Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Rabu, 17 September 2008

Seronoknya..

Semasa saya balik kg masa cuti sekolah lepas, memang kena pada masanya. nak tahu kenapa? masa tu musim buah!!! seronokla hati ni boleh makan buah free, malahan ada yang memang payah nak dapat kat KL ni. Ni adalah "benda" yang boleh dapat percuma je kalau kat kampung, di halaman rumah saya.
Rambutan, semua orang kenal ngan buah ni. Pokok rambutan ni ayah saya yang tanam, buah ni muda lagi, jangan makan yang muda ni, nanti termuntah.. Kelat!!!

Ni buah salak namanya, buahnya cantik kulitnya seakan haiwan tenggiling tu, rasanya pula kelat - kelat manis, sedap ni.. buahnya juga boleh dijeruk.

Pokok misai kucing, ni sejenis pokok herba boleh dijadikan ubat beberapa jenis penyakit, misainya yang seakan - akan misai kucing akan keluar bila pokok ni berbunga, mujur tak macam misai mamak, kalau tak mesti nama pokok ni misai mamak.. hehehehe..
Lada hitam, ni yang muda ni sebab tu la warna dia hijau, yang muda ni sedap dibuat ulam makan ngan nasi.. fuuhh sedap rangup dan pedas2.. tapi tak la sepedas cabai tuu..


Buah mangga.. hasil dari usaha ayah saya yang tanam depan rumah, kejap je.. tup tap tup tap dah berbuah pun.

Buah dokong yang belum masak.. bila cukup masak sedap niii.. hmmm sape berani makan yang muda? saya tabik!!!









4 ulasan:

Tie berkata...

Ooo..banyaknya pokok buah..rumah mek kak tie pun ada pokok dokong, ada ambil foto nanti nak bubuh dlm blog..belum masak juga..Pokok lada hitam tu menarik laa..tak pernah tgk dekat. Tak tahu lak boleh buat ulam..

hafizanbukitabal berkata...

lada hitam muda boleh dibuat ulam, cubala. tapi jangan makan banyak sangat nanti perut rasa panas, pas tu mula la memulas2..

asharulda6 berkata...

wah..wah..lada itam, cicah budu ngn ikan tawar.. perghhh.. nasik 2 pinngang pong dok cukup...wahahhaa

maira berkata...

bestnyer dpt mkn buah kt kg.sy jgkle xdpt merase..dh lm xblk... :(