Kita memang mudah melihat keburukan orang lain dan teramat susah untuk melihat keburukan diri sendiri. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita kaitkannya dengan diri kita.
Contoh 1: Sedang kita duduk di masjid, datang seorang pemuda dan sembahyang. Kita lihat pemuda itu solat tak khusyuk, badannya goyang sana goyang sini. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la mamat ni, sembahyang tak khusyuk." Pada masa yg sama kita lupa yg kita sendiri pun sembahyang tak khusyuk! Kadang-kadang program untuk satu minggu pun kita boleh fikirkan masa tengah sembahyang. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita pastikan yg kita tidak melakukannya. Jika kita pun lakukan, maka hendaklah kita perbaiki diri kita.
Selain itu, hendaklah kita lihat kebaikan orang lain. Macam contoh mamat tadi. Lihat kebaikannya. Hati kita akan berkata:"Bagus mamat ni, rajin datang masjid. Aku ni kadang-kadang je datang. Sembahyang Jumaat je aku selalu datang." Bila kita lihat kebaikan orang, hendaklah juga kita berusaha untuk baiki diri.
Contoh 2: Masa kita dalam masjid tadi, datang pula seorang pakcik tua dan dia baca Qur'an. Kita dengar pakcik ni baca tersangkut-sangkut. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la pakcik ni, baca Qur'an pun tak betul." Pada masa yg sama, kita lupa yg kita ni dah berbulan-bulan tak baca Qur'an. Oleh itu, hendaklah kita lihat kebaikannya bukan keburukan orang lain. Sepatutnya kita berkata:"Bagus pakcik ni, rajin baca Qur'an."
Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan