Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Jumaat, 8 Ogos 2008

AKUKAH TANGGANG?


Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita dalam tazkirah untuk kali ini. Saya yakin ramai diantara kita khususnya kaki nonton TV bersetuju bila saya katakan drama melayu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ialah “ Akukah Tanggang?” ( kalau tak silap saya la tajuknya bunyi macam tu la). Dan saya rasa cerita ni jauh lebih bagus kalau nak dibandingkan dengan cerita “Bawang putih, Bawang merah” dari negara jiran dulu. Maafkan saya, ini adalah pendapat peribadi saya..

Jalan ceritanya sungguh menarik perhatian saya, sehinggakan kadang – kadang rasa nak tempeleng je pelakon yang pegang watak “anak derhaka” tu..( Hidup sungguh lakonan dia) syabas kerana berjaya menguji tahap kesabaran saya.. (Garangnya.. hehehehe..)

Berbalik pada kes “anak derhaka” ni, memang selalu sangat kita dengar kan? Banyak sangat berlaku dalam masyarakat kita sekarang, walaupun siapa kita, kes “anak derhaka” ni boleh terjadi pada sesiapa pun tanpa kita sedari, Kisah Al – Qamah telah membuktikan pada kita bahawa sebaik mana pun kita, sewarak mana pun kita, sehebat mana pun kita, kita tidak boleh memandang mudah kes “ anak derhaka” ini.. Bayangkanlah.. berkata “Ah” pun tak boleh sama sekali diucapkan pada Ibu dan bapa yang menyuruh berbuat sesuatu yang tidak bercanggah dengan hukum agama. Apatah lagi dengan maki hamun, memukul, bakar rumah dan sebagainya.. Awas!!!..

Oleh kerana pengorbanan ibubapa kepada kita cukup besar, sewajarlah Allah Taala mewajibkan kita mematuhi suruhan mereka, Ganjaran diatas layanan kita terhadap ibu bapa dibalas Allah secara “tunai” di dunia lagi. Contohnya jika taati mereka, anak – anak kita kelak akan taat kepada kita, Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak – anak kita pula akan menderhaka kepada kita..malah mungkin lebih buruk dari apa yang kita buat. Sekian dahulu, jumpa lagi!!

Wassalam.

2 ulasan:

kamar hati berkata...

moga dijauhkan dr menjadi anak derhaka... :)

Ibnurashidi berkata...

Salam..teringat kisah indon "maling kundang" yg mana jalan ceritanya juga ada babak derhaka ibu..