Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Ahad, 15 Februari 2009

Sepanjang Mesyuarat Agong PIBG Ke 27

Pada 14 Feb 2009, sekolah saya mengadakan mesyuarat PIBG ke 27, pelbagai perkara dibincangkan dalam mesyuarat kali ni, antaranya ialah pemilihan AJK PIBG dari ibubapa untuk Sesi 2009/2010, ada muka lama yang masih mengekalkan kedudukan, dan ada muka baru yang mengisi jawatan AJK PIBG kali ini,

Untuk post blog saya kali ni,  atas permintaan beberapa rakan sejawat, mereka meminta saya memasukkan gambar yang diambil disepanjang perjalanan mesyuarat. So... saksikan, kalau nak copy, dipersilakan..

Huhuhuhu... gambar ni tak de kena mengena langsung dengan PIBG, anak sedara saya ni..

Pentas utama dewan mesyuarat PIBG

Para hadirin.. ramai sungguh yang hadir hari tu.. TERIMA KASIH.

Ustazah Nor Zairawati dan Mastura memastikan majlis penyampaian sijil berjalan dengan baik.

Cikgu Mat Rosli, haaa.. kalau dia tak de, P.A systems tak bunyi la jawabnya..

Guru Besar, GPK dan Perasmi jemputan.
Antara tenaga kerja yang memastikan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar.

En. Sabaruddin Ahmad Sabri selaku Yang Dipertua PIBG sedang menyampaikan ucapan.



Sebenarnya banyak lagi gambar yang diambil, tapi tak de pada saya, bagi cikgu2 yang nak gambar tu, tanya2 la cikgu2 yang bertugas sebagai jurukamera hari tu.
Sekian, Wass..Up!!! Eh2.. Wassalam..

Rabu, 11 Februari 2009

Tazkirah : Aku ke Engkau?

Kita memang mudah melihat keburukan orang lain dan teramat susah untuk melihat keburukan diri sendiri. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita kaitkannya dengan diri kita. 

Contoh 1: Sedang kita duduk di masjid, datang seorang pemuda dan sembahyang. Kita lihat pemuda itu solat tak khusyuk, badannya goyang sana goyang sini. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la mamat ni, sembahyang tak khusyuk." Pada masa yg sama kita lupa yg kita sendiri pun sembahyang tak khusyuk! Kadang-kadang program untuk satu minggu pun kita boleh fikirkan masa tengah sembahyang. Oleh itu, apabila kita terlihat keburukan orang lain, hendaklah kita pastikan yg kita tidak melakukannya. Jika kita pun lakukan, maka hendaklah kita perbaiki diri kita. 


Selain itu, hendaklah kita lihat kebaikan orang lain. Macam contoh mamat tadi. Lihat kebaikannya. Hati kita akan berkata:"Bagus mamat ni, rajin datang masjid. Aku ni kadang-kadang je datang. Sembahyang Jumaat je aku selalu datang." Bila kita lihat kebaikan orang, hendaklah juga kita berusaha untuk baiki diri.


Contoh 2: Masa kita dalam masjid tadi, datang pula seorang pakcik tua dan dia baca Qur'an. Kita dengar pakcik ni baca tersangkut-sangkut. Lalu hati kita pun berkata:" Apa la pakcik ni, baca Qur'an pun tak betul." Pada masa yg sama, kita lupa yg kita ni dah berbulan-bulan tak baca Qur'an. Oleh itu, hendaklah kita lihat kebaikannya bukan keburukan orang lain. Sepatutnya kita berkata:"Bagus pakcik ni, rajin baca Qur'an."

Wasalam.

Ahad, 8 Februari 2009

Sepak Mula Makin Hampir

Sepak mula makin hampir.. ceeehhh.. cehhh.. macam Piala Dunia pulak bunyinya, Sebenarnya kejohanan bolasepak bawah 12 peringkat zon Kuang hampir tiba. Untuk itu, pasukan sekolah saya sekarang sudah mula membuat latihan ringan, dan kami yang dipertanggungjawabkan untuk melatih pasukan sedang mengenalpasti murid2 yang berbakat dalam bolasepak untuk diserapkan dalam pasukan utama. Tahun ni, kami guru bolasepak amat bertuah kerana  mendapat banyak sokongan dari ibubapa pemain, dan ada bapa pemain kami yang berpengalaman dalam bolasepak  turut serta melatih pasukan ini, ini lah yang kami harap - harapkan selama ini.

Awas! harimau luka akan mengamuk tahun ini.

TERIMA KASIH.

Gambar: Sebahagian pemain sedang membuat senaman ringan, dan seperti biasala.. gambar aku tak de! sebab aku yang ambik gambar.

Khamis, 5 Februari 2009

Lalat Dan Penyakit; Rasulullah Dan Saintis


Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

 “Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.” 
  
Riwayat al-Bukhari


Huraian


Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman.

Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat.

Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah. Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.

Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.


Rabu, 28 Januari 2009

Cikgu2.. masih ingat lagi PIPP?


6 TERAS PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
2006 - 2010

1. Membina negara bangsa melalui pendidikan bertujuan melahirkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa.

2. Pembangunan modal insan di bawah PIPP memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan.

3. Memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) agar sekolah-sekolah itu menjadi pilihan rakyat. Selaras dengan usaha itu, KPM akan melengkapkan SK dengan kemudahan pendidikan yang mencukupi, berkualiti, terkini dan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Seterusnya, sebagai teras keempat, KPM akan berusaha merapatkan jurang pendidikan dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan khususnya diluar bandar seperti Sabah dan Sarawak.


4. KPM akan memperbanyakkan bantuan kepada pelajar miskin, keperluan khas, kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital serta menempatkan guru terlatih.


5. Memartabatkan profesion keguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. Sebahagian daripada usaha itu ialah menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru bagi meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah.


6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan membentuk bahagian kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus yang lain. Sekolah yang terpilih akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara dengan menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate serta dijadikan sekolah contoh.

Selasa, 27 Januari 2009

Mak.. Nak duit..


"Mak..nak duit.." itulah ayat keramat yang masa kita budak2 dulu selalu sebut kan? kan?, ayat keramat yang dapat menyambung nyawa, Susah tau.. nak dapat 50 sen pun payah, maklum la tak kerja sendiri lagi. mak kita tu bukan tak nak bagi.. bagi orang yang hidup senang tu, beringgit - ringgit pun mak ayah diorang leh bagi, tapi bagi yang susah? 10 sen pun belum tentu dapat tau..  "Syusah tau..kalu kerja sendiri leh beli asyam-asyam, falelo losye.. ( kata Nabil Raja Lawak). Sekarang, cuba kita muhasabahkan diri, hidup kita sekarang dah berubah, senang, mewah.. tapi pernahkah kita ingat hal tu semua? bersyukurkah kita?  (ambik masa 5 minit).

Cuba tengok gambar duit kat atas tu.. tengok nilai dia.. skang dah tak de kan? payah nak dapat gak tu.. bagi yang berminat buat koleksi, kadang2 sanggup bayar duit tu dengan harga lebih dari harga duit tu tau.. kalau dah minat, apa saja pun sanggupkan? sama lah ngan saya ni.. wassalam.. 

Jumaat, 23 Januari 2009

Haaaahh?.. Yeaaa...!! Futsal! Futsal! Futsal!



Hmm.. itulah yang dikatakan "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.....", sekolah kami bertuah kerana dihadiahkan oleh kerajaan sebuah court Futsal untuk kemudahan murid sekolah kami yang sememangnya ramai yang berbakat dalam pelbagai jenis sukan terutama sekali sukan bola sepak dan Bola baling..

Court Futsal ni sudah 99% siap dibina, dan tidak lama lagi boleh la murid2 mahupun guru2 nak tunjuk skill ronaldo tu.. kalu cikgu lelaki saya rasa ramai yang boleh buat kot, kalu cikgu pompuan plak? boleh ke?? jawab2... ada berani??? ustazah plak? camne?.. keh keh keh..

Wassalam..