Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Selasa, 11 November 2008

Cinta baru Saya

Kali ni nak cerita pasal hobi saya, sebelum ni saya dah postkan gambar Lobster dan arowana saya tu.. sekarang saya tambah lagi koleksi pet saya. Terus terang saya nak cakap, saya ni "Gile pet", ni tambah lagi ikan emas, dan ikan kaloi sabah.. hehehe dah jadi zoo ikan dah rumah saya ni. tak pe... tak de sape nak larang pun.



Ni nama dia ikan kaloi sabah, ni anak lagi.. bila besar sirip dia bertukar jadi warna merah, badan dia keluar warna hijau kebiru-biruan, cantik tuhh..



Ini pula, semua orang tahu, ikan emas. Ikan jenis ni manja sikit, sensitif, air kena jaga selalu, tak boleh kotor, nanti senang kena penyakit. Makanan pun sama, kena bagi makanan ikan yang baik mutunya, bukan yang harga murah2 tu, nanti warna merah dia jadi pudar dan ikan tak cergas.

Bela ikan orang kata boleh buat kita hilang tensen, balik kerja tengok ikan,bagi makan, tengok lenggok - lenggok dia berenang-renang, fuhhh... ringan je kepala.

Siapa2 yang nak kongsi pengalaman bela ikan, sila2 la post kat ruangan ulasan tu ye!!.

Wassalam.

8 ulasan:

SOHAINA MOHD SALLEH berkata...

Ana memang minat bela ikan tapi camner pulak ana dengar seorang ustaz tu kata kita tak boleh bela ikan..Ana pun tak tau dalilnya apa.Sedangkan ana memang ada kolam untuk ikan daa..tapi ustaz tu cakap tak bole..terpaksa jekk ana bela kucing jek

hafizanbukitabal berkata...

Pada kebiasaannya, apabila ditanya sama ada dibenarkan atau tidak memelihara binatang di dalam sangkar, kita akan didtgkan dengan beberapa hadis yang seakan2 mengharamkan kita melakukan perbuatan tersebut. Antara hadisnya, Nabi s.a.w. yang mengatakan bahawa ada seorang wanita yang masuk neraka kerana mengurung kucing. Wanita itu katanya kuat ibadat.

Tetapi terdpt juga hadis yg seakan2 bertentangan dgn hadis di atas iaitu:

Dari Anas r.a.yang bermaksud:
"Adalah Rasulullah s.a.w. itu sebaik2 manusia dari segi akhlaknya. Aku ada saudara bagi ibuku Futaim yang dipanggil Umair. Adalah Rasulullah s.a.w. apabila mendatangi kami, baginda berkata: "Wahai Aba Umair apa yang burung bulbul buat?" [Sahih Muslim]

Jadi secara zahir, kedua2 hadis di atas jelas bertentangan yang mana hadis pertama nyata melarangkan kita mengurung binatang manakala hadis kedua tidak pula Nabi menyuruh agar dilepaskan burung itu.

Hadis2 seperti inilah yang sering digunakan oleh orientalis dan musuh Islam sbg hujah mengatakan perkara2 yg buruk mengenai Nabi saw dan Islam. Org awam yang mendgr pula yg tidak ingin belajar menadah pula kata2 mereka ini.

Kedua2 hadis adalah sahih. Untuk itu hendaklah kita menilai isi(matan) hadis tersebut. Adakah terdapat pemahaman yg lain di sebalik maksud kedua2 hadis tersebut. Setelah dilihat kedua2nya, nyata tidak bercanggah antara satu dgn yg lain. Hadis berkaitan kucing itu, sepertimana diterangkan sblm ini, wanita tersebut tidak memberikannya makan malah ditinggalkannya untuk beberapa ketika sehingga kucing tersebut mati kelaparan.

Kesimpulannya hadis kedua itu adalah hadis yang menentukan hukum manakala hadis pertama itu adalah penerangan lanjutan(syarat) ke atas hadis hukum tersebut. Oleh yg demikian, harus hukumnya mengurung haiwan belaan selagi mana dijaga haiwan tersebut sebaik mungkin (memberi makanan dan minuman).

Sebenarnya apabila berlaku percanggahan hadis seperti di atas, terdapat beberapa kaedah untuk kita meleraikannya. Salah satu daripada kaedah ialah nasikh dan mansukh. Kaedah ini merupakan kaedah yg paling sukar kerana melibatkan pembatalan nas. Kajian yang mendalam ke atas nas2 diperlukan sblm menentukan nas tersebut dibatalkan. Dlm persoalan di atas, kaedah nasikh dan mansukh tidak boleh dipakai sama sekali. Perlu diingatkan, urusan pembatalan nas ini juga bukanlah kerja kita sebagai org awam. WA.

Wassalam

Rujukan

Fatawa Islamiyyah, Jilid 8
(Fatwa oleh Sheikh Abdul Aziz bin Bazz)

Kaedah Memahami Hadis2 yang Saling Bercanggah
oleh Ustaz Hafiz Firdaus

hafizanbukitabal berkata...

Salam, nasihat saya.. bila bercakap tentang sesuatu hukum agama hendaklah disertakan nas atau dalil yang jelas, ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan tentang sesuatu perkara. sekian.

salim berkata...

asslamualaikum.. 1st time jumpa blog ni, kebetulan plak nak cari gambar ikan, terjumpa kat sini, izinkan saya ceduk gambar kat sini ye ustaz, berkenaan ngan hukum bela ikan ni, saya SOKONG 100% huraian ustaz tu, bagi sohaina, saya minta maaf banyak2 andai teguran saya ni menyinggung perasaan, dulu ustaz saya pesan pada saya, kalau nak mengeluarkan sesuatu hukum hendaklah kita sertakan dengan hujah2 nas yang sahih, JANGAN MAIN AMBIK CEDUK je... kalu tak pasti, jangan sekali2 kita mengatakan sesuatu itu BOLEH atau TAK BOLEH..kita bukan mujtahid yang dibolehkan mengeluarkan sesuatu hukum. sekian dari insan yang jahil.

HaZaR eL-DieN berkata...

huhuhu...ade ke nas yg haramkan bela ikan ni?? x penah jupe la pulak...ke agama lain yg x leh bela ikan??? kompiusss....

Khazani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Khazani berkata...

Pendapat aku lah....membela xbermakna mengurung. Jelas dlm hadis yg pasal kucing tu menggambarkan wanita itu mengurung dgn tidak memberi makan. Bukan ke nabi sendiri mempunyai kucing yg mana baginda sendri suka kan kucing. yg penting kalu nk bela haiwan ni, kebajikan dia kena jga lah. Yg bab bela ikan ni mmg le kena letak dlm takungan air. bkn bermakna nk kurung dia. Dah mmg itu habitat dia. Lain le kalu ikan ni bleh merangkak atas darat. hahahah. yg penting kena jaga lah air tuuu..jgn le keruh semacam je sampai nk tgk ikan pun xnampak. Biar haiwan2 belaan tu jauh lebih selesa dri idup bersendrian. dah le makan free! Poh paleh weh!

SOHAINA MOHD SALLEH berkata...

Terima kasih yerk akhi semua,Ana bukanlah nak keluarkan hukum tapi Ana cuma nak ceritakan apa yang ustaz jabatan agama tu bagitau Ana.Ana tak sempat nak tanya dalil dan nas yang dia guna pakai.OKEY