Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Sabtu, 11 Oktober 2008

Apa Sudah Jadi?

"Saban hari kita didedahkan dengan pelbagai cerita tentang guru yang dilihat sebagai hilang pertimbangan dalam mendidik anak bangsa. Media massa yang mencari berita sensasi selalu tersenyum puas apabila dapat mengeluarkan cerita sensasi sebegini. Kita dapat melihat pada masa kini, disiplin murid berada pada tahap yang amat membimbangkan. Tetapi salah siapakah sebenarnya perkara ini terjadi? Guru yang cuba untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berguna sering dipersalahkan apabila menggunakan pendekatan yang dikatakan agak keterlaluan. Tetapi adakah hanya dengan memberi kaunseling, memarahi murid sahaja sudah cukup untuk mendisiplinkan murid?.

Untuk mendidik murid, kadang-kadang guru perlu untuk bertindak lebih tegas seperti merotan, memulas telinga dan sebagainya tetapi tidaklah sampai patah, capik dan sebagainya..Namun guru pada hari ini seolah-olah telah diikat tangannya dan hanya mampu melihat 'kenakalan' anak murid yang saban hari semakin berani melanggar disiplin kerana 'ketidakupayaan' guru.. Guru yang dahulunya hanya mampu melihat akan 'kenakalan-kenakalan' extrem ini akhirnya akan hilang kesabarannya apabila kredibilitinya sebagai seorang guru diperkotak katikkan lantaran sikap murid yang semakin keterlaluan. Maka kita dapat melihat pada masa kini bermacam-macam kisah guru yang dipertontonkan kerana tidak berupaya lagi untuk memendam perasaan.. Inikah caranya untuk kita melahirkan generasi yang akan datang.. Kita renung-renungkanlah... " – miharz

3 ulasan:

Tie berkata...

Wah...pisang salai..kat johor banyak jual...husband adik ipar kak tie minat sangat..kalau balik johor mesti beli utk dia..Mak ustat jemur je ke..tak salai ke??

Pasal guru tu memang betul..anak2 sekarang makin berani kerana ibubapa manjakan sangat. Guru dan polis sama saja..selalu dipersalahkan dan dipamdang serong. Tapi kerjaya mereka tu laa yang paling menguji kesabaran..Tak ada mereka tentu hidup pincang dan tak tenteram..

Zhafharina Sabri berkata...

sgt terkilan sebenarnya bila guru selalu dipersalahkan dalam perihal mendidik anak bgsa juga dalam menghukum pelajarnya. Jika dulu, ibubapa begitu menghormati guru sehingga menyerahkan sepenuhnya peranan mendidik anak2 mereka kepada guru. namum sekarang,ibubapa lebih bersikap dominan, seolah2 mereka lebih pandai.....hmm...

indah-chan berkata...

hurm

beginilah.. guru salahkan ibubapa.. ibubapa salahkan guru.
sepatutnya ade kate sepakat dimana kedua2 belah pihak berfungsi dgn bersatu dan menuju satu objektif, iaitu mendidik anak2 menjadi insan berguna..

guru.. jgnlah ikutkan prasan sampai memandang rendah potensi students dan ibubapa xblh terlalu manjakan anak2. kalo xde sape nk ajar, bagaimana anda expect anak itu hendak blaja?

satu lagi...
wahai guru, jgnlah memanggil students dgn nama yg kesat, igt mrk pun manusia dan berpotensi menjadi manusia yg jauhhhlebih hebat dari dirimu.. jgnlah persiakan peluang yg diberikan Tuhan ini utk memperoleh pahala free2 je kalo students tersebut mendapat manfaat dr pengajaran kte

yg ptg, igtlah..
"ajarlah pelajar2 sepertimana kamu harap anak2 kamu diajar, nescaya Allah akan makbulkan"... ni philosophy sy dpt dr cikgu di sekolah... yg menjadi motivasi kpd mrk utk mengajar dgn terrrbaiikkk!!

walahuaklam.