Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Isnin, 7 Julai 2008

Kerjaya 3


Salam.. ni adalah sebahagian murid2 saya.. ni murid2 tahun 3, nak ngajar diorang ni kena banyak sabar.. macam2 karenah,biasalah budak2. silap2 kita boleh pengsan. hehehehe gurau je.. guru kena banyak sabar, bukan senang jadi "arkitek" manusia ni.

4 ulasan:

kamar hati berkata...

salam...
selamat pagi cikgu...
mulianya insan yg bergelar cikgu...
mendidik & mengajar tuk menjadikan insan yg berguna pada agama, bangsa & negara...betapa besarnya jasa cikgu...

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

(Nukilan SN Dato Usman Awang)

KAKTINY berkata...

salam cikgu..

bentuk dan didiklah anak2 bangsa kita mengenal akar umbi jati diri.. supaya besar nanti tak lari dari landasan hakiki..

ustadz.. bebudak skrg bagus2 tak?..

hafizanbukitabal berkata...

Terima kasih pada semua yang bagi respon pada post ni, ni menandakan anda semua tak pernah melupakan jasa guru, walaupun guru tersebut amat "dibenci" murid.. murid sekolah sekarang ni banyak bezanya kalu nak dibandingkan dengan zaman kita dulu2. budak2 sekarang ada juga yang bagus..tahu cara hormat guru(bukan takut guru)dan tak dapat dinafikan juga, ada murid yang agak mengecewakan guru kalau dilihat dari segi tahap disiplinnya. namun begitu, kami warga pendidik tetap faham akan keadaan tersebut,kami faham, nakalnya budak2 ni,tak bermaksud murid itu tak boleh dibentuk.. Jadi sama2lah kita terutamanya para ibubapa agar dapat memberikan kerjasama,bukannya meletakkan tanggungjawab 100% pada guru untuk membentuk peribadi insan istimewa ini menjadi insan yang berguna pada agama,bangsa dan negara..

Jentayutiara berkata...

rasa nk jd budak2 balik lak... hehehe