- 1. Berbuka dengan membaca doa.
-
- 2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2
- biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.
-
- 3. Bolehlah makan nasi & "noodles"
- Nasi "Noodles"
- Nasi putih Mee/ Bihun} Berkuah/ Sup
- Nasi ulam Koayteow }
- Nasi kerabu
- 4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
-
- 5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
-
- 6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
-
- 7. Berhenti makan sebelum kenyang.
-
- 8. Lebihkan minum air.
-
- 9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
-
- 10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan
- adalah seperti berikut:
-
- Nasi putih Oats/ Nestum
- Roti/ Ban Buah-buahan/ Kurma
- Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.
Jumaat, 29 Ogos 2008
10 tips diet pada bulan Ramadhan
Khamis, 28 Ogos 2008
KEMERDEKAAN
Walau kejap, walau lama pun, itu semua kita tak dapat nak elak, yang paling penting ialah kita sebagai anak merdeka, wajiblah kita berbangga dengan nikmat kemerdekaan dan keamanan yang dianugerahkan oleh Allah Taala ini, Walaupun dalam berbagai bangsa dan agama, namum begitu keharmonian sesama kita tetap terjaga dengan cara kita sendiri.
Meraikan kemerdekaan bukan hanya sekadar kita melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!, akan tetapi lebih bermakna dan bererti menghayati kemerdekaan dengan bersyukur kehadrat Allah Taala dengan nikmat yang begitu mahal. Sama – samalah kita berdoa , agar negara kita terus makmur dan dilindungi dari segala bencana alam ataupun sengketa antara manusia.
Dikesempatan ini marilah kita hadiahkan Al – Fatihah kepada pejuang – pejuang bangsa yang telah banyak berjasa untuk KEMERDEKAAN ini.. Wassalam..
Jumaat, 15 Ogos 2008
Award Dari Kak Tie
Rabu, 13 Ogos 2008
Lukisan Alam
Sambil duduk kat bawah pokok, saya terpandang satu lukisan yang amat cantik, tapi bukan pada dinding sekolah, bukan pada kertas lukisan, tapi pada langit.. wahhh..cantik tul awan tu lukis naga tarian cina (pada pandangan saya la).. Tengok la gambar yang saya "snap" tadi kat atas tu. Wassalam..
Sabtu, 9 Ogos 2008
Haji Daud Bukit Abal (1903-1976)
Nama penuh ahli sufi ini ailah Haji Daud Shamsuddin bin Haji Omar al-Libadi. Lahir di Kampung Kerasak, Limbat, Kota Bharu sekitar 1903. Ibunya, Wan Halimah binti Haji Ismail ialah adik kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Haji Ismail (lebih terkenal dengan panggilan Haji Awang Limbat). Manakala bapanya Haji Omar bin Taib berasal dari Kampung Mantera, Bukit Marak. Antara guru-guru awalnya : Haji Awang Limbat, Haji Sulaiman Kubang Kachang, tok Kenali, Tok Seridik, Haji Omar Sungai Keladi, Haji Nik Abdullah Khatib, Yaakub Legor dan Maulana Tok Khurasan.
Di kota Makkah pula antara lain beliau mendalami pengajiannya dengan Syeikh Omar Hamdan, Syeikh Mohd Ali al-Maliki, Syeikh Hasan al-Masyat, Syeikh Hasan al-Yamani, Syeikh Muhammad al-Azhari dan Syeikh Mohd Shafie Kedah (Tok Shafie). Kedua-dua penama inilah yang banyak mencurahkan amalan tarekat Ahmadiyah (termasuk ilmu ihsanuddin kepadnya).
Setelah kembali dari Makkah pada wal tahun 1941, beliau berkebun sambil mengajar agama di beberapa tempat. Akhir sekali pulang menetap di Bukit Abal, Pasir Puteh lalu berusaha menghidupkan semula sekolah pondok peninggalan bapa mertuanya Haji Awang Limbat.
Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan – mungkin kerana namanya belum terserlah. Hanya selepas 1968 barulah majlis ilmunya mula mendapat perhatian ramai. Kupasan ilmu ussuluddin, furu’uddin (fiqh 4 mazhab) dan ihsanuddin yang menjurus kepada pengamalan zikir tarekat kemudiannya terbukti sangat popular. Untuk kemudahan murid-muridnya beliau mengulang cetak karyanya sendiri, iaitu Risalat al-Aqaid wa al-fawaid (cetakan pertama 1956); dan pada awal 1970an diedarkan pula stensilan Risalat al-Tasawuf yang sempat disusun setakat 8 siri sahaja kerana masalah kesihatannya.
Tuan Guru Haji Daud meninggal dunia di Bukit Abal ketika pondoknya sedang berkembang maju, iaitu pada pukul 2.00 petang Ahad 1 Safar 1396 bersamaan 1 Februari 1976.
Warisan ilmunya kini disebarkan pula oleh tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Haji Ghazali Tunjong, Pak Da Awang Kampung Pek, Ustaz Mustafa Muhammad al-Ahmadi (penagrang buku Mengenal Diri dan Wali Allah yang sangat popular itu), Ustaz Wan Hassan Muhammad Bukit Tanah (ahli Jemaah Ulama MAIK), Drs Abdul Rahman Haji Ahmad (Timbalan Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan) dan Prof. Dr. Hamdan Hassan (Universiti Brunei Darusssalam)
Haji Daud Bukit Abal (1903-1976)
Jumaat, 8 Ogos 2008
AKUKAH TANGGANG?
Assalamualaikum..
Bertemu lagi kita dalam tazkirah untuk kali ini. Saya yakin ramai diantara kita khususnya kaki nonton TV bersetuju bila saya katakan drama melayu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah “ Akukah Tanggang?” ( kalau tak silap saya la tajuknya bunyi macam tu la). Dan saya rasa cerita ni jauh lebih bagus kalau nak dibandingkan dengan cerita “Bawang putih, Bawang merah” dari negara jiran dulu. Maafkan saya, ini adalah pendapat peribadi saya..
Jalan ceritanya sungguh menarik perhatian saya, sehinggakan kadang – kadang rasa nak tempeleng je pelakon yang pegang watak “anak derhaka” tu..( Hidup sungguh lakonan dia) syabas kerana berjaya menguji tahap kesabaran saya.. (Garangnya.. hehehehe..)
Berbalik pada kes “anak derhaka” ni, memang selalu sangat kita dengar kan? Banyak sangat berlaku dalam masyarakat kita sekarang, walaupun siapa kita, kes “anak derhaka” ni boleh terjadi pada sesiapa pun tanpa kita sedari, Kisah Al – Qamah telah membuktikan pada kita bahawa sebaik mana pun kita, sewarak mana pun kita, sehebat mana pun kita, kita tidak boleh memandang mudah kes “ anak derhaka” ini.. Bayangkanlah.. berkata “Ah” pun tak boleh sama sekali diucapkan pada Ibu dan bapa yang menyuruh berbuat sesuatu yang tidak bercanggah dengan hukum agama. Apatah lagi dengan maki hamun, memukul, bakar rumah dan sebagainya.. Awas!!!..
Oleh kerana pengorbanan ibubapa kepada kita cukup besar, sewajarlah Allah Taala mewajibkan kita mematuhi suruhan mereka, Ganjaran diatas layanan kita terhadap ibu bapa dibalas Allah secara “tunai” di dunia lagi. Contohnya jika taati mereka, anak – anak kita kelak akan taat kepada kita, Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak – anak kita pula akan menderhaka kepada kita..malah mungkin lebih buruk dari apa yang kita buat. Sekian dahulu, jumpa lagi!!
Wassalam.
Rabu, 6 Ogos 2008
PESANAN BUAT ANAK DIDIK..
Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya:
“Wahai anakku, dirikanlah sembahyang dan lakukan perkara – perkara yang baik dan meninggalkan perkara – perkara yang dilarang”.
Kebelakangan ini kita dapati ramai pelajar terpengaruh dengan budaya hidup yang tidak sihat baik di rumah ataupun di sekolah. Antara perlakuan yang sering kali dilakukan oleh murid di sekolah:
- Merosakkan harta benda sekolah.
- Mencuri harta milik kawan ( kadang – kadang milik guru).
- Bergaduh dan memeras ugut.
Sekian, Wassalam
Isnin, 4 Ogos 2008
AMALAN DALAM BULAN ISLAM
Sabtu, 2 Ogos 2008
NIKMAT DARI KESAKITAN
Tapi.
Tatkala Allah beri kita Kesakitan, kepayahan, kesusahan tahukah kita bahawasanya Allah juga sayangkan kita lebih dari ketika Dia memberi kita kesenangan. Disebalik apa yang diberikan itu terkandung seribu satu hikmah yang akan kita rasakan selepas kita melepasi ujian/nikmat tersebut . Kesenangan yang datang selepas kesusahan. Segalanya adalah Nikmat dari ALLAH s.w.t.
Ya Allah , aku merayu , menadah tangan memohon keampunan dari segala dosa-d0saku….
terimalah taubatku, kasihanilah diri ini.
Sesungguhnya nikmat kesihatan adalah nikmat yang kurang kuhargai ketika sihat namun ketika kesakitan melanda barulah aku sedar betapa aku kurang menitikberatkan nikmat itu.
Sama-sama kita menghargai nikmat kesihatan yang diberikan.