Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Isnin, 26 Mei 2008

Salam Ukhuwah..


Segala puji bagi Allah S.w.t Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat – sahabatnya sekelian.
Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana atas limpah kurniaNya dapatlah saya menyiapkan blog ini sebagai sumbangan jariah saya kepada masyarakat di negara ini khususnya umat Islam. Kandungan blog ini disusun sebegini adalah sekadar untuk menarik perhatian semua terutamanya golongan muda yang sebagaimana sedia kita maklum bahawa golongan ini lebih tertumpu kepada laman – laman web yang berunsurkan hiburan,chating dan sebagainya, kandungan blog ini disusun merangkumi semua yang disebutkan tadi dan dalam pada masa yang sama tetap tidak mengabaikan syariat dan ilmu agama Islam, blog ini juga ada menyelitkan kisah keluarga penulis sekadar untuk memperkembangkan lagi tali persaudaraan, dan adalah diharapkan bahawa blog ini dapat memenuhi citarasa kita itu.
Blog ini sudah tentu mengandungi kelemahan dan kekurangan terutamanya dari segi bahan dan tenikal, ini kerana latarbelakang penulis blog bukanlah orang yang mahir dalam bidang I.T. Jesteru, saya bersedia menerima sebarang teguran dan cadangan bagi kebaikan kita bersama. Akhirnya saya berdoa kepada Allah mudah – mudahan blog ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.
Sekian, wassalam

MUHAMMAD HAFIZAN

2 ulasan:

gossed berkata...

Dear hj Bakhil...
Congrates on ur blog. Well done, nice job. Memang mu pandai mengarang la, itupun aku tak bace detail lagi. Kire cool la blog mu ni dipenuhi dak gambar2 mu yang control ensem tu!Aku tau mu akan tambah banyak lagi dan kalu aku dah jemu sangat xde ape nak buat aku dtg la jenguk lagi blog mu ni..all the best..mine coming soon

beautifullife berkata...

ok la blog mung ni.nanti 2 ada la idea mung tu memula memang la.ok la atleast ada gak blog................boleh la nak tambah kenalan...........aku ni minat gak dgn blog ni..tapi tak der masa..........frienster aku tu pun tak berupdate2 lagi.............ok la have nice day..rajin ler update blog mung ni........boleh la aku menjenguk kalau boring nanti............