Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Sabtu, 3 Oktober 2009

Hmmm.. Menarik nih!!! ada pandangan tak?

Mohamad Shuhaimi Md. Ilias (kiri) bersama beberapa jiran melihat sejadah yang 'berdiri' di rumahnya di Taman Haji Mohd. Amin, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

BUKIT MERTAJAM 2 Okt. - Sepasang suami isteri yang berselisih pendapat mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd. Amin di sini terkejut apabila sejadah di bilik sembahyang mereka tiba-tiba tegak menyerupai orang sedang solat.

Kejadian aneh itu berlaku kira-kira pukul 9.45 malam, tidak lama selepas Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, dan isterinya, Zainab Ramli, 26, berbincang mengenai kedudukan sebenar kiblat rumah mereka berbanding di masjid berhampiran.

Sebelum kejadian, Zainab sempat menghamparkan sejadah tersebut untuk menunjukkan arah kiblat yang biasa digunakannya tetapi Mohamad Shuhaimi menyifatkan kedudukan itu tidak begitu tepat.

Menurut Mohamad Shuhaimi, selepas berbincang dalam bilik berkenaan, dia pergi ke ruang tamu sebelum memandikan anak perempuannya manakala Zainab pula pergi menggosok pakaian.

''Tidak lama kemudian, Zainab tiba-tiba meluru kepada saya dalam keadaan muka pucat dan terkejut sebelum memberitahu sejadah yang dihamparkan tadi sudah tegak seperti orang sedang solat antara dua sujud," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Mohamad Shuhaimi berkata, dia mengucap berkali-kali apabila melihat sendiri keadaan sejadah tersebut yang menyerupai seorang wanita bersolat.

Melihat peristiwa aneh itu, Mohamad Shuhaimi menghubungi keluarga terdekat dan jiran-jiran yang kemudian datang menyaksikan sendiri kejadian tersebut.

''Ada beberapa jiran yang datang dengan kompas untuk membuat ukuran dan mengakui bahawa kedudukan sejadah itu tepat menghala ke arah kiblat," katanya.

Mohamad Shuhaimi yang bekerja sebagai penghantar surat memberitahu, sejadah tersebut yang sudah sedikit lusuh, merupakan hantaran perkahwinan isterinya ketika mereka mendirikan rumah tangga empat tahun lalu.

Katanya, berita mengenai kejadian itu tersebar begitu cepat sehingga ada orang awam dari merata tempat termasuk Kuala Lumpur yang sanggup datang untuk menyaksikannya.

''Bagaimanapun kira-kira pukul 2.30 petang tadi, saya secara perlahan-lahan melipat sejadah tersebut atas nasihat dua pegawai daripada Jabatan Agama Islam negeri yang datang ke rumah kami," katanya.

Katanya, ia bagi mengelak daripada berlaku perkara khurafat yang boleh menyesatkan akidah umat Islam.

Mohamad Shuhaimi berkata, dia dan isteri percaya ada hikmah di sebalik kejadian itu dan menganggapnya sebagai tanda kekuasaan Allah SWT.

Sumber - Utusan Malaysia 3 Oktober 2009 / 14 Syawal 1430

4 ulasan:

Hafizan berkata...

Kejadian ciptaan ALLAH pada manusia tu lagi ajaibkan? tapi sedarkah kita?

fa10 berkata...

salam... ustaz ngajar sk taman ehsan ko? rasa mace rajin ttengok...

Nik Adzhar berkata...

Pelik dan ajaib bagi orng yg nak berfikir.

Ni ada satu artikel utk demo fikirkan,berkaitan dengan gambar,baco deh..

apo lagi,masuk la blog kawe..

Kz berkata...

Alaaa..byk lgi benda lain yg buleh kita pikirkan keajaiban ciptaan Allah. Terlalu byk!! Aku bagi 1 cntoh yg mudah, iaitu "pokok"... kagum x kita ngn ciptaan pokok? Hanya disebabkan setiap hari kita lihat pokok, maka kita tidak hairan melihat pokok. Cuba bygkan, ape yg akn terjadi jika dalam sejarah manusia, telah menemui sepohon pokok buat pertama kali?. Akan kagum kah kita? Akan buat kita berfikir kah? Sama2 kita pikir. Byk kan mengagumi yg sememangnya ada di depan mata, sblm mengagumi sesuatu yg kita sndri belum pasti apakah ia. Kalu setakat sejadah berdiri, ape lah sgt nk dibandingkan dgn kejadian pokok dan kejadian2 yg lain. Allah dah tunjukkan mcm2 kekuasaan nye...takkan Allah nk tunjukkan kekuasaannya yg maha agung itu dgn hanya mengadakan "sejadah berdiri", maka barulah manusia nk berfikir dan kagum dgn kekuasaan nya?