boleh kompromi mengenai perkara yang bersangkut dengan ajaran dan amalan Islam.Selain dari solat, seorang pelajar yang mahu cemerlang mestilah memperbanyakkan berdoa dan meminta kepada Allah. Allah amat menyayangi hamba-hamba-Nya yang selalu meminta kepada-Nya. Pada waktu yang sama, ambillah sedikit masa untuk belajar dan mengamalkan doa-doa harian.Seorang pelajar yang mahu cemerlang juga mesti mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang haram. Cubalah hindarkan diri dari melakukan dosa kecil mahupun dosa besar.Dengan mengikuti panduan ini, insya-Allah, jiwa dan akal kita akan dapat ditumpukan sepenuhnya untuk belajar. Dengan bantuan Allah, tidak mustahil semua pelajar Islam dapat menjadi pelajar cemerlang.

Adik beradik


Salam... gambar kat atas ni kalau saya cakap tu adalah barisan pemain Man U dah tentu anda semua tak percaya... so... saya tak akan cakap macam tu... ni semua adalah adik beradik lelaki saya... dari kanan : Ab Mueiz, tengah belajar pasal gigi kat UKM KL, sebelah tu.. saya la..(guru kat SK taman Ehsan Kepong), sebelah saya, ab basit.. abang yang paling lama (bukan tua ye..) dia lect kat UTM skudai, sebelah dia tu adik aku..(tak kan ayah aku plak..) dia ni nama Khazani.. EX- Uitm, keje kat Taman Desa KL.. sebelah dia ni plak.. adik aku gak la.. Nazif namanya .. dia ni pelik sikit, mula2 dia buat master kat Uitm..., tapi ntah ,macam mane boleh jadi PHD pulak.. betul ni, tak tipu!!!. Gambar yang pompuan?? nanti2 la.. jangan risau ada.. wassalam

my famly...


ni la sebahagian dari famili saya... ingat yeee.. ni baru dari sebahagian.. so.. pk2 la sendiri berapa ramainya ahli kuarga saya tu... alhamdulilah...... kami bahagia.. gambar ni di snap masa saya konvo jadi pendidik secara rasmi.. kat PICC tahun 2005. alhamdulihah... dapat gak saya ikut langkah ayah saya ( pakai batik merah) saya beli khas untuk g konvo.. huhuuu

solat....

" Shifatu Shalaati An- Nabiyyi"Menuju Kearah Kesempurnaan Solat
Allah s.w.t berfirman""Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"(Surah Al-Ankabut,ayat 45)Rasul s.a.w bersabda""Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang"(HR Bukhari dan Muslim)Segala puji bagi Allah,Tuhan yang telah mewajibkan solat kepada hambanya dan menyuruh mereka melakukan dengan sebaik-baiknya,serta menjanjikan keselamatan dan keberuntungan bagi yang khusyu' dalam menjalankannya.Selain itu,solat juga menjadi pembeda yang jelas antara keimanan dan kekufuran serta menjadi pencegah perbuatan keji dan mungkar.Selawat dan salam semoga Allah limpahkan kepada nabi Muhammad s.a.w,orang yang telah diperintahkan oleh Allah dengan firmannya: "Kami telah menurunkan kepadamu Adz-Dzikir untuk engkau jelaskan kepada manusia dengan terperinci apa yang kami turunkan kepada mereka"(Surah An-Nahl,ayat 44).Nabi s.a.w telah menjalankan tugas ini dengan sebaik-baiknya dan solat merupakan rukun yang sangat penting yang baginda jelaskan kepada manusia,baik dengan sabda maupun perbuatannya.Sampai baginda solat di atas mimbar,berdiri dan ruku' ditempat ini.Semoga keselamat dilimpahkan kepada keluarganya dan para sahabatnya yang bertaqwa lagi soleh yang telah meriwayatkan kepada kita cara ibadah Nabi s.a.w,solatnya,sabdanya dan perbuatannya.Para sahabat ini menjadikan contoh-contoh Nabi s.a.w sebagai anutan dan ikutan.Begitu pula semoga keselamatan dilimpahkan kepada orang-orang yang mengikuti jejak mereka dan menempuh jalan mereka sampai hari kemudian.

KEUTAMAAN SOLAT...
Solat itu tiang agama dan tempat berlindung segala keyakinan.Ia juga penghulu dari segala amal kebaktian dan ketaatan.Semua usul-usulnya (pokok-pokoknya)dan furu'-furu'nya(cabang-cabangnya)telahpun terkumpul di dalam matapelajaran ilmu fiqh. Diantara dalil yang menunjukkan keutamaan solat ini ialah berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w.Nabi sendiri telah menunjukkan contoh teladan kepada umatnya.Baginda amat menitikberatkan perkara solat sehingga sewaktu baginda sakit dan hampir wafat,baginda tetap menunaikannya.Mari kita lihat dan hayati hadis baginda yang berbunyi:("Sembahyang itu tiang agama,barangsiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah mendirikan agama,barangsiapa meninggalkannya sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama")-HR Bukhari dan Muslim.("Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kafir dengan nyata")-HR Bukhari dan Muslim. Lihatlah saudaraku,bagaimana baginda meletakkan solat itu sebagai tiang agama.Di sini dapat disimpulkan betapa utama dan pentingnya ibadah sembahyang.Cuba kita bayangkan seandainya rumah yang dibina tidak bertiang,nescaya akan cacatlah rumah itu.Begitulah kedudukan agama kita,tidak dikatakan mendirikan agama sekiranya kita tidak bersolat.Hadis kedua pula menunjukkan dengan jelas bahawa solat itu menjadi pembada yang teramat nyata diantara iman dan kufur.Begitulah tingginya kedudukan solat.
BERKESANKAH SEMBAHYANG KITA?
Persoalan inilah yang menjadi masalahnya,cuba kita tanya pada diri,adakah solat yang dilakukan selama ini dapat memelihara kita dari melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah dan sentiasa melakukan segala suruhannya.Kalau jawapannya YA,alhamdulillah,tetapi kalau tidak wajib bagi kita untuk kembali memuhasabah ibadah solat yang dilakukan. Kita perlu meneliti semula,adakah solat kita bertepatan dengan solat yang dilakukan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w.Ini kerana solat yang dilakukan tidak mengikut solat yang dilakukan baginda,pastinya solat itu akan membawa kecelakaan pada diri.Kerana solat yang dilakukan itu lebih menjauhkan kita dari Allah s.w.t.Mari kita perhatikan dan merenung sejenak pada firman Allah di dalam surah Al-Ma'un,ayat 4 yang berbunyi: "Maka neraka Waillah bagi orang-orang yang bersembahyang".
Mengapakah Allah memasukkan orang-orang yang bersembahyang itu ke dalam neraka?Jawapannya sudah pastilah kerana solat yang dilakukan tidak mengikut sepertimana yang telah diajarkan oleh baginda s.a.w,baik dari ruku'nya,sujudnya,khusyu'nya dan segala perkara yang bersangkutan dengan solat.
TANDA-TANDA SOLAT ITU BERKESAN...
Inilah perkara yang mesti ditekan dan diperhatikan selalu.Kita perlu sentiasa meneliti dan menilai sejauh mana keberkesanan solat yang dilakukan.
Seandainya solat itu berkesan,ia akan dapat mendidik dan melatih hati kita menjadi hamba dan insan yang baik walaupun kita berada di luar solat.Namun hakikatnya seluruh kehidupan kita sebenarnya di dalam keadaan bersolat.Diantara tanda-tanda solat kita berkesan ialah:1)Kita akan merasa seronok melakukannya dan terasa kemanisan ibadah solat itu.2)Kita akan merasa takut untuk melakukan maksiat.3)Hati menjadi mudah untuk menunaikan segala suruhan yang difardhukan.4)Hati sentiasa merasakan bahawa segala perbuatan diperhatikan Allah.5)Hati yang khusyu' di dalam solat dapat menjadikan diri sentiasa berasa tenang.6)Solat yang berkesan akan menjadikan diri kita manusia yang baik hubungannya dengan Allah dan juga dengan manusia.
KELEBIHAN MENGERJAKAN SOLAT...
Setiap ibadah yang difardhukan,sudah pasti mempunyai kelebihan-kelebihannya tersendiri.Begitulah juga dengan ibadah solat yang dilakukan.Allah telah menjanjikan kelebihan-kelebihan yang banyak kepada sesiapa yang mengerjakannya.
Antara kelebihan yang dijanjikan ialah:1) Hatinya sentiasa tenang walaupun ketika menhadapi ujian dari Allah.2) Umur dan hartanya berada di dalam keberkatan.3) Hidupnya sentiasa di dalam pemeliharaan Allah.4) Doanya akan mudah dimakbulkan Allah.5) Terpancar cahaya iman dari wajahnya.6) Sentiasa merasakan sifat kehanbaan sekaligus menghilangkan sifat sombong dan takbur.7) Dipermudahkan baginya ketika menghadapi sakaratul maut.8) Diluaskan kuburnya seluas mata memandang.9) Kuburnya akan menjadi salah satu taman diantara taman-taman syurga.10) Dibangkitlan dari kubur dalam keadaan mulia.11) Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat kelak.12) Dipermudahkan baginya perhitungan amalannya.13) Dimasukkannya kedalam syurga.
Subhanallah.Lihatlah bagaimana hebatnya kelebihan yang dikurniakan Allah kepada hamba-hambanya yang mengerjakan solat.Namun,mesti diperingatkan di sini bahawa hanya solat yang benar-benar mengikut Rasulullah s.a.w sahaja yang akan diterima Allah.Jadi marilah kita kembali kepada cara solat yang diajarkan oleh baginda,insyaAllah.
ANCAMAN KEPADA YANG MENINGGALKAN SOLAT...
Disamping disediakan kelebihan yang banyak,Allah telah menjanjikan azab seksaan yang pedih kepada yang meninggalkannya.Seksaan ini akan ditunjukkan oleh Allah ketika di dunia lagi.
Antara seksaan yang dijanjikan ialah:1) Dicabut keberkatan dalam hidupnya.2) Dihilangkan dari wajahnya cahaya keimanan.3) Ketika menghadapi sakaratul maut,mereka akan merasa dahaga yang teramat sangat.4) Dicabut nyawanya oleh Malaikat dengan sekeras-kerasnya.5) Ketika di dalam kubur,bumi akan menghimpitnya sehingga bertemu tulang rusuknya.6) Didatangkan kepadanya seekor ular yang akan mematuknya sehingga hari Kiamat.7) Allah s.w.t akan memerintahkan malaikat mungkar dan nangkir menyeksanya sehingga hari Kiamat.8) Dia akan dibangkitkan di hari Kiamat dalam keadaan hina.9) Allah s.w.t tidak akan memandangnya dengan pandangan rahmat.10) Akhirnya Allah akan mencampakkan mereka ke dalam neraka.
Nauzubillahhiminzalik,lihatlah betapa kerasnya seksaan yang disediakan oleh Allah kepada manusia yang tidak mahu mengerjakan solat.Semoga Allah akan menjadikan kita hamba yang sentiasa mengerjakan solat.Disamping itu akan diberikan ilmu agar solat yang dilakukan mengikut seperti yang telah diajarkan oleh nabi kita s.a.w,amin.
BAGAIMANA MENDAPATKAN SEMBAHYANG YANG SEMPURNA?
Untuk mendapatkan solat yang sempurna,mesti diperingatkan kepada anda bahawa kita tidak mungkin dapat menjalankan solat dengan sebenar-benarnya atau mendekati yang sebenarnya bila kita tidak mengetahui cara-cara solat nabi secara terperinci,mengetahui hal-hal yang wajib,adab-adabnya,cara-caranya,doa dan zikirnya.Selanjutnya kita menerapkannya dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat.
Jika kita dapat melakukan seperti itu,kita boleh berharap solat kita akan berhasil mencegah diri kita dari kemungkaran dan perbuatan keji serta kita akan mendapat pahala dan ganjaran yang dijanjikan. Jadi sekiranya anda bersungguh-sungguh ingin mengubah solat anda dan di dalam pencarian tentang solat baginda,bersyukurlah kerana anda telah menjumpainya.

Salam Ukhuwah..


Segala puji bagi Allah S.w.t Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat – sahabatnya sekelian.
Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana atas limpah kurniaNya dapatlah saya menyiapkan blog ini sebagai sumbangan jariah saya kepada masyarakat di negara ini khususnya umat Islam. Kandungan blog ini disusun sebegini adalah sekadar untuk menarik perhatian semua terutamanya golongan muda yang sebagaimana sedia kita maklum bahawa golongan ini lebih tertumpu kepada laman – laman web yang berunsurkan hiburan,chating dan sebagainya, kandungan blog ini disusun merangkumi semua yang disebutkan tadi dan dalam pada masa yang sama tetap tidak mengabaikan syariat dan ilmu agama Islam, blog ini juga ada menyelitkan kisah keluarga penulis sekadar untuk memperkembangkan lagi tali persaudaraan, dan adalah diharapkan bahawa blog ini dapat memenuhi citarasa kita itu.
Blog ini sudah tentu mengandungi kelemahan dan kekurangan terutamanya dari segi bahan dan tenikal, ini kerana latarbelakang penulis blog bukanlah orang yang mahir dalam bidang I.T. Jesteru, saya bersedia menerima sebarang teguran dan cadangan bagi kebaikan kita bersama. Akhirnya saya berdoa kepada Allah mudah – mudahan blog ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.
Sekian, wassalam

MUHAMMAD HAFIZAN