Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Isnin, 26 Mei 2008

solat....

" Shifatu Shalaati An- Nabiyyi"Menuju Kearah Kesempurnaan Solat
Allah s.w.t berfirman""Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"(Surah Al-Ankabut,ayat 45)Rasul s.a.w bersabda""Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang"(HR Bukhari dan Muslim)Segala puji bagi Allah,Tuhan yang telah mewajibkan solat kepada hambanya dan menyuruh mereka melakukan dengan sebaik-baiknya,serta menjanjikan keselamatan dan keberuntungan bagi yang khusyu' dalam menjalankannya.Selain itu,solat juga menjadi pembeda yang jelas antara keimanan dan kekufuran serta menjadi pencegah perbuatan keji dan mungkar.Selawat dan salam semoga Allah limpahkan kepada nabi Muhammad s.a.w,orang yang telah diperintahkan oleh Allah dengan firmannya: "Kami telah menurunkan kepadamu Adz-Dzikir untuk engkau jelaskan kepada manusia dengan terperinci apa yang kami turunkan kepada mereka"(Surah An-Nahl,ayat 44).Nabi s.a.w telah menjalankan tugas ini dengan sebaik-baiknya dan solat merupakan rukun yang sangat penting yang baginda jelaskan kepada manusia,baik dengan sabda maupun perbuatannya.Sampai baginda solat di atas mimbar,berdiri dan ruku' ditempat ini.Semoga keselamat dilimpahkan kepada keluarganya dan para sahabatnya yang bertaqwa lagi soleh yang telah meriwayatkan kepada kita cara ibadah Nabi s.a.w,solatnya,sabdanya dan perbuatannya.Para sahabat ini menjadikan contoh-contoh Nabi s.a.w sebagai anutan dan ikutan.Begitu pula semoga keselamatan dilimpahkan kepada orang-orang yang mengikuti jejak mereka dan menempuh jalan mereka sampai hari kemudian.

KEUTAMAAN SOLAT...
Solat itu tiang agama dan tempat berlindung segala keyakinan.Ia juga penghulu dari segala amal kebaktian dan ketaatan.Semua usul-usulnya (pokok-pokoknya)dan furu'-furu'nya(cabang-cabangnya)telahpun terkumpul di dalam matapelajaran ilmu fiqh. Diantara dalil yang menunjukkan keutamaan solat ini ialah berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w.Nabi sendiri telah menunjukkan contoh teladan kepada umatnya.Baginda amat menitikberatkan perkara solat sehingga sewaktu baginda sakit dan hampir wafat,baginda tetap menunaikannya.Mari kita lihat dan hayati hadis baginda yang berbunyi:("Sembahyang itu tiang agama,barangsiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia telah mendirikan agama,barangsiapa meninggalkannya sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama")-HR Bukhari dan Muslim.("Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kafir dengan nyata")-HR Bukhari dan Muslim. Lihatlah saudaraku,bagaimana baginda meletakkan solat itu sebagai tiang agama.Di sini dapat disimpulkan betapa utama dan pentingnya ibadah sembahyang.Cuba kita bayangkan seandainya rumah yang dibina tidak bertiang,nescaya akan cacatlah rumah itu.Begitulah kedudukan agama kita,tidak dikatakan mendirikan agama sekiranya kita tidak bersolat.Hadis kedua pula menunjukkan dengan jelas bahawa solat itu menjadi pembada yang teramat nyata diantara iman dan kufur.Begitulah tingginya kedudukan solat.
BERKESANKAH SEMBAHYANG KITA?
Persoalan inilah yang menjadi masalahnya,cuba kita tanya pada diri,adakah solat yang dilakukan selama ini dapat memelihara kita dari melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah dan sentiasa melakukan segala suruhannya.Kalau jawapannya YA,alhamdulillah,tetapi kalau tidak wajib bagi kita untuk kembali memuhasabah ibadah solat yang dilakukan. Kita perlu meneliti semula,adakah solat kita bertepatan dengan solat yang dilakukan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w.Ini kerana solat yang dilakukan tidak mengikut solat yang dilakukan baginda,pastinya solat itu akan membawa kecelakaan pada diri.Kerana solat yang dilakukan itu lebih menjauhkan kita dari Allah s.w.t.Mari kita perhatikan dan merenung sejenak pada firman Allah di dalam surah Al-Ma'un,ayat 4 yang berbunyi: "Maka neraka Waillah bagi orang-orang yang bersembahyang".
Mengapakah Allah memasukkan orang-orang yang bersembahyang itu ke dalam neraka?Jawapannya sudah pastilah kerana solat yang dilakukan tidak mengikut sepertimana yang telah diajarkan oleh baginda s.a.w,baik dari ruku'nya,sujudnya,khusyu'nya dan segala perkara yang bersangkutan dengan solat.
TANDA-TANDA SOLAT ITU BERKESAN...
Inilah perkara yang mesti ditekan dan diperhatikan selalu.Kita perlu sentiasa meneliti dan menilai sejauh mana keberkesanan solat yang dilakukan.
Seandainya solat itu berkesan,ia akan dapat mendidik dan melatih hati kita menjadi hamba dan insan yang baik walaupun kita berada di luar solat.Namun hakikatnya seluruh kehidupan kita sebenarnya di dalam keadaan bersolat.Diantara tanda-tanda solat kita berkesan ialah:1)Kita akan merasa seronok melakukannya dan terasa kemanisan ibadah solat itu.2)Kita akan merasa takut untuk melakukan maksiat.3)Hati menjadi mudah untuk menunaikan segala suruhan yang difardhukan.4)Hati sentiasa merasakan bahawa segala perbuatan diperhatikan Allah.5)Hati yang khusyu' di dalam solat dapat menjadikan diri sentiasa berasa tenang.6)Solat yang berkesan akan menjadikan diri kita manusia yang baik hubungannya dengan Allah dan juga dengan manusia.
KELEBIHAN MENGERJAKAN SOLAT...
Setiap ibadah yang difardhukan,sudah pasti mempunyai kelebihan-kelebihannya tersendiri.Begitulah juga dengan ibadah solat yang dilakukan.Allah telah menjanjikan kelebihan-kelebihan yang banyak kepada sesiapa yang mengerjakannya.
Antara kelebihan yang dijanjikan ialah:1) Hatinya sentiasa tenang walaupun ketika menhadapi ujian dari Allah.2) Umur dan hartanya berada di dalam keberkatan.3) Hidupnya sentiasa di dalam pemeliharaan Allah.4) Doanya akan mudah dimakbulkan Allah.5) Terpancar cahaya iman dari wajahnya.6) Sentiasa merasakan sifat kehanbaan sekaligus menghilangkan sifat sombong dan takbur.7) Dipermudahkan baginya ketika menghadapi sakaratul maut.8) Diluaskan kuburnya seluas mata memandang.9) Kuburnya akan menjadi salah satu taman diantara taman-taman syurga.10) Dibangkitlan dari kubur dalam keadaan mulia.11) Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat kelak.12) Dipermudahkan baginya perhitungan amalannya.13) Dimasukkannya kedalam syurga.
Subhanallah.Lihatlah bagaimana hebatnya kelebihan yang dikurniakan Allah kepada hamba-hambanya yang mengerjakan solat.Namun,mesti diperingatkan di sini bahawa hanya solat yang benar-benar mengikut Rasulullah s.a.w sahaja yang akan diterima Allah.Jadi marilah kita kembali kepada cara solat yang diajarkan oleh baginda,insyaAllah.
ANCAMAN KEPADA YANG MENINGGALKAN SOLAT...
Disamping disediakan kelebihan yang banyak,Allah telah menjanjikan azab seksaan yang pedih kepada yang meninggalkannya.Seksaan ini akan ditunjukkan oleh Allah ketika di dunia lagi.
Antara seksaan yang dijanjikan ialah:1) Dicabut keberkatan dalam hidupnya.2) Dihilangkan dari wajahnya cahaya keimanan.3) Ketika menghadapi sakaratul maut,mereka akan merasa dahaga yang teramat sangat.4) Dicabut nyawanya oleh Malaikat dengan sekeras-kerasnya.5) Ketika di dalam kubur,bumi akan menghimpitnya sehingga bertemu tulang rusuknya.6) Didatangkan kepadanya seekor ular yang akan mematuknya sehingga hari Kiamat.7) Allah s.w.t akan memerintahkan malaikat mungkar dan nangkir menyeksanya sehingga hari Kiamat.8) Dia akan dibangkitkan di hari Kiamat dalam keadaan hina.9) Allah s.w.t tidak akan memandangnya dengan pandangan rahmat.10) Akhirnya Allah akan mencampakkan mereka ke dalam neraka.
Nauzubillahhiminzalik,lihatlah betapa kerasnya seksaan yang disediakan oleh Allah kepada manusia yang tidak mahu mengerjakan solat.Semoga Allah akan menjadikan kita hamba yang sentiasa mengerjakan solat.Disamping itu akan diberikan ilmu agar solat yang dilakukan mengikut seperti yang telah diajarkan oleh nabi kita s.a.w,amin.
BAGAIMANA MENDAPATKAN SEMBAHYANG YANG SEMPURNA?
Untuk mendapatkan solat yang sempurna,mesti diperingatkan kepada anda bahawa kita tidak mungkin dapat menjalankan solat dengan sebenar-benarnya atau mendekati yang sebenarnya bila kita tidak mengetahui cara-cara solat nabi secara terperinci,mengetahui hal-hal yang wajib,adab-adabnya,cara-caranya,doa dan zikirnya.Selanjutnya kita menerapkannya dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat.
Jika kita dapat melakukan seperti itu,kita boleh berharap solat kita akan berhasil mencegah diri kita dari kemungkaran dan perbuatan keji serta kita akan mendapat pahala dan ganjaran yang dijanjikan. Jadi sekiranya anda bersungguh-sungguh ingin mengubah solat anda dan di dalam pencarian tentang solat baginda,bersyukurlah kerana anda telah menjumpainya.

Tiada ulasan: