Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Khamis, 28 Ogos 2008

KEMERDEKAAN




Salam kemerdekaan,

dah lama saya tak update blog ni, sejak balik kg bercuti ni la kali pertama saya updatekan blog ni, kebetulan pula kita tak lama lagi kita akan meraikan ulang tahun kemerdekaan ke 51!, haaaaa??

Ke 51 dah? Macam tak percaya je, macam semalam je saya cat memorial Hari Kemerdekaan ke 50 kat dinding sekolah tu.

Walau kejap, walau lama pun, itu semua kita tak dapat nak elak, yang paling penting ialah kita sebagai anak merdeka, wajiblah kita berbangga dengan nikmat kemerdekaan dan keamanan yang dianugerahkan oleh Allah Taala ini, Walaupun dalam berbagai bangsa dan agama, namum begitu keharmonian sesama kita tetap terjaga dengan cara kita sendiri.

Meraikan kemerdekaan bukan hanya sekadar kita melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!, akan tetapi lebih bermakna dan bererti menghayati kemerdekaan dengan bersyukur kehadrat Allah Taala dengan nikmat yang begitu mahal. Sama – samalah kita berdoa , agar negara kita terus makmur dan dilindungi dari segala bencana alam ataupun sengketa antara manusia.
Dikesempatan ini marilah kita hadiahkan Al – Fatihah kepada pejuang – pejuang bangsa yang telah banyak berjasa untuk KEMERDEKAAN ini..
Wassalam..

Tiada ulasan: