Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Rabu, 16 Julai 2008

LAGI RENUNGAN BUAT SEMUA..

Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya. Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya. Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok. Itulah persepsi biasa dalam masyarakat. Begitulah keadaannya bilamana kita inginkan sesuatu kebaikan janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya. Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri. SEKIAN WASSALAM..

2 ulasan:

Tie berkata...

Tu lah, Tie selalu ingatkan diri sendiri takut2 tersasul, terutama menghadapi kerenah anak2. Memang kata2 seorang ibu umpama doa dan harapannya setinggi langit...

kamar hati berkata...

berkata2 berdasarkan otak...
bukan berkata2 berdasarkan hati...fikirkan... (",)