Selamat Datang Ke "SEGAR BERTAKHTA DI HATI"

Sabtu, 25 Oktober 2008

Petikan Akhbar :Baitu – Taubah, Pusat Rawatan Penagih Dadah Secara Kerohanian

KOTA BHARU: 22 Nov -- Kerajaan negeri memperuntukkan sebahagian daripada belanjawan negeri untuk menubuhkan Pusat Baitu-Taubah atau ‘rumah taubat’ untuk melaksanakan program perawatan pemulihan penagih dadah.

Dengan menggunakan satu kaedah kerohanian, program ini boleh dikatakan sebagai satu rawatan alternatif yang berlainan seperti apa yang diamalkan di pusat-pusat serenti di seluruh negara.

Kerajaan Kelantan akan memulakan program rawatan "inabah", satu kaedah kerohanian sebagai rawatan alternatif bagi memulihkan penagih dadah di negeri itu, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Perkara ini dijelaskan oleh Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dato’ Takiyuddin Hassan dalam sidang dewan semasa menjawab soalan Adun Demit, Dato’ Mohamed Daud.

Tambah Takiyuddin lagi seramai 15 juru kaunseling telah dihantar untuk mempelajari kaedah perawatan secara kerohanian di Surabaya dan Jakarta, Indonesia. Pengamal kaedah tersebut di sana telah berjaya memulihkan ramai penagih dadah untuk meninggalkan tabiat buruk itu.

Untuk merealisasikan perkara ini kerajaan negeri juga telah menyediakan sebuah tapak di Jeram Pasu, Pasir Puteh, sebagai tapak untuk mewujudkan Baitu-Taubah ini katanya lagi.

Takiyuddin berkata kaedah itu meliputi tiga aktiviti utama, antaranya, rawatan secara fizikal kepada penagih dadah dengan mengamalkan mandi pada awal pagi yang didapati berkesan mengeluarkan sisa toksik di dalam badan.

"Penagih dadah yang secara sukarela mahu berhenti juga akan diajar untuk mengamalkan solat taubat dan berzikir," katanya.

"Ini penting kerana ada penagih dadah yang tidak ingat siapa mereka, termasuk ada yang tidak ingat mereka itu lelaki atau perempuan," katanya.

Takiyuddin berkata program yang merupakan kaedah alternatif kepada program terapi gantian menggunakan dadah jenis metadon yang telah dilaksanakan Kementerian Kesihatan akan dilaksanakan sebelum hujung tahun ini.

1 ulasan:

CikguZue berkata...

salam ziarah,
just hopping from Azza irah's blog. nice blog dan byk info yg ada. tq...