Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Ahad, 20 Julai 2008

Kecemasan!!!


Pada 18.7.08 ( Jumaat), sekolah saya mengadakan satu latihan kecemasan untuk semua warga sekolah, kami buat latihan ni tanpa memaklumkan dulu kepada semua warga, (biar ada yang lintang pukang melarikan diri). Nak dijadikan cerita, yang kelakarnya... masa saya bunyikan loceng( Loceng Ketapi) tung! tang! tung!! tang..! ( cikgu yang sorang lagi tekan loceng letrik (ringggggg.........) ada jugak budak2 yang selamber je datang kerumun saya tanya :

Murid : Ustaz! kenapa ketuk loceng? (aduhh... tak tau takut ke memang tak faham budak2 ni??)

Saya : Murid2, pegi la lari ketempat selamat (kumpul kat padang), ini kecemasan!!

Setelah murid2 lari.. datang plak cikgi (panggilan kami pada guru pompuan) yang sambil senyum2,(mungkin diorang dah tau, ni latihan kecemasan je, tak payah kelam kabut, ada pulak yang sempat tanya:


Cikgi
: ustaz, jual aiskrim ke?hahahahaha....


Saya : Haaaa mai la beli! beli satu dapat percuma loceng...

Gambar : Guru2 sedang mengira murid yang "terselamat" dalam kebakaran olok2 tu.

2 ulasan:

kamar hati berkata...

wahhhh latihan kecemasan la plak...tingat zaman sekolah2 dl...hihihi... :)

KAKTINY berkata...

cemana ni cikgu cikgi?.. cikgu pun ada yang memain jer masa latihan kecemasan.. camana anak2 murid nak 'semangat' buat betul2.. iyer tak.. hihihi