Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya:
“Wahai anakku, dirikanlah sembahyang dan lakukan perkara – perkara yang baik dan meninggalkan perkara – perkara yang dilarang”.
Kebelakangan ini kita dapati ramai pelajar terpengaruh dengan budaya hidup yang tidak sihat baik di rumah ataupun di sekolah. Antara perlakuan yang sering kali dilakukan oleh murid di sekolah:
- Merosakkan harta benda sekolah.
- Mencuri harta milik kawan ( kadang – kadang milik guru).
- Bergaduh dan memeras ugut.
Jangan ditanya bila, di mana dan bagaimana? Cerminkanlah diri dan mulakan secepat mungkin untuk melakukan perubahan pada diri kita.. Oleh itu murid – murid sekelian, renung dan fikirkan lah adakah kita memiliki perlakuan – perlakuan yang telah saya nyatakan tadi? Jika ada, hindarilah perbuatan – perbuatan itu bermula dari sekarang, kerana kita masih belum terlambat untuk memperbetulkan kesilapan lalu. Jika kita tidak memiliki dan tidak pernah melakukan perbuatan – perbuatan yang dinyatakan tadi, syabas diucapkan dan cubalah pertingkatkan diri supaya menjadi anak yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat, negara dan agama..
Sekian, Wassalam
Sekian, Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan