Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Ahad, 28 Disember 2008

Rahsia Kekal Ceria


1. Kenapa aku diuji?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “ Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang – orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah telah mengetahui orang – orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang – orang yang dusta”. Surah Al – Ankabut ayat 2-3.

2. Kenapa aku tak dapat yang aku idam – idamkan?

“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak megetahui.” – Surah Al- Baqarah ayat 216

3. Kenapa ujian seberat ini?

“ Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. –Surah Al-Baqarah ayat 286.

4. Kenapa rasa kecewa?

“ Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang – orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang – orang yang beriman”. – Surah Al Imran ayat 139.

5. Bagaimana harus aku menghadapinya?

“ Wahai orang – orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara – perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah – daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. – Surah Al – Imran ayat 200.

“ dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang – orang yang khusyuk”. – Surah Al – Baqarah ayat 45.

6. Apa yang aku dapat daripada semua ini?

“ Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang – orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberi syurga unuk mereka”. Surah At- Taubah ayat 111.

7. Kepada siapa aku berharap?

“ Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada- Nya aku bertawakkal” . – Surah at – Taubah ayat 129.

8. Aku dah tak dapat bertahan lagi!

“………Dan jangalah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada putus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”. – Surah Yusuf ayat 12.

Selasa, 2 Disember 2008

Bulan Senyum


Malam tadi kira-kira jam pukul 9.00 malam, ketika kami sekeluarga sedang menonton berita di tv3, waktu ni kami sekeluarga sedang bertandang di rumah salah seorang ahli keluarga kami di Bandar Rinching, Semenyih, sedang kami menonton berita kerana ingin mengikuti perkembangan banjir kat negeri Cik Siti Wan Kembang yang dikatakan agak membimbangkan, tiba2 pembaca berita kat TV tu "mengumumkan" satu fenomena (pada fikran saya la) bulan senyum sedang berlaku, Aaa??? Bulan senyum?? Kami pun dengan diketuai oleh Abah( gelaran bapa saudara saya) terus bergegas keluar rumah juga dengan diiringi oleh ma, mak sedara, mok noh, anak2 sedara (ayah saya buat tak tahu je pada mulanya, alih2 keluar gak!! heheheh) untuk melihat bulan malam tu...Pas tu mulut kami keluar bunyi "Wooooooo...aaaaa" dengan kedudukan bibir yang memuncung setelah anak mata kami menemui sasarannya.. Yessss!!! memang nampak jelas! Bulan tu nampak macam muka manusia sedang tersenyum kerana bulan sabit itu "mendongak" ke atas dan dia atasnya ada dua biji bintang terang bercahaya yang berkedudukan seperti sepasang mata. Saya cuba call kawan2 kat Kelantan, diorang cakap tak nampak kerana cuaca kat sana agak kurang baik.. nasib kamu laa.. tapi tak pe.. kat sini saya sediakan gambar bulan senyum tu kat semua. Saksikan...

KETERANGAN TENTANG FENOMENA "BULAN SENYUM" - berita harian

Keajaiban bulan 'senyum': Luar biasa. Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai muka orang tersenyum atau bulan 'senyum' yang boleh kelihatan bermula kira-kira jam 8 malam tadi. Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku lima tahun sekali turut menarik perhatian ramai rakyat negara ini yang menyebarkan berita bulan 'senyum' itu menerusi khidmat pesanan ringkas.